Posted by: jfaMalaysia on: April 5, 2008
Malam tadi, 4 April 2008, Pn Hjh Fuziah Salleh telah berkunjung ke perkarangan rumah kedai Z Pho untuk memenuhi jemputan makan malam bersama para pemimpin dan ahli-ahli Persatuan Buddha di Kuantan.

Kumpulan Penganut Buddha yang mewakili ribuan rakyat Kuantan itu telah menjelaskan keadaan di mana mereka memerlukan sebuah lagi tempat ibadat yang sesuai dan selesa kerena meningkatnya jumlah penganut, dan di kala berlakunya kematian dapat memenuhi keperluan penganut yang meninggal dunia tanpa dibebani kos pengendalian jenazah yang tinggi.
Sebahagian Penganut Buddha masakini menyimpan abu ahli-ahli keluarga di tempat-tempat ibadat mereka. Kebiasaannya mereka membeli tempat letak abu tersebut dengan kos yang tinggi. Pengendalian jenazah boleh mencecah sehingga RM10000.
Puan Hjh Fuziah Salleh dalam ucapannya menyatakan bahawa beliau akan meneliti dasar-dasar kerajaan persekutuan dan negeri dalam kelulusan berkaitan tempat-tempat ibadat di Malaysia.
Dalam memenuhi keperluan para penganut, beliau menjelaskan bahawa berlakunya perkara yang serupa kepada penganut lain, termasuk yang beragama Islam. Beliau telah menyebut bahawa ada di antara penganut Islam yang telah memulakan usaha sendiri untuk mewujudkan berbagai institusi melalui usaha dan bantuan kewangan ahli-ahli persatuan mereka sendiri kerana respon kerajaan persekutuan dan negeri amatlah mengecewakan.
Puan Fuziah Salleh telah diraikan dalam satu jamuan yang meriah bersama para pemimpin dan ahli-ahli Persatuan Buddha Kuantan itu.

Bersama sebahagian yang hadir malam itu.
YB Fuziah, you have done a great job here. Kudos!
Keep up the good work!
[...] Bertemu Ahli-Ahli Persatuan Buddha di Kuantan 5 04 2008 Berita di laman blog Justice For All Kuantan [...]
1 | macanhitam
April 6, 2008 at 9:08 am
good work kak fuziah!!