Justice For All Malaysia

Harakahdaily:Bajet 2008 Pahang defisit RM433 juta selama 10 tahun

Posted on: January 16, 2008

Basiron Abdul Wahab
Wed | Nov 21, 07 | 10:53:54 am MYT
“Cadangan Bajet Pahang RM900 juta, Bajet defisit 10 tahun” begitulah antara tajuk utama media arus perdana dalam memperkatakan tentang Bajet 2008 bagi negeri Pahang Darul Makmur yang bentang Menteri Besar Pahang ,Dato’ Seri Adnan Yaakub, 16 November lalu.
Seperti bajet-bajet tahun sebelumnya, bajet kali ini turut menjanjikan ‘Bintang dan Mahatari’ atau janji ‘gula-gula’ kepada rakyat . Semuanya penuh retorik walaupun ia bernama Bajet berhemah, Bajet penyayang atau apa sahaja nama yang diberi.
Hakikatnya tetap sama, Bejet 2008 adalah bajet defesit, di mana anggaran jumlah pendapatan kerajaan kurang berbanding anggaran perbelanjaan. Itulah hakikat sebenar prestasi kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipersembahkan kepada rakyat Pahang sejak 10 tahun lalu iaitu Bajet defisit!.
Suatu ketika dulu, Adnan Yaakub pernah berkata, bajet defisit ini sebenarnya untuk kesejahteraan rakyat, kerajaan berbelanja lebih untuk memberi keselesaan dan pembangunan kepada rakyat, katanya ketika menolak kritikan PAS bersabit isu bajet defisit.
Sejak sedekad lalu, bajet kerajaan negeri tidak pernah seimbang. Saban tahun kerajaan pimpinan Adnan Yaakub dan Mohd Khalil Yaakub (kini Tun) sebelumnya, tetap gagal meningkatkan pendapatan negeri.
Pahang terpaksa meminjam dari kerajaan Pusat untuk survival pembangunannya, apabila ditegur pembangkang, Adnan bingkas menjawab ia menunjukkan ‘orang yakin’ dengan Pahang sebab itu beri pinjaman.
Adalah jelas pemimpinnya tidak pernah mengakui kegagalan mereka itu, mereka tetap mendakwa bijak mentadbir negeri!
Bajet 2008 berjumlah RM900.15 juta berbanding pendapatan yang dianggarkan hanya berjumlah RM467.04 juta.
Ini bermakna Defisit Baget 2008 berjumlah RM433.11juta! (fakta yang tidak ditulis oleh media arus perdana dalam laporanya) ia suatu angka defisit yang sangat besar dalam sejarah Bajet negeri Pahang.
Pada tahun 2006 defisit Pahang hanya berjumlah RM183.08 juta sahaja. Pada 2007 defisit bajet berjumlah RM395.14 ia meningkat sebanyak RM37.92juta pada baget 2008 menjadikan jumlahnya RM433.11 juta.
Hasil negeri yang dianggarkan berjumlah RM467 juta itu tidak mempu menanggung perbelanjaan mengurus berjumlah RM517.41 juta manakala anggaran peruntukan pembangunan pula berjumlah RM382.74 juta kurang RM47.6 juta berbanding baget 2007.
Rakyat yang memberi kuasa kepada BN sepatutnya bersikap kritikal dan mempersolkan kenapa defisit bajet Pahang teurs meningkat. Rakyat harus memberi perhatian dan mempersoalkan kegagalan kerajaan negeri menambah pendapatan sedangkan masa yang beri rakyat kepada BN untuk memerintah sudah 50 tahun, suatu jangka masa yang lama untuk mereka merangcang dan menjayakan segala perangcangan jangka panjang dan pendek.
Sumber pendapatan utama kerajaan negeri ialah daripada hasil Tanah (RM 170juta), Air (RM98.7) perhutanan (RM88.7juta) , Geran persekutuan (RM60juta) dan lain-lain (RM49 juta).
Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man dalam reaksinya menegur kegagalan kerajaan negeri menjana sumber pendapatan baru menyebabkan negeri terus mengalami Bajet defisit selama 10 tahun berturut-turut.
Walaupun pada setiap kali Bajet dibentangkan, ia dikatakan Bajet berhemah, tetapi hakikatnya ia tidak mengubah keadaan malah jumlah defisitnya kian melebar.
Kerajaan tidak boleh menyalahkan kenaikan gaji kakitangannya menyebabkan defisit semakin besar kerana kenaikan gaji kakitangan awam adalah sesuai dengan peningkatan sara hidup dan pembangunan negara di mana sepatutnya pendapatan kerajaan turut meningkat.
Apa yang berlaku adalah berpunca daripada kegagalan perancangan kerajaan selama 50 tahun pemerintahannya. Dalam tempoh itu agensi kerajaan negeri yang diwujudkan untuk meningkatkan pendapatan kerajaan tidak beroperasi sebagaimana perancangan malah menjadi beban kepada kerajaan pula.
Sebutlah apa nama agensi kerajaan negeri seperti LKPP, PKNP, Mentiga,ASPA, Pahang simen, KUMIPA dan sebagainya semua berniaga ibarat ‘buluh kasap’ belaka.
Kata Tuan Ibrahim, dalam Bajet 2008 menyaksikan kerajaan mengurangkan peruntukan pembangunan daripada RM430.34 juta dalam bajet 2007 kepada RM382.74juta. Pengurangan berjumlah RM47.16 juta itu, sudah tentu memberi kesan terhadap rakyat sedangkan pada masa sama kos pengurusan negeri meningkat sebanyak 13.4 peratus atau RM 53.08 juta.
“Kos pengurusan meningkat sedangkan projek pembangunan berkurangan, ia menjadikan keadaan semakin tidak seimbang, ini membuatkan kerajaan seolah-olah berbelanja lebih sedang projek tidak ada,” ujarnya.
Rakyat, kata beliau perlu bersikap kritikal terhadap kepimpinan BN ini, mereka sebenarnya telah lama mentadbir justeru rakyat memerlukan nakhoda baru untuk memakmurkan negeri Pahang Darulmakmur. – mks.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Must Attend Program

Please go to this link: https://justice4allkuantan.wordpress.com/2008/10/25/invitation-public-forum-the-isa-and-the-police-reform-process-whats-next-after-pak-lah/
To sin by silence when we should protest makes cowards of people - Emily Cox

Siphoning EPF money

On 'Why should Valuecap borrow from EPF?' Syed Shahir Syed Mohamud: MTUC condemns the government's move to bail out Valuecap to support the local stock market using RM5 billion from EPF, as the provident fund is the custodian of the workers' money and not some sort of ‘automated teller machine' for the government.
If at all the EPF were to lend its money to the government, it has to be under the condition that there be transparency and accountability in the activities for which the money has been purposed. We want to know who is doing what with the money that belongs to the workers. This is the hard-earned money of the workers, their retirement plan. How is this bailout plan going to benefit the workers? We also question the reason for this bailout. If the economic fundamentals in Malaysia are strong and reserves sufficient as has been stated several times by the government, then why is there a need to offer so much money to the GLCs? Second Finance Minister Nor Mohamed Yakcop should prove how the EPF would profit from this loan. Bernama had reported that Nor had given the assurance that the loan given out by EPF would reap profits for the fund judging from Valuecap's past performance. But where is the paperwork and calculations to show that this move will benefit the EPF? MTUC is concerned that the loan might be mismanaged or misused and this, in turn, would affect the returns for the contributors. Mere assurances are not enough. We want to proof that this RM5 billion will not go down the drain. (The writer is president, MTUC). Sharyn: The government wants to use our pension money to prop up the Malaysian stock market which is the playing field of the rich people. If so, the government must ensure that the EPF account holders - who are predominantly the poor to average citizens of Malaysia - be guaranteed all of our pension money with a compound 8% growth (interest). It's so selfish and sick of the government to use the poor's pension money to help the rich to make more money with all the risks taken by the poor/average citizen. We can better use the RM% billion loans to Valuecap for our children's education, shelter, medical bills etc. Why not get those rich people to prop up the share market instead? Why should they park their money overseas and gamble with our EPF money instead? Kumar14: Who is behind this Valuecap organisation? Why suddenly, this separate entity is allowed to access funds from the EPF? Are they capable enough to handle it or is it just another desperate and blind move? It has been a very infamous trend where the people's funds are channeled to a company for investment purposes and suddenly POP! the funds disappear and there is nobody to be held responsible but a RM2 shell company. Charge who? Sue whom? The RM2 company (just a registered name)? We have seen this many times. People in power and with connections allow such things to go through and reap/rob the people's wealth and then blame it on organisations which actually don't exist. What if a lot of EPF funds are looted via such scams and nobody is to be pointed at? Where will the government get the funds to replenish the EPF? The people are very bored, disappointed, angry and frustrated at seeing all these dumb and unaccounted for measures being allowed by the government with lame excuses. Please, somebody verify the true purpose, integrity and capability of anybody attempting to use the people's fund.

Raja Petra

Photobucket Ihsan dari blog Go!Malaysian http://gomalaysian.blogspot.com/

ANWAR IBRAHIM

A prosperous future is indivisible from a firm commitment to the principles of distributive justice, the rule of law and a profound respect for human rights.

Email Address:

justice4allmsia@yahoo.com

Archives

January 2008
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Blog Stats

  • 117,130 hits
%d bloggers like this: