Justice For All Malaysia

Dah terlambat nak mendengar, PM…

Posted on: February 11, 2008

Baru sekarang diajak untuk mendengar?

Sepatutnya sikap mendengar ni telah menjadi sebati dalam jiwa dan sanubari SEMUA pemimpin BN!

Kesiannya keadaan rakyat dan negara…setelah sekian lama memerintah…selama setengah abad… perkara seasas inipun BN belum beres!   Tak boleh jadi!

Ia menjadi halangan dan kesusahan bagi rakyat untuk mendapatkan hak dan kemudahan mereka.

Cukuplah setakat 50 tahun memerintah dan mentadbir.   Rakyat nak perubahan yang hakiki…kita tukar dulu…

Lupakan BN! UBAH SEBELUM PARAH, UBAH DEMI MARUAH!

—————

Shame on BN – 50 years and the PM still urging the Wakils Rakyat to listen to the people?!   it should have been the NORM by NOW?!

Forget BN…STOP THE ROT AND VOTE FOR CHANGE!

Dengar masalah rakyat — Arahan Perdana Menteri kepada pemimpin BN supaya terus dapat sokongan

Oleh: WAN NAJIB WAN DAUD

PULAU PINANG 8 Feb. – Pemimpin parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu mendengar dan menyelesaikan masalah rakyat di samping membaiki kelemahan masing-masing supaya terus mendapat sokongan, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Pada masa yang sama Perdana Menteri juga mahukan mereka bersikap jujur dengan memberitahu perkara sebenar kepadanya dan bukan hanya sekadar memuji.

Beliau yakin, jika langkah itu diambil oleh semua pemimpin BN, rakyat akan menyokong kerajaan dan terus memberi mandat untuk memerintah negara.

“Tolong dengar masalah mereka dan perbaiki kesilapan kita. Jika kita berjaya berbuat demikian mereka (rakyat) akan sokong kita,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina anjuran Gerakan dan MCA Pulau Pinang di sini hari ini.

Abdullah yang juga Pengerusi BN berkata sejak BN memerintah, ia telah berjaya membawa pembaharuan dan kemajuan kepada negara.

“Kita bukan sebuah kerajaan yang gagal, kita bukan sebuah parti yang gagal. Kita telah berjaya membawa kemajuan di negara ini yang rakyatnya terdiri daripada berbilang kaum, agama dan budaya,” katanya.

Katanya, dalam mentadbir negara yang berbilang kaum memang terdapat pelbagai masalah yang terpaksa dihadapi BN tetapi ia boleh diselesaikan.

Yang penting katanya, parti komponen BN yang memerintah atas dasar perkongsian kuasa terus bekerjasama dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.

“Satu perkara paling penting yang rakyat mahu ialah untuk melihat perpaduan dan semangat kerjasama yang erat di kalangan rakyat jika kerajaan BN terus memerintah,” katanya.

Sementara itu ketika berucap pada sambutan Tahun Baru Cina anjuran Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang Abdullah berkata, sikap lebih memuji daripada menyatakan kebenaran tidak akan membawa kepada kebaikan.

Tegas Perdana Menteri, beliau mahu kawan yang boleh menolong, bukan pembodek atau yang bersifat sokong membawa rebah kerana tidak ikhlas dalam memberi maklumat.

“Tak payah nak puji-puji depan saya. Sebagai kawan mereka perlu ikhlas dan menyatakan perkara yang benar kepada saya daripada menyembunyikan sesuatu yang sepatutnya saya perlu tahu.

“Itu cara saya dan gunakanlah kesempatan dan peluang ini untuk bersama-sama berkhidmat dan bekerja untuk rakyat dan bukan untuk diri sendiri atau untuk saya,” katanya.

Malah katanya, beliau bekerja lebih keras berbanding orang lain yang merasakan diri mereka telah bertungkus-lumus selama ini.

Perdana Menteri berkata, tiada ruang untuk dirinya berehat malah beliau perlu bekerja lebih daripada orang lain bagi memastikan layanan dan peluang diberi sama rata kepada semua kaum di negara ini.

“Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk berlaku adil kepada semua kaum apatah lagi sebagai seorang Islam saya bertanggungjawab penuh ke atas diri saya dan juga Tuhan saya, sama seperti kaum lain di negara ini,” katanya.

Sebagai pemimpin katanya, tiada apa yang lebih menggembirakan selain melihat semua orang hidup dalam satu kelompok yang harmoni, semangat setia kawan dan selesa.

“Apa yang penting ialah semua kaum sentiasa mengingati dan menghargai hubungan baik yang sudah terjalin sesama mereka sejak sekian selama,” katanya.

utusan online

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Must Attend Program

Please go to this link: https://justice4allkuantan.wordpress.com/2008/10/25/invitation-public-forum-the-isa-and-the-police-reform-process-whats-next-after-pak-lah/
To sin by silence when we should protest makes cowards of people - Emily Cox

Siphoning EPF money

On 'Why should Valuecap borrow from EPF?' Syed Shahir Syed Mohamud: MTUC condemns the government's move to bail out Valuecap to support the local stock market using RM5 billion from EPF, as the provident fund is the custodian of the workers' money and not some sort of ‘automated teller machine' for the government.
If at all the EPF were to lend its money to the government, it has to be under the condition that there be transparency and accountability in the activities for which the money has been purposed. We want to know who is doing what with the money that belongs to the workers. This is the hard-earned money of the workers, their retirement plan. How is this bailout plan going to benefit the workers? We also question the reason for this bailout. If the economic fundamentals in Malaysia are strong and reserves sufficient as has been stated several times by the government, then why is there a need to offer so much money to the GLCs? Second Finance Minister Nor Mohamed Yakcop should prove how the EPF would profit from this loan. Bernama had reported that Nor had given the assurance that the loan given out by EPF would reap profits for the fund judging from Valuecap's past performance. But where is the paperwork and calculations to show that this move will benefit the EPF? MTUC is concerned that the loan might be mismanaged or misused and this, in turn, would affect the returns for the contributors. Mere assurances are not enough. We want to proof that this RM5 billion will not go down the drain. (The writer is president, MTUC). Sharyn: The government wants to use our pension money to prop up the Malaysian stock market which is the playing field of the rich people. If so, the government must ensure that the EPF account holders - who are predominantly the poor to average citizens of Malaysia - be guaranteed all of our pension money with a compound 8% growth (interest). It's so selfish and sick of the government to use the poor's pension money to help the rich to make more money with all the risks taken by the poor/average citizen. We can better use the RM% billion loans to Valuecap for our children's education, shelter, medical bills etc. Why not get those rich people to prop up the share market instead? Why should they park their money overseas and gamble with our EPF money instead? Kumar14: Who is behind this Valuecap organisation? Why suddenly, this separate entity is allowed to access funds from the EPF? Are they capable enough to handle it or is it just another desperate and blind move? It has been a very infamous trend where the people's funds are channeled to a company for investment purposes and suddenly POP! the funds disappear and there is nobody to be held responsible but a RM2 shell company. Charge who? Sue whom? The RM2 company (just a registered name)? We have seen this many times. People in power and with connections allow such things to go through and reap/rob the people's wealth and then blame it on organisations which actually don't exist. What if a lot of EPF funds are looted via such scams and nobody is to be pointed at? Where will the government get the funds to replenish the EPF? The people are very bored, disappointed, angry and frustrated at seeing all these dumb and unaccounted for measures being allowed by the government with lame excuses. Please, somebody verify the true purpose, integrity and capability of anybody attempting to use the people's fund.

Raja Petra

Photobucket Ihsan dari blog Go!Malaysian http://gomalaysian.blogspot.com/

ANWAR IBRAHIM

A prosperous future is indivisible from a firm commitment to the principles of distributive justice, the rule of law and a profound respect for human rights.

Email Address:

justice4allmsia@yahoo.com

Archives

February 2008
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
2526272829  

Blog Stats

  • 117,617 hits
%d bloggers like this: