Justice For All Malaysia

Putar belit kenyataan – Anwar bidas Najib

Posted on: February 13, 2008

Putar belit kenyataan – Anwar bidas Najib

 

Mohd Sabri Said
Mon | Feb 11, 08 | 2:43:44 pm MYT

BATU KAWAN, 11 Feb (Hrkh) –

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeAdiLan), Dato’ Seri Anwar Ibrahim membidas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak yang sengaja memutar belitkan pandangannya mengenai penurunan harga minyak, kerana Najib mengetahui ianya boleh di atasi untuk memberi kelesaan pada keseluruhan rakyat.

Tegasnya, minyak di negara ini bermutu dan bernilai tinggi apabila diekspot maka mustahil ia tidak boleh diturunkan bilamana keuntungan Petronas berkali ganda.

“Penurunan petrolium negara tidak akan mengbangkrapkan negara malahan mengimbangkan ekonomi yang sedia ada. Jika dia (Najib) tak percaya serahkan pada Barisan Alternatif (BA) memerintah.

“Kita boleh laksanakan apa yang difikirkan buntu oleh Barisan Nasional (BN),” kata Anwar ketika berceramah di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Juru semalam.

Menurut Anwar, jika BA menang gaji minima akan dinaikan ke RM1,500 sebulan berbanding sekarang ada rakyat yang berpendapatan di bawah paras kemiskinan. Sedangkan, gaji kepimpinan BN berkali ganda dengan elaun yang melimpah ruah.

Apakah, rakyat mahu melihat rakan mereka terus hidup melarat tanpa pembelaan walhal wang negara digunakan terhadap projek mega yang keuntunganya kembali kepada kroni.

“Itulah natijah jika terus berikan sokongan pada BN. Mereka hanya pentingkan kroni bukanya bermatlamat membantu rakyat terutamanya rakyat bawahan, ” katanya dalam program anjuran KeAdilan Bahagian Batu Kawan.

Rakyat ujarnya, boleh menilai apa tujuan sebenar membina koridor Wilayah Utara atau Timur, Wilayah Iskandar dan kini menular ke Sarawak semuanya mempunyai agenda dan kepentingan tersembunyi.

Di Pulau Pinang dan utara semenanjung dihadiahkan ‘Koridor Wilayah Utara’ di mana dalam majlis perasmianya sahaja di Kedah pada penghujung tahun lalu jutaan ringgit dihabiskan.

“Siapa yang untung disebalik projek 10 tahun akan datang adakah rakyat macam kita atau kepimpinan BN. Contoh paling ketara ialah RapidPenang dan akan datang Monorel di Pulau Pinang siapa punya, ” tanya beliau di sambut hadirin ‘anak Pak Lah!.

Selain memberikan penurunan harga minyak, tol dan gaji minima dinaikan, BA juga berjanji bila menguasai Malaysia akan memberikan pendidikan percuma pada rakyat tidak macam sekarang mereka asyik menipu.

“Rakyat ditipu oleh Menteri Pelajaran, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein kononnya nak bagi yuran percuma tapi apa yang berlaku hanya mansuh yuran RM4.90 tapi kena bayar RM100.00 lebih pada sekolah, ” tegasnya.

Dalam ceramahnya, Anwar menggesa rakyat supaya tidak menjadi ‘Khadam Umno’ lagi dalam Pilihan Raya Umum ke 12 nanti kerana kepimpinan atasan akan melatu sekiranya Barisan Nasional (BN) menang besar sepertimana sebelum ini.

Sebaliknya, rakyat di era Teknologi Maklumat (IT) menjadi rakyat yang cerdik dan tahu menilai di manakan harga diri sebenar untuk memastikan negara ini makmur jauh daripada penindasan pemimpin, rasuah, penyelewengan dan kronisme.

“Biar yang lepas jadikanlah teladan. Kita harus bangkit dalam satu suara untuk tidak lagi menyokong kerajaan yang kuropsi. Apatah lagi menjadi khadam kepada Umno yang langsung tidak ada hati perut membantu mengatasi kegawatan negara sekarang ini, ” jelasnya.

Turut ceramah pada malam itu ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Mujahid Yusuf Rawa dan Ketua Perhubungan KeAdiLan Pulau Pinang, Dato’ Zahrin Hashim. – mr

1 Response to "Putar belit kenyataan – Anwar bidas Najib"

Salam hormat,

Malaysia antara negara pengeluar minyak terbesar dunia. Malanganya, harga minyak di negara ini cuba dibandingkan dengan Singapore dan Thailand yang tidak memiliki telaga minyak.

Kenapa tidak dibandingkan dengan Brunei yang sama-sama pengeluar minyak? Hujah Najib serta juak-juak Umno hanya mengajak masyarakat menjadi biul.

Atok saya memberi nasihat agar ‘jangan bercakap seperti tidak mahu buat sesuatu kerja yang patut dilakukan’.:)

Wassalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Must Attend Program

Please go to this link: https://justice4allkuantan.wordpress.com/2008/10/25/invitation-public-forum-the-isa-and-the-police-reform-process-whats-next-after-pak-lah/
To sin by silence when we should protest makes cowards of people - Emily Cox

Siphoning EPF money

On 'Why should Valuecap borrow from EPF?' Syed Shahir Syed Mohamud: MTUC condemns the government's move to bail out Valuecap to support the local stock market using RM5 billion from EPF, as the provident fund is the custodian of the workers' money and not some sort of ‘automated teller machine' for the government.
If at all the EPF were to lend its money to the government, it has to be under the condition that there be transparency and accountability in the activities for which the money has been purposed. We want to know who is doing what with the money that belongs to the workers. This is the hard-earned money of the workers, their retirement plan. How is this bailout plan going to benefit the workers? We also question the reason for this bailout. If the economic fundamentals in Malaysia are strong and reserves sufficient as has been stated several times by the government, then why is there a need to offer so much money to the GLCs? Second Finance Minister Nor Mohamed Yakcop should prove how the EPF would profit from this loan. Bernama had reported that Nor had given the assurance that the loan given out by EPF would reap profits for the fund judging from Valuecap's past performance. But where is the paperwork and calculations to show that this move will benefit the EPF? MTUC is concerned that the loan might be mismanaged or misused and this, in turn, would affect the returns for the contributors. Mere assurances are not enough. We want to proof that this RM5 billion will not go down the drain. (The writer is president, MTUC). Sharyn: The government wants to use our pension money to prop up the Malaysian stock market which is the playing field of the rich people. If so, the government must ensure that the EPF account holders - who are predominantly the poor to average citizens of Malaysia - be guaranteed all of our pension money with a compound 8% growth (interest). It's so selfish and sick of the government to use the poor's pension money to help the rich to make more money with all the risks taken by the poor/average citizen. We can better use the RM% billion loans to Valuecap for our children's education, shelter, medical bills etc. Why not get those rich people to prop up the share market instead? Why should they park their money overseas and gamble with our EPF money instead? Kumar14: Who is behind this Valuecap organisation? Why suddenly, this separate entity is allowed to access funds from the EPF? Are they capable enough to handle it or is it just another desperate and blind move? It has been a very infamous trend where the people's funds are channeled to a company for investment purposes and suddenly POP! the funds disappear and there is nobody to be held responsible but a RM2 shell company. Charge who? Sue whom? The RM2 company (just a registered name)? We have seen this many times. People in power and with connections allow such things to go through and reap/rob the people's wealth and then blame it on organisations which actually don't exist. What if a lot of EPF funds are looted via such scams and nobody is to be pointed at? Where will the government get the funds to replenish the EPF? The people are very bored, disappointed, angry and frustrated at seeing all these dumb and unaccounted for measures being allowed by the government with lame excuses. Please, somebody verify the true purpose, integrity and capability of anybody attempting to use the people's fund.

Raja Petra

Photobucket Ihsan dari blog Go!Malaysian http://gomalaysian.blogspot.com/

ANWAR IBRAHIM

A prosperous future is indivisible from a firm commitment to the principles of distributive justice, the rule of law and a profound respect for human rights.

Email Address:

justice4allmsia@yahoo.com

Archives

February 2008
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
2526272829  

Blog Stats

  • 117,125 hits
%d bloggers like this: