Justice For All Malaysia

Bila agaknya SPR nak berenti nipu?

Posted on: March 5, 2008

Bagi yang belum tahu…diperkenalkan SPR, parti komponen BN ke 15…

Ohh…pasai tu lah, ye…

———————————————————————————————————————–

SPR batal laksana dakwat kuku
Mar 4, 08 4:52pm
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hari ini membatalkan cadangan penggunaan dakwat kekal di kuku atau jari tangan pengundi dalam pilihanraya umum Sabtu ini.

Pengumuman yang mengejutkan itu dibuat dalam satu sidang akhbar di Putrajaya petang ini – empat hari sebelum hari pengundian Sabtu ini.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Pengerusi SPR, Tan Abdul Rashid Abdul Rahman. Turut hadir ialah Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Dua hari lalu, pembangkang telah menegur SPR yang nampak keberatan untuk memperkenalkan penggunaan dakwat untuk pengundian.

Ketika mengumumkan perkara tersebut, Abdul Rashid berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuaratnya hari ini berasaskan nasihat dari segi perundangan serta aspek ketenteraman dan keselamatan awam.

“Hasil siasatan terhadap laporan yang dibuat kepada pihak polis, mengesahkan bahawa terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah membeli dakwat dari luar negara bagi menjalankan aktiviti memujuk dan menyogok orang yang kurang faham mengenai penggunaan dakwat itu untuk dicalit sebelum hari mengundi.

SPR dukacita  

“SPR berasa amat dukacita atas keputusan yang dibuat ini. Namun begitu, demi menunaikan kewajipan dan tanggungjawabnya dalam menjamin kelancaran proses pengundian serta ketenteraman serta keselamatan awam, SPR perlu mengambil keputusan tegas dan muktamad ini,” katanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan, SPR sebelum ini mengumumkan cadangan menggunakan dakwat khas dari  India itu untuk menanda kuku atau jari pengundi bagi mengelak penipuan dalam pilihanraya umum.

Tanda dakwat itu bagaimanapun tidak terpakai bagi pengundi pos yang perlu membuat pelbagai pengisytiharan bagi menentukan kesahihannya.

Tanda dakwat berwarna hitam yang membabitkan kos kurang daripada RM1 juta itu bertujuan memuaskan hati semua pihak memandangkan selepas pilihanraya umum 2004, terdapat pelbagai desakan oleh beberapa parti politik supaya SPR melaksanakan suatu kaedah bagi menyekat perbuatan yang dianggap sebagai penipuan dalam proses pengundian.

Abdul Rashid berkata kegiatan itu (mengecat kuku) dikesan berlaku terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman bagi menimbulkan kekeliruan dan syak wasangka mengenai status pengundi berkenaan.

“Mereka ini mungkin dianggap sebagai telah mengundi apabila datang pada hari pengundian. Selain itu, kemungkinan terdapat di kalangan pengundi yang terpedaya itu tidak keluar mengundi kerana takut dianggap telah melakukan kesalahan.

“Sekiranya pengundi-pengundi itu hadir mengundi, sudah tentu akan timbul keraguan di kalangan ejen calon dan petugas SPR mengenai status pengundi-pengundi berkenaan. Ini boleh menyebabkan tercetusnya kekecohan di tempat-tempat mengundi yang mungkin sukar dikawal jika berlaku secara berleluasa,” katanya.

Tiada tekanan politik

Berikutan itu katanya SPR memandang serius keadaan itu kerana proses pengundian dan ketenteraman serta keselamatan awam tidak boleh sekali-kali dikompromi.

Selain itu, Abdul Rashid berkata pembatalan itu juga disebabkan peruntukan undang-undang perlu digubal bagi mengadakan peruntukan yang membenarkan pengundi yang kukunya telah dicalit dan pengundi yang enggan berbuat demikian, diberikan kertas undi.

Beliau berkata, sekiranya tanda dakwat itu hendak diperkenalkan, ia tidak boleh menjejaskan hak pengundi untuk mengundi selaras dengan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan yang bermakna hak pemilih berdaftar tidak boleh dinafikan kecuali jika pemilih berdaftar itu hilang kelayakan untuk mengundi mengikut undang-undang.

Katanya peruntukan undang-undang yang perlu digubal didapati tidak akan mencapai maksud asal SPR memperkenalkan penggunaan tanda dakwat itu yang berdasarkan cadangan asalnya, seseorang yang kukunya telah dicalit dengan dakwat tidak boleh diberi kertas undi.

“Dari sudut praktiknya, jika SPR masih perlu memberikan kertas undi kepada pengundi yang sedemikian, kaedah tersebut tidak akan membawa makna atau memberi kesan positif, malah berpotensi besar menimbulkan perselisihan faham serta pertengkaran dan pergaduhan di tempat mengundi,” katanya.

Sambil menegaskan bahawa keputusan itu dibuat tanpa sebarang tekanan daripada parti politik, beliau berharap semua pihak menerimanya dengan hati terbuka demi keselamatan pengundi.

Sementara itu, R Sivarasa, calon PKR bagi Parlimen Subang di Selangor berkata, penggunaan dakwaan tersebut akan menghalang perbuatan mengundi lebih daripada sekali.

“Mereka telah mengelirukan semua rakyat malaysia, para pengundi, bahawa mereka akan melaksanakan penggunaan dakwat khas penanda jari semasa pengundian.

“Mereka juga telah mengeluarkan banyak kenyataan mengenai kos dakwaat tersebut dan mereka akan membelinya,” tambah beliau.

Shock reversal: Indelible ink plan erased
Mar 4, 08 4:55pm

Malaysiakini.com

The Election Commission has cancelled the use of indelible ink for this general election, citing public order and security issues.

The stunning announcement was made at a press conference in Putrajaya this afternoon – four days before polling.

abdul rashid abdul rahman and spr and general election 130208EC chairperson Abdul Rashid Abdul Rahman said the commission was obliged to make a “firm and final decision to ensure the smooth conduct of the 12th general election”.

“Following legal advice and looking at the issue of public order and security, the EC… has decided not… to introduce the use of indelible ink,” he said.

“The EC views these issues seriously, as the election process and public order and security cannot be compromised,” he added. “The EC deeply regrets its decision.”

Abdul Rashid said the use of indelible ink would not be effective as the country’s constitution allows those who refuse to have their fingernail marked with the ink to still be issued with a ballot.

He added that the use of the indelible ink could infringe the constitutional right of a voter to cast his vote, especially if the commission tries to bar someone from voting for having an ink marked in his finger.

“From a practical point of view, the issuance of a ballot paper to such a voter would render the EC’s proposal meaningless and will not bring about a positive result, whilst having the potential to create misunderstanding as well as altercations and arguments at polling stations,” he said.

He added that the Federal Constitution gives Malaysians the right to vote and a black mark on the fingernail should not bar people from exercising this right, he said.

The loophole can only be removed with a constitutional amendment, which requires a vote by parliament, which has been dissolved for elections to take place.

Also present at the press conference were attorney-general Abdul Gani Patail dan inspector general of police Musa Hassan.

Police reports lodged

Abdul Rashid also said there were reports made to the police alleging that certain quarters had purchased indelible ink from abroad with the intention of creating confusion and suspicion as to the status of voters.

He added that police reports were lodged in Kelantan, Perlis and Kedah between Feb 16 and 21 and as a result four individuals are being questioned by the police.

“Their intention is to create confusion and suspicion as to the status of such voters,” he said.

“This may cause chaos at polling stations which, if widespread, may be difficult to control.”

“The EC views these issues seriously as the election process and public order and security cannot be compromised,” he said.

The indelible ink was to be introduced for the first time in Malaysia as part of efforts to enhance transparency.

In line with this, along with the introduction of the ink, the EC had also allowed for the casting of postal ballots to be observed by polling agents and the use of transparent ballot boxes.

The EC believed that the changes would quell some of the allegations that Malaysian elections are not free and fair.

In preparation for the use of the indelible ink, the EC had previously said that it would buy approximately 48,000 bottles of indelible ink worth RM2.4mil from India.

Women voters had also been repeatedly reminded to remove their nail polish before going to the polls on March 8, as it would be difficult to apply the ink otherwise.

Fears of multiple voting

However, even before today’s about-turn from the EC, questions were already being asked as to how the commission can compel voters to apply the ink as the Election (Conduct of Election) Regulation 1981 has not been amended to include the use of the indelible ink.

the indelible ink 040208The EC responded by stating that voters who were against the use of indelible ink would have to fill out a form seeking to be excused before casting their vote.

The opposition has two days ago ticked off the EC for appearing to have second thoughts on the introduction of the indelible ink.

R Sivarasa, the candidate for Selangor’s Subang, argued that the ink would stop possible incidences of multiple voting.

“They misled all Malaysians, not only yourselves, the voters of Malaysia and us, that they would implement the (use of) indelible ink – they also issued numerous statements about how much indelible ink would cost and they said they would buy it.”

1 Response to "Bila agaknya SPR nak berenti nipu?"

Pada saya, ini adalah peluru bunuh diri oleh BN/SPR kerana inilah kesempatan untuk kita menunjukkan bukti kepada rakyat bahawa SPR dan BN bersekongkol menipu didalam pilihanraya dan apa yang didakwa oleh parti parti BA dan BERSIH adalah benar. Selama ini rakyat, terutama diatas pagar sudah mengetahui bahawa dakwat akan digunakan. Tiba tiba apabila ianya dibatalkan, sudah tentu merekaSPR/BN takut untuk menggunakannya.

Oleh itu, Saya cadangkan BA menggunakan kesempatan ini berkempen untuk membuktikan kepada rakyat bahawa SPR adalah penipu dan bersekongkol dengan BN untuk menipu dalam pilihanraya ini. Jelaskan bahawa apa yang didakwa oleh BA dan BERSIH adalah benar dengan pembatalan ini. Jelaskan kepada rakyat terutama mereka diatas pagar bahawa pembatalan penggunaan dakwat ini sebagai bukti penipuan pilihanraya disamping segala bukti yang sedia ada.

Gunakan kesempatan yang tinggal untuk berkempen tentang ini terutama terhadap mereka di atas pagar, insyaallah, segala penipuan tersebut tidak dapat melawan semua undi yang BA dapat dengan adanya tambahan undi mereka di atas pagar kepada BA.

Galakkan rakyat keluar mengundi untuk menghalang nama mereka digunakkan oleh pengundi hantu. Kempenkan… Jika ada di”daftarkan” atau ditukar secara tidak rela, pergilah ke tempat mereka disenaraikan mengundi. jadi Jika terdapat penipuan, jumlah yang keluar mengundi adalah tinggi, maka statistik keluar mengundi akan menjadi tidak masuk akal… contohnya lebih 90 % keluar mengundi…

Ini adalah kerana jika ditolak mereka yang sudah meninggal, tidak dapat balik mengundi, ditukar secara tidak rela ke tempat jauh… dicamput dengan mereka yang mengundi, maka peratus keluar mengundi adalah melebihi 90 – 95%.. malah tidak hairan kalau ada lebih 99%…. iaitu jumlah yang tidak logik. Jadi , itulah bukti penipuan yang dilakukan oleh SPR/BN.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Must Attend Program

Please go to this link: https://justice4allkuantan.wordpress.com/2008/10/25/invitation-public-forum-the-isa-and-the-police-reform-process-whats-next-after-pak-lah/
To sin by silence when we should protest makes cowards of people - Emily Cox

Siphoning EPF money

On 'Why should Valuecap borrow from EPF?' Syed Shahir Syed Mohamud: MTUC condemns the government's move to bail out Valuecap to support the local stock market using RM5 billion from EPF, as the provident fund is the custodian of the workers' money and not some sort of ‘automated teller machine' for the government.
If at all the EPF were to lend its money to the government, it has to be under the condition that there be transparency and accountability in the activities for which the money has been purposed. We want to know who is doing what with the money that belongs to the workers. This is the hard-earned money of the workers, their retirement plan. How is this bailout plan going to benefit the workers? We also question the reason for this bailout. If the economic fundamentals in Malaysia are strong and reserves sufficient as has been stated several times by the government, then why is there a need to offer so much money to the GLCs? Second Finance Minister Nor Mohamed Yakcop should prove how the EPF would profit from this loan. Bernama had reported that Nor had given the assurance that the loan given out by EPF would reap profits for the fund judging from Valuecap's past performance. But where is the paperwork and calculations to show that this move will benefit the EPF? MTUC is concerned that the loan might be mismanaged or misused and this, in turn, would affect the returns for the contributors. Mere assurances are not enough. We want to proof that this RM5 billion will not go down the drain. (The writer is president, MTUC). Sharyn: The government wants to use our pension money to prop up the Malaysian stock market which is the playing field of the rich people. If so, the government must ensure that the EPF account holders - who are predominantly the poor to average citizens of Malaysia - be guaranteed all of our pension money with a compound 8% growth (interest). It's so selfish and sick of the government to use the poor's pension money to help the rich to make more money with all the risks taken by the poor/average citizen. We can better use the RM% billion loans to Valuecap for our children's education, shelter, medical bills etc. Why not get those rich people to prop up the share market instead? Why should they park their money overseas and gamble with our EPF money instead? Kumar14: Who is behind this Valuecap organisation? Why suddenly, this separate entity is allowed to access funds from the EPF? Are they capable enough to handle it or is it just another desperate and blind move? It has been a very infamous trend where the people's funds are channeled to a company for investment purposes and suddenly POP! the funds disappear and there is nobody to be held responsible but a RM2 shell company. Charge who? Sue whom? The RM2 company (just a registered name)? We have seen this many times. People in power and with connections allow such things to go through and reap/rob the people's wealth and then blame it on organisations which actually don't exist. What if a lot of EPF funds are looted via such scams and nobody is to be pointed at? Where will the government get the funds to replenish the EPF? The people are very bored, disappointed, angry and frustrated at seeing all these dumb and unaccounted for measures being allowed by the government with lame excuses. Please, somebody verify the true purpose, integrity and capability of anybody attempting to use the people's fund.

Raja Petra

Photobucket Ihsan dari blog Go!Malaysian http://gomalaysian.blogspot.com/

ANWAR IBRAHIM

A prosperous future is indivisible from a firm commitment to the principles of distributive justice, the rule of law and a profound respect for human rights.

Email Address:

justice4allmsia@yahoo.com

Archives

March 2008
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Blog Stats

  • 117,126 hits
%d bloggers like this: