Justice For All Malaysia

Fuziah Salleh, Srikandi Rakyat

Posted on: March 7, 2008

Kebiasaannya, pada awal pagi selepas solat subuh, beliau akan memikirkan rancangan untuk rakyat pada hari itu. Bagi para petugas KeADILan Bahagian Kuantan, mereka akan menerima mesej-mesej dari beliau – sebahagiannya bertanyakan pendapat, sebahagaian lainnya dalam bentuk arahan. Dengan segala kesibukan yang dialami, Fuziah Salleh masih tetap menjawab sms dan panggilan dari para pengundi dan wartawan. Itulah kelebihan Fuziah Salleh – memang tidak syak beliau layak ke parlimen kerana tumpuan beliau jelas hanya untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat. Gambar-gambar di dalam blog beliau dan di blog ini sudah menjadi bukti untuk mengukuhkan pandangan tersebut.

Dalam melaksanakan kesedaran untuk melayan, mengambil berat kesusahan rakyat, beliau tanpa rasa penat dan jemu menemui mereka di mana saja mereka berada. Sebahagian mereka walaupun pertama kali bertemu beliau, seolah-olah seperti sudah lama kenal dan mudah untuk mengadu penderitaan mereka. Sebahagiannya tidak dapat menahan airmata mereka yang tiba-tiba menitis tanpa henti setelah berbual dengan beliau.

Fuziah Salleh ialah seorang insan yang boleh merasa empati dengan apa yang dianggung oleh rakyat jelata yang hidup mereka susah, perlu bantuan dan bimbingan dalam memperbaiki kehidupan mereka.

Tidak akan ada kesangsian bahawa jika beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen esok, beliau akan menjadi seorang Ahli Parlimen contoh yang dapat dibanggakan oleh semua kaum, bukan saja oleh orang-orang Melayu, bahkan Cina, India, Kadazan, Iban dan semua yang lain.

Beliau mempunyai kewibaan hakiki dalam memperjuangkan hak-hak rakyat. Rakyat akan berasa selamat dengan idealismenya yang sedemikian. Beliau amat tegas dengan penyelewengan dan pengabaian hak-hak rakyat dan sentiasa mendesak pihak-pihak berwajib untuk memenuhinya segera dan tanpa sebarang kerenah. Ramai rakyat Kuantan yang telah mendapat pembelaan daripada beliau.

Beliau mudah bergaul dan responsive terhadap permintaan bantuan oleh rakyat Kuantan.

Beliau telah menemui dan berinteraksi dengan berbagai lapisan masyarakat berbilang kaum dan agama. Beliau juga seorang intellektual, teliti dalam segalanya tugasan yang diberi dan kehadirannya senantiasa dinanti-nantikan oleh mereka yang mengenalinya.

Ketokohannya terserlah semenjak bertanding pertama kali di Parlimen Kuantan – di kala itu calon BN ialah Khalil Yaakub, Menteri Besar Pahang. Kebijaksaan Fuziah dalam memberi pendapat dan menjawab omongan BN amatlah ketara bagi mereka yang pernah terlibat dengan perbincangan-perbincangan politik bersamanya. Anwar Ibrahim memperkenalkan beliau kepada dunia sebagai pakar politik akar umbi.

Satu lagi kelebihan beliau, iaitu sebagai seorang wanita, secara semula jadinya sikap prihatin, ambil berat, sensitif terhadap keperluan orang lain dan empati sudah sebati dalam jiwa raganya. Tambahan pula beliau adalah kaunselor terlatih yang telah mengendali begitu banyak kes dari peringkat kanak-kanak dan remaja kepada dewasa di dalam dan di luar negara.

Ilmu, kemahiran, sikap dan perasaan yang beliau miliki adalah lebih dari cukup untuk melayakkan beliau sebagai mewakili rakyat Kuantan, sebagai Ahli Parlimen mereka dalam Pilihanraya ke-12.

Jadikanlah FUZIAH SALLEH sebagai suara anda di Parlimen kali ini!
Photobucket

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Must Attend Program

Please go to this link: https://justice4allkuantan.wordpress.com/2008/10/25/invitation-public-forum-the-isa-and-the-police-reform-process-whats-next-after-pak-lah/
To sin by silence when we should protest makes cowards of people - Emily Cox

Siphoning EPF money

On 'Why should Valuecap borrow from EPF?' Syed Shahir Syed Mohamud: MTUC condemns the government's move to bail out Valuecap to support the local stock market using RM5 billion from EPF, as the provident fund is the custodian of the workers' money and not some sort of ‘automated teller machine' for the government.
If at all the EPF were to lend its money to the government, it has to be under the condition that there be transparency and accountability in the activities for which the money has been purposed. We want to know who is doing what with the money that belongs to the workers. This is the hard-earned money of the workers, their retirement plan. How is this bailout plan going to benefit the workers? We also question the reason for this bailout. If the economic fundamentals in Malaysia are strong and reserves sufficient as has been stated several times by the government, then why is there a need to offer so much money to the GLCs? Second Finance Minister Nor Mohamed Yakcop should prove how the EPF would profit from this loan. Bernama had reported that Nor had given the assurance that the loan given out by EPF would reap profits for the fund judging from Valuecap's past performance. But where is the paperwork and calculations to show that this move will benefit the EPF? MTUC is concerned that the loan might be mismanaged or misused and this, in turn, would affect the returns for the contributors. Mere assurances are not enough. We want to proof that this RM5 billion will not go down the drain. (The writer is president, MTUC). Sharyn: The government wants to use our pension money to prop up the Malaysian stock market which is the playing field of the rich people. If so, the government must ensure that the EPF account holders - who are predominantly the poor to average citizens of Malaysia - be guaranteed all of our pension money with a compound 8% growth (interest). It's so selfish and sick of the government to use the poor's pension money to help the rich to make more money with all the risks taken by the poor/average citizen. We can better use the RM% billion loans to Valuecap for our children's education, shelter, medical bills etc. Why not get those rich people to prop up the share market instead? Why should they park their money overseas and gamble with our EPF money instead? Kumar14: Who is behind this Valuecap organisation? Why suddenly, this separate entity is allowed to access funds from the EPF? Are they capable enough to handle it or is it just another desperate and blind move? It has been a very infamous trend where the people's funds are channeled to a company for investment purposes and suddenly POP! the funds disappear and there is nobody to be held responsible but a RM2 shell company. Charge who? Sue whom? The RM2 company (just a registered name)? We have seen this many times. People in power and with connections allow such things to go through and reap/rob the people's wealth and then blame it on organisations which actually don't exist. What if a lot of EPF funds are looted via such scams and nobody is to be pointed at? Where will the government get the funds to replenish the EPF? The people are very bored, disappointed, angry and frustrated at seeing all these dumb and unaccounted for measures being allowed by the government with lame excuses. Please, somebody verify the true purpose, integrity and capability of anybody attempting to use the people's fund.

Raja Petra

Photobucket Ihsan dari blog Go!Malaysian http://gomalaysian.blogspot.com/

ANWAR IBRAHIM

A prosperous future is indivisible from a firm commitment to the principles of distributive justice, the rule of law and a profound respect for human rights.

Email Address:

justice4allmsia@yahoo.com

Archives

March 2008
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Blog Stats

  • 117,126 hits
%d bloggers like this: