Justice For All Malaysia

Malaysiakini: Minyak: Komponen BN juga berang

Posted on: June 7, 2008

Jun 6, 08 9:10pm
Presiden Parti Maju Sabah (Sapp), Datuk Yong Teck Lee mengecam tindakan kerajaan menaikkan secara mendadak harga minyak seperti diumumkan kelmarin.

Sapp, sebuah parti komponen BN, memberi amaran kepada perdana menteri tentang ketegangan besar BN, manakala Pemudanya mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan kabinetnya meletakkan jawatan.

Yong, bekas ketua menteri, berkata keputusan kerajaan yang terburu-buru meningkatkan harga minyak boleh memburukkan lagi masalah yang dihadapi BN.

Beliau juga mempertikaikan perdana menteri sama ada beliau sudah mengkaji segala akibat kenaikan harga minyak.

“Jika kerajaan hilang kepercayaan rakyat, maka ia lebih payah untuk mentadbir,” katanya.

Abdullah mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen – dari RM1.92 seliter ke RM2.70. Harga diesel pula meningkat sebanyak 63.3 peratus – dari RM1.58 seliter ke RM2.58.

Kenaikan harga ini dilakukan kerana mahu mengurangkan subsidi minyak yang naik mendadak yang dikatakan sebanyak RM56 billion tahun ini.

Yong juga berkata, wakil rakyat dan kakitangan awam kemungkinan akan merasai lebih tekanan daripada orang ramai agar “berbuat sesuatu” bagi mengurangkan tanggungan ekonomi mereka.

Tambahnya, kenaikan harga minyak dibuat sejurus selepas kenaikan harga beras dan beberapa jenis makanan asas.

“Bagi seseorang yang berpendapatan mencukupi setiap bulan, kenaikan ini menjadi tamparan hebat kerana terpaksa membayar lebih di stesen minyak dan ketika membeli barang dapur,” kata Yong lagi.

Katanya, golongan berpendapatan sederhana dengan gaji antara RM4,000 hingga RM5,000 akan mengalami  kesan inflasi akibat kenaikan harga minyak.

Sehubungan itu, Yong meragui kesan positif rebet RM625 untuk pemilik kenderaan dan RM125 bagi pengguna motosikal kerana wujud jurang antara masa wang dihabiskan untuk minyak dengan masa subsidi itu diperolehi.

Yong menambah, orang ramai akan terus bertanya sebab Malaysia sebagai pengeluar bersih petroleum hingga 2014 turut mengalami dampak negatif susulan peningkatan harga minya dunia.

“Orang biasa bingung mengapa mereka terpaksa menanggung beban padahal Petronas mendapat untung yang banyak,” katanya.

Ketua Pemuda Sapp, Au Kam Wah, lebih berterus-terang dengan mendesak pemimpin yang “gagal melindungi kepentingan rakyat” agar melepaskan jawatan.

Dalam kenyataannya dari Kota Kinabalu, beliau berkata pemimpin-pemimpin ini harus membenarkan orang lain yang lebih berkebolehan mengambil alih pucuk kepimpinan.

Wakil rakyat kawasan Elopura itu turut berkata, kerajaan telah mungkir janji untuk tidak menaikkan harga minyak dalam tahun ini seperti jaminan BN pada pilihanraya lepas.

Jaminan seumpamanya, tambahnya, juga diulang oleh menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna Datuk Shahrir Samad.

Katanya, pendirian kerajaan seumpama inilah yang menyebabkan mahu atau tidak rakyat hilang keyakinan terhadap kerajaan.

Beliau juga berhujah, langkah menaikkan harga minyak benar-benar bertentangan dengan janji BN untuk memberikan “keselamatan, keamanan dan kemakmuran” dalam menisfesto pilihanraya ke-12.

“(Langkah) ini mencipta tanggapan buruk kepada rakyat bahawa kerajaan bertindak berlawanan dengan kenyataannya sendiri,” katanya.

Beliau juga bimbang, kenaikan mendadak ini akan mencetuskan “tsunami ekonomi” yang akan membebankan masyarakat.

“Rakyat tidak boleh menerima alasan kerajaan bahawa kenaikan terbaru harga minyak demi memberi subsidi makanan dan barang lain.

“Kenaikan harga minyak hanya menyebabkan harga barangan meningkat dan rebet yang diberikan oleh kerajaan tidak signifikan berbanding kos tambahan yang ditanggung oleh rakyat, akibat kenaikan harga minyak,” katanya.

Desakan yang sama disuarakan oleh ahli parlimen DAP Dr Hiew King Cheu yang meminta seluruh anggota kabinet meletakkan jawatan kerana gagal menguruskan kekayaan dan sumbr negara dengan berhemah.

“Lebih baik jika mereka (anggota kabinet) berundur sekarang dan membenarkan Pakatan Rakyat mengambil alih kepimpinan untuk menyelamatkan negara ini daripada musnah,” katanya.

Dalam kenyataannya dari Kota Kinabalu semalam, beliau juga menganggap 40 peratus kenaikan harga petrol dan 60 peratus harga diesel sebagai “tidak berasas dan tidak boleh diterima” kerana Malaysia negara pengeksport minyak.

Beliau juga mempersoalkan jika ada sesuatu yang sengaja disorokkan oleh kerajaan mengenai jualan minyak mentah negara.

“Adakah benar minyak mentah negara dijual pada ‘harga tetap’ tanpa membenarkan naik turun harga untuk beberapa tahun?” katanya.

Tambahnya, jika kebimbangannya itu benar berlaku, ia tidak adil kepada rakyat Sabah apabila negeri itu penyumbang utama eksport minyak mentah negara.

Beliau juga menganggap rebet RM625 sebagai “bahan jenaka”.

“Sekurang-kurangnya 10 juta kenderaan di Malaysia yang berhak mendapat rebet minyak. Ia bermakna kerajaan terpaksa membayar sekurang-kurangnya RM6 bilion setahun.

“Kenapa tidak gunakan jumlah ini untuk mensubsidi minyak? Keseluruhan cadangan ini tidak amali dan tidak masuk akal,” jelasnya.

Advertisements

6 Responses to "Malaysiakini: Minyak: Komponen BN juga berang"

Datok Yong dan SAPP merupakan komponen BN sewajar berfikiran positif dalam isu kenaikan harga minyak yang diumumkan baru-baru ini. Kerajaan tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga minyak untuk tujuan membebankan rakyat. Kita amat bersyukur kerana negara kita merupakan salah sebuah negara pengeluarkan minyak. Apa kata jika sebaliknya. Kemungkinan harga minyak kita hari ini mungkin mencecah RM4.00 atau RM5.00 seliter. Lain itu negara kita amat bertuah tidak berkiblatkan kepada Amerika Syarikat. Itu salah pemimpinan BN yang lepas dan yang sedia ada.

Bagi pendapat saya.. kenaikan barang keperluan asas ataupun minyak tidak kena mengena dengan negara asing ataupun kerajaan asing. Yang saya nak tahu dimana duit subsidi itu akan digunakan. Saya hidup di Malaysia dan saya tidak perduli negara lain. Ini Malaysia bukan negara lain. Kenapa nak banding dengan negara lain

Kalau nak banding dengan negara lain yang Malaysia ini masih murah kenapa saya tak melihat di akhbar tempatan mengatakan pretasi ekonomi Malaysia dengan negara lain.. yang komen ade ialah kita tak boleh bandingkan epal dengan limau. Apalagi dengan kes ini???

make Petronas accounts public !!!!!!!

Thats where the fun will begin.

Asas membandingkan adalah satu cara yang baik jika bandingannya setaraf dan bukan perbezaan antara bukit dan gunung.Kerajaan Malaysia boleh belajar dari negara Brunei dalam pengurusan minyak negara.Letakkan hak rakyat dahulu sebelum menjual minyak ke luar negara.Jika rakyat dijaga baik tentunya jualan kepada pasaran luar bukanlah lagi satu persoalan.

Let us compare Malaysian oil price with OIL PRODUCING countries:

UAE – RM1.19/litre
Eygpt – RM1.03/litre
Bahrain – RM0.87/litre
Qatar – RM0.68/litre
Kuwait – RM0.67/litre
Saudi Arabia – RM0.38/litre
Iran – RM0.35/litre
Nigeria – RM0.32/litre
Turkmenistan – RM0.25/litre
Venezuela – RM0.16/litre
MALAYSIA – RM2.70/litre

http://fuziahsalleh2.wordpress.com

Wahai para pemimpin kerajaan Msia dan yang sekufu dengannya,
rakyat sedang menderita
dengarilah mereka!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Must Attend Program

Please go to this link: https://justice4allkuantan.wordpress.com/2008/10/25/invitation-public-forum-the-isa-and-the-police-reform-process-whats-next-after-pak-lah/
To sin by silence when we should protest makes cowards of people - Emily Cox

Siphoning EPF money

On 'Why should Valuecap borrow from EPF?' Syed Shahir Syed Mohamud: MTUC condemns the government's move to bail out Valuecap to support the local stock market using RM5 billion from EPF, as the provident fund is the custodian of the workers' money and not some sort of ‘automated teller machine' for the government.
If at all the EPF were to lend its money to the government, it has to be under the condition that there be transparency and accountability in the activities for which the money has been purposed. We want to know who is doing what with the money that belongs to the workers. This is the hard-earned money of the workers, their retirement plan. How is this bailout plan going to benefit the workers? We also question the reason for this bailout. If the economic fundamentals in Malaysia are strong and reserves sufficient as has been stated several times by the government, then why is there a need to offer so much money to the GLCs? Second Finance Minister Nor Mohamed Yakcop should prove how the EPF would profit from this loan. Bernama had reported that Nor had given the assurance that the loan given out by EPF would reap profits for the fund judging from Valuecap's past performance. But where is the paperwork and calculations to show that this move will benefit the EPF? MTUC is concerned that the loan might be mismanaged or misused and this, in turn, would affect the returns for the contributors. Mere assurances are not enough. We want to proof that this RM5 billion will not go down the drain. (The writer is president, MTUC). Sharyn: The government wants to use our pension money to prop up the Malaysian stock market which is the playing field of the rich people. If so, the government must ensure that the EPF account holders - who are predominantly the poor to average citizens of Malaysia - be guaranteed all of our pension money with a compound 8% growth (interest). It's so selfish and sick of the government to use the poor's pension money to help the rich to make more money with all the risks taken by the poor/average citizen. We can better use the RM% billion loans to Valuecap for our children's education, shelter, medical bills etc. Why not get those rich people to prop up the share market instead? Why should they park their money overseas and gamble with our EPF money instead? Kumar14: Who is behind this Valuecap organisation? Why suddenly, this separate entity is allowed to access funds from the EPF? Are they capable enough to handle it or is it just another desperate and blind move? It has been a very infamous trend where the people's funds are channeled to a company for investment purposes and suddenly POP! the funds disappear and there is nobody to be held responsible but a RM2 shell company. Charge who? Sue whom? The RM2 company (just a registered name)? We have seen this many times. People in power and with connections allow such things to go through and reap/rob the people's wealth and then blame it on organisations which actually don't exist. What if a lot of EPF funds are looted via such scams and nobody is to be pointed at? Where will the government get the funds to replenish the EPF? The people are very bored, disappointed, angry and frustrated at seeing all these dumb and unaccounted for measures being allowed by the government with lame excuses. Please, somebody verify the true purpose, integrity and capability of anybody attempting to use the people's fund.

Raja Petra

Photobucket Ihsan dari blog Go!Malaysian http://gomalaysian.blogspot.com/

ANWAR IBRAHIM

A prosperous future is indivisible from a firm commitment to the principles of distributive justice, the rule of law and a profound respect for human rights.

Email Address:

justice4allmsia@yahoo.com

Archives

June 2008
M T W T F S S
« May   Jul »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Blog Stats

  • 117,463 hits
%d bloggers like this: