Justice For All Malaysia

Fuziah Salleh: Ucapan bahas Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-9

Posted on: July 5, 2008

Verbatim dari Hansaard (yang belum di semak):

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Kuantan.
4.57 ptg.
Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan]: Terima kasih. Assalamualaikum dan selamat
petang. Tuan Yang di-Pertua terima kasih kerana mengizinkan saya mengambil bahagian di
dalam perbahasan ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Kajian Separuh Penggal
Rancangan Malaysia Kesembilan. Tajuk pertama yang ingin saya ulas ialah membasmi
kemiskinan. Teras 3 dalam Rancangan Malaysia Kesembilan ialah menangani ketidaksamaan
sosioekonomi yang berterusan. Ianya menggariskan sembilan strategi di mana strategi pertama
merupakan program membasmi kemiskinan.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyatakan di dalam Kajian Separuh
Penggal Rancangan Malaysia Keesembilan bahawa kerajaan telah berjaya dalam usaha
membasmi kemiskinan di mana insiden kemiskinan telah menyusut dari 5.7% kepada 3.6% pada
tahun 2007. Lebih membanggakan menurut Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ialah
bahawa kemiskinan tegar kini telah berkurangan daripada 1.2% kepada 0.7%. Paras Garis
Kemiskinan (PGK) untuk seluruh negara disandarkan kepada pendapatan bulanan RM691
DR. 3.7.2008
101
manakala bagi Semenanjung pula jumlahnya ialah RM661, Sabah RM888 dan Sarawak RM765,
dengan pengiraan yang mengambil kira isi keluarga seramai lima anggota.
Tuan Yang di-Pertua, Yayasan Basmi Kemiskinan memberi definisi kemiskinan sebagai
ditakrifkan secara relatif mengikut keadaan masyarakat di sesebuah negara. Dua konsep
kemiskinan yang biasa digunakan adalah kemiskinan mutlak dan kemiskinan relatif. Pengukuran
yang kerap digunakan bagi mengukur kemiskinan mutlak adalah peratus isi rumah yang
berpendapatan di bawah paras garis kemiskinan. Pengukur kemiskinan relatif pula yang biasa
digunakan ialah peratus isi rumah dengan pendapatan misalnya kurang daripada pendapatan
penengah atau purata.
􀂄 1700
PGK di Malaysia pula ditakrifkan sebagai pendapatan yang hanya mencukupi untuk
membeli keperluan minimum sekumpulan barangan makanan untuk mengekalkan ahli-ahli isi
rumah dalam keadaan zat pemakanan yang baik dan keperluan asas yang lain seperti pakaian
dan kasut, sewa rumah, bahan api dan tenaga, pengangkutan dan komunikasi, penjagaan
kesihatan, pendidikan dan rekreasi.
Tuan Yang di-Pertua, konsep kemiskinan tegar pula merujuk kepada pendapatan isi
rumah yang dianggar berasaskan separuh daripada PGK. Maka tahap kemiskinan tegar di
Malaysia ialah hanya RM345.50 pendapatan isi rumah. UNESCO pula memberi definisi dengan
izin Tuan Yang di-Pertua, “poverty may be defined as a human condition characterize by
sustained or chronic the prevention of the resources, capabilities, choices, security and power
necessary for the enjoyment of an educate standard of living, and other civil cultural economic
political and social rights”.
Tuan Yang di-Pertua, saya bangkitkan definisi kemiskinan di atas ialah untuk
menunjukkan bahawa tidak ada perkara yang membanggakan di dalam pencapaian ini seperti
yang diucapkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Malah data yang diketengahkan
seolah-olah mengelabui mata rakyat. Kaedah pengiraan PGK hanya melihat keperluan yang
teramat asas iaitu makanan dengan mengambil kaedah pengiraan PGK yang paling minimum
atau paling rendah. Ianya bolehlah diibaratkan sebagai ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan
petang’ atau ‘kais pagi makan pagi, kais petang tidak dapat’, maka petang tidak makan.
Malah negara-negara mundur di Afrika seperti Tanzania pun sudah mula memikirkan
semula, rethink berkenaan kaedah mengukur PGK seperti ini. Keperluan asas di dalam satu
negara membangun mesti mengambil kira keselesaan hidup dan indeks tahap kualiti kehidupan.
Malaysia juga ada MQLI atau Malaysia Quality of Life Index yang tersendiri, yang boleh kita ambil
sebagai rujukan.
Tuan Yang di-Pertua, satu negara yang membangun seperti Malaysia yang mahu
berbangga dengan projek mega seperti menara kembar tertinggi dan litar Formula One nya tidak
boleh tidak mesti meletakkan keperluan asas satu-satu keluarga sebagai mengambil kira
DR. 3.7.2008
102
beberapa perkara asas. Seperti tinggal di dalam rumah yang sekurang-kurangnya mempunyai
tiga bilik tidur, supaya tidak bercampur anak lelaki dan perempuan, rumah wajar mempunyai peti
sejuk, komputer dan juga televisyen di samping menerima bekalan air bersih serta elektrik. Ini
saya kira merupakan sebagai keperluan asas satu-satu keluarga di negara membangun seperti
Malaysia.
Kerajaan juga harus mengambil kira kenaikan kos kehidupan dan juga kenaikan harga
barang, natijah dari kenaikan bahan api terutama diesel. Dalam tempoh setahun yang lepas
sahaja harga makanan utama seperti beras, biji-bijian, minyak masak dan gula meningkat lebih
daripada 50%. Harga beras sahaja melambung sehingga 90%. Ini semua menjejaskan tahap
kualiti kehidupan satu-satu keluarga. Seharusnya juga kaedah ukuran PGK di Malaysia
mencontohi kaedah yang digunakan di negara-negara maju yang lain. Kaedah pengiraan
kemiskinan kumulatif contohnya merupakan satu alternatif kepada pengiraan kemiskinan relatif.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Minta laluan.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, Pasir Salak bangun Yang
Berhormat. Hendak bagi jalan Pasir Salak?
Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan]: Minta maaf ya saya tidak ada masa.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Negara-negara maju pun ada
kemiskinan, Amerika, United Kingdom, Jepun.
Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan]: Indeks kemiskinan kumulatif.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Banyak miskin.
Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan]: Cumulative poverty index…
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Mana ada orang kaya di seluruh
dunia ini?
Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan]: …ialah satu kaedah terkini di mana indeks ini
menyerlahkan nisbah purata pendapatan isi rumah miskin kepada purata pendapatan
keseluruhan isi rumah seluruh negara. Analisa empirical ini mempamerkan perubahan relatif
pendapatan orang miskin dengan lebih bertepatan. Malah negara jiran Asia kita Filipina pun
sudah merangka satu kaedah yang dipanggil SIAD atau Sustainable Integrated Area
Development. Di mana SIAD telah pun mendapat pengiktirafan kecemerlangan antarabangsa
dari segi dasar membasmi kemiskinan.
Kaedah yang digunakan Negara Filipina mempelopori pendekatan membasmi
kemiskinan secara bersepadu merangkumi tujuh dimensi iaitu ekonomi, political, budaya, sosial,
ekologi, pembangunan insan dan juga pembangunan rohani. Pasir Salak, saya bukan cakap
pasal Amerika, saya bercakap kita tengok Filipina kerana dekat pun sudah ada…
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Lagilah banyak miskin Filipina.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak payah undang dia Yang
Berhormat.
DR. 3.7.2008
103
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Berjuta datang ke Sabah cari
makan.
Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan]: Tuan Yang di-Pertua, mengapa negara kita
hingga kini enggan mengambil kira kaedah yang berlainan ini? Saya ingin mencadangkan Tuan
Yang di-Pertua supaya di dalam kita mengemas kini PGK pada tahun akan datang, kita mengkaji
semula kaedah mengukur PGK yang kita gunakan ini.
Tuan Yang di-Pertua, kini purata bulanan isi rumah rakyat Malaysia ialah RM3,686.
Bermakna sekiranya kita mengambil kaedah relatif secara mudah pun garis kemiskinan ialah
separuh daripadanya. Maka RM1,843 seharusnya diukur sebagai Paras Garis Kemiskinan dalam
keluarga lima orang.
Ini bermaksud bahawa sekiranya digunakan kaedah kemiskinan relatif pun lebih kurang
30% rakyat Malaysia akan berada di bawah kadar kemiskinan. Malah sekiranya kita gunakan
RM1,500 tahap gaji minimum yang dicadangkan Pakatan Rakyat pun masih ada 24% rakyat
yang akan berada di bawah Paras Garis Kemiskinan.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan jangan takut untuk menyatakan kebenaran, tidak perlu
berselindung kepada rakyat dan kepada dunia. Kita akan hanya mampu menipu diri kita sendiri,
akhirnya rakyat juga yang terus menjadi mangsa, terus dibelenggu kemiskinan. Perdana Menteri
mendabik dada dengan berkata berjaya membanteras kemiskinan, akan tetapi hakikatnya adalah
berbeza dan meleset sama sekali.
Sehubungan dengan itu saya pohon kerajaan turut mengkaji semula keseluruhan
strategik membasmi kemiskinan berdasarkan kayu ukur yang berbeza. Apa yang kita guna
sekarang ini sudah jauh ketinggalan. Maka barulah boleh dikatakan sebagi bukti bahawa
kerajaan mempunyai kesungguhan politik, political will untuk melaksanakan agenda ini dan ianya
bukan sekadar janji-janji manis atau lip service sahaja. Orientasi pemikiran kerajaan mestilah
berkonsepkan kerajaan daripada rakyat kepada rakyat dan untuk rakyat. Bukan sekali-kali
kerajaan dari sebahagian rakyat kepada sebahagian rakyat untuk sebahagian rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua yang ingin saya sentuh melibatkan Teras ke-2 iaitu
meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas
pertama. Melalui strategik kelima memupuk nilai moral dan etika yang kukuh. Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri menyatakan bahawa hasrat untuk melahirkan modal insan dengan
minda kelas pertama menuntut kepada pembinaan masyarakat yang mempunyai nilai moral dan
etika yang kukuh. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menambah bahawa usaha ini akan
terus dipertingkatkan melalui Pelan Integriti Nasional serta penerapan prinsip-prinsip Islam
Hadhari.
Tuan Yang di-Pertua, saya setuju dengan hasrat ini, di samping saya terus menyokong
dan mendukung sepenuhnya. Namun harus difahami bahawa pembentukan masyarakat yang
mempunyai nilai moral dan etika merangkumi bukan sahaja pemikiran akan tetapi mesti
DR. 3.7.2008
104
diterjemahkan kepada perkataan dan perbuatan ataupun tingkah laku. Malah ketiga-tiga
pemikiran perkataan, perbuatan, harus congruent dan selaras. Ertinya tidak bercanggah di antara
pemikiran, perkataan atau perbuatan di dalam diri seseorang.
Saya juga berpendapat bahawa Ahli-ahli Parlimen di dalam Dewan yang mulia ini
sebagai pemimpin yang dipilih oleh rakyat mestilah meletakkan aspirasi untuk menjadi roll model
kepada orang ramai. Bukan sahaja tatkala berada di dalam kawasan berhadapan dengan rakyat.
Akan tetapi mendukung aspirasi ini di dalam seluruh aspek kehidupan kita.
Oleh kerana itu tingkah laku, perkataan yang digunakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat
apabila menggunakan perkataan-perkataan yang ‘unparliamenterian’ di sini sebenarnya
bercanggah dari hasrat dan aspirasi yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri. Tuan Yang di-Pertua, tentu sekali kata-kata ‘unparliamenterian’ yang digunakan oleh
Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini akan sungguh-sungguh mengecewakan Perdana
Menteri dan seluruh rakyat Malaysia sekiranya mereka mengetahui. Janganlah kita anggap
apabila tiada siaran langsung di dalam TV maka kita boleh bertingkah laku ikut suka kita.
■1710
Perdana Menteri menyebut penerapan nilai-nilai Islam Hadhari. Adakah pendidikan
Islam Hadhari mengajar teman-teman untuk bertingkah laku begini? Saya kira sheikh-sheikh
Islam Hadhari patut memberikan satu orientasi kepada teman-teman di sebelah sana berkenaan
maksud minda kelas pertama yang harus diterjemahkan…
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Unparliamentary, unparliamentary
bukan unparliamentarian.
Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan]: …kepada perkataan dan tingkah laku. Marilah
kita sama-sama junjung hakikat bahawa sekiranya kita mahu berubah ianya mestilah bermula
dari diri kita sendiri dan untuk rakyat berubah ianya harus bermula di Dewan yang mulia ini di
tahap membuat keputusan tertinggi dalam negara. Menjadikan Dewan ini world class Parlimen
dan menjadikan diri-diri kita world class Parliamentarian. Ayuh Ahli-ahli Yang Berhormat marilah
kita sama-sama sahut cabaran ini. Saya menyeru dengan bermula dari diri saya sendiri serta
juga menyeru Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Meningkatkan keberkesanan sistem
penyampaian.
Teras lima mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan negara. Mengintegrasi
perkhidmatan merentasi agensi sebagai strategi nombor satu. Diberitahu kepada umum oleh
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa fokus teras ini adalah kepada keperluan
pelanggan dan perkhidmatan merentasi semua agensi yang digembleng serta disampaikan
secara mesra pengguna.
Konsep e-Government telah diperkenalkan dan konsep “One Number No Wrong Door
Call Centre” telah dijanjikan bagi memperkemas pemantauan dan pengurusan aduan. Hasrat ini
begitu menarik sekali akan tetapi seperti biasa kita mempunyai masalah dalam pelaksanaan.
DR. 3.7.2008
105
Saya bagi satu contoh masalah dalam kawasan saya sendiri apabila ada batang paip yang bocor
di bawah tanah apabila ada kes aduan berkenaan dengan batang paip yang bocor itu maka
aduan itu disalurkan kepada JBA. Lubang di jalan pun digali dan paip dibetulkan. Kemudian
kami terima aduan kedua pula tentang perkara yang sama berkenaan lubang yang tidak ditutup
balik. JBA kata bukan mereka tapi JKR yang bertanggungjawab. JKR pun kata tugas mereka
hanya menurap bukan menimbus. PBT juga kata bukan tugas mereka.
Saya mengetuk satu pintu demi satu pintu akhirnya saya temui jawapan di pejabat
daerah yang mengatakan bahawa tanggungjawab menutup semula lubang yang digali ialah
tanggungjawab kontraktor yang dilantik JBA. Saya bertanya pula kalau beginilah perlakuan
kontraktor tidak bertanggungjawab mengapa diberikan kontrak secara berterusan kepada
kontraktor tersebut? Mengapa tidak ganti sahaja?
Tuan Yang di-Pertua, dalam kes ini konsep “One Number No Wrong Door Call Centre”
akan benar-benar dicabar. One number call centre no wrong door memang sedap bunyinya
akan tetapi menuntut komitmen bersepadu untuk melaksanakannya. Dalam kes ini berapa kena
ketuk pintu yang salah sehingga berjumpa pintu yang betul. Bayangkanlah bagaimana rakyat
biasa apabila berhadapan dengan keadaan ini.
Tuan Yang di-Pertua, Rancangan Malaysia Kesembilan menggariskan teras-teras yang
begitu cantik namun tidak mungkin tercapai tanpa ada perubahan mind set dipihak pelaksana.
Perlu ada orientasi yang menyeluruh dari segi pemikiran world class, pembinaan kapasiti dan
juga sikap daya saing tinggi sebelum kita dapat merealisasikan bersama.
Saya ingin meneruskan perbahasan saya kepada proses pemberian tender. Sering kali
kerajaan menjanjikan bahawa proses tender dan perolehan akan dibuat secara terbuka dan
telus. Namun sering kali juga proses tender yang sedia ada diabaikan dan projek diberikan
secara runding terus. Ini termasuk kontrak perolehan bekalan, kontrak kerja, kontrak
perundingan, kontrak penswastaan. Contoh terdekat ialah projek high speed broadband (HSBB)
dan pembelian saham Avenue Aset oleh ECM Libra yang menjadi perbahasan hangat di
kalangan masyarakat. Akhbar The Edge mendedahkan betapa projek besar IT yang diberikan
kepada syarikat baru Precision Photo Sendirian Berhad yang merumuskan bahawa perolehan
projek IT kerajaan amat diragui ketelusannya oleh syarikat gergasi IT dunia yang beroperasi di
Malaysia.
Begitu juga dengan syarikat ETOS Consulting yang mendapat banyak projek secara
rundingan terus. Proses perolehan dan pemberian kontrak yang lebih terbuka boleh menjamin
bahawa projek-projek kerajaan dilaksanakan dengan kos yang berpatutan kerana ia melibatkan
persaingan. Penjimatan kos pada kadar 5% hingga 10% pun besar kesannya jika projek
melebihi RM10 bilion setahun. Dalam arahan Perbendaharaan dan surat pekeliling
Perbendaharaan bertarikh Mei 2007 menyatakan tender terbuka merupakan satu kebiasaan
dalam mana-mana procurement kerajaan. Bila cara ini tidak digunakan maka kebenaran khas
DR. 3.7.2008
106
mestilah diperolehi dari pegawai yang bertanggungjawab. Pegawai yang bertanggungjawab di
peringkat federal ialah Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
Manakala di peringkat negeri pegawai kewangan negeri merupakan pegawai yang
bertanggungjawab. Manakala bagi projek RM50,000 ke RM200,000 syaratnya mesti dapatkan
sebut harga dari lima syarikat yang diakreditasi. Manakala yang kurang dari RM50,000
keputusan dibuat oleh pegawai yang bertanggungjawab di mana ada pula prosedur-prosedur
yang tertentu yang perlu diikuti. Maka dengan kefahaman ini setiap projek bernilai RM200,000
ke atas proses tender terbuka merupakan syarat yang wajib melainkan ada keperluan untuk
berbuat demikian. Rundingan terus hanya boleh digunakan apabila dalam keadaan tertentu.
Akan tetapi di Malaysia ini amalannya adalah seperti terbalik daripada apa yang termaktub dalam
pekeliling tadi.
Pemberian projek di Malaysia menggunakan konsep seolah-olah runding terus
merupakan amalan biasa. Tuan Yang di-Pertua, berapa minit lagi saya ada?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Satu minit Yang Berhormat.
Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan]: Satu minit ya?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, satu minit.
Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan]: Contoh yang ingin saya utarakan ialah projek
HSBB yang merupakan salah satu pendekatan dalam realisasi dasar jalur lebar negara. Tuan
Yang di-Pertua, kita tidak dapat menafikan kepentingan perkhidmatan jalur lebar terhadap daya
saing negara. Akan tetapi dalam hal ini pemberian tender sebesar RM15.2 bilion kepada satu
syarikat sahaja iaitu Telekom Malaysia dalam projek HSBB amat dipersoal.
Pencapaian jalur lebar dalam isi rumah di Malaysia kini ialah 13%. Manakala banyak
negara di dunia sudah pun mencapai ke tahap 70% hingga 80%. Kerajaan pula meletakkan
matlamat mencapai 50% pencapaian isi rumah pada hujung 2010. Kini juga secara purata
kurang dari empat dalam 100 penduduk negara merupakan pengguna jalur lebar berbanding
dengan 32 di Netherlands dan 19 di Australia. Penggunaan internet, pencapaian jalur lebar
diiktiraf sebagai merupakan satu alat dalam membantu pembangunan. Maka untuk mencapai
hasrat menjadi kompetitif ini kita mesti tangani dengan cara yang terbaik juga.
Pencapaian jalur lebar yang ditawarkan mesti menjamin competitiveness dalam servis
yang diberikan. Bagaimana mungkin kita menjamin perkara ini sedangkan projek ini dimonopoli
oleh satu syarikat. TM telah dibenarkan memonopoli dengan izin last mile connectivity di
Malaysia. TM pula memiliki lebih 90% dari wayar telefon yang dibuat daripada tembaga yang
menyambungkan isi rumah kepada internet service provider ataupun ISP.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, ayat akhir Yang
Berhormat.
Puan Hajah Fuziah Salleh [Kuantan]: Maka bertahun-tahun lamanya ISP dalam
negara terpaksa menyewa kemudahan last mile connection dari TM ini. Langkah kerajaan ini
DR. 3.7.2008
107
yang memberikan tender besar ini secara runding terus memastikan bahawa TM terus
memonopoli ke hadapan dalam perihal the last mile. Mana mungkin Tuan Yang di-Pertua kita
mencapai matlamat Rancangan Malaysia Kesembilan sekiranya perkara ini tidak diperbaiki.
Meneruskan budaya monopoli akan meneruskan kesilapan lalu di mana Malaysia akan terus
ketinggalan dari segi khidmat jalur lebar mahupun dari segi apa sekali pun.
Tuan Yang di-Pertua, negara kita perlu tampil ke hadapan sebagai negara yang berdaya
saing. Saingan positif dengan memecahkan minda monopoli amat penting untuk kita pelajari.
Kita tidak mahu membuat kesilapan di mana lima atau 10 tahun akan datang kita dapati bahawa
kita ketinggalan kerana tidak membuat keputusan tepat pada hari ini. Masa depan adalah untuk
anak cucu kita. Pemimpin hari ini bertanggungjawab untuk membuat keputusan wajar dan bijak.
Tuan Yang di-Pertua saya mohon menyokong, terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Must Attend Program

Please go to this link: https://justice4allkuantan.wordpress.com/2008/10/25/invitation-public-forum-the-isa-and-the-police-reform-process-whats-next-after-pak-lah/
To sin by silence when we should protest makes cowards of people - Emily Cox

Siphoning EPF money

On 'Why should Valuecap borrow from EPF?' Syed Shahir Syed Mohamud: MTUC condemns the government's move to bail out Valuecap to support the local stock market using RM5 billion from EPF, as the provident fund is the custodian of the workers' money and not some sort of ‘automated teller machine' for the government.
If at all the EPF were to lend its money to the government, it has to be under the condition that there be transparency and accountability in the activities for which the money has been purposed. We want to know who is doing what with the money that belongs to the workers. This is the hard-earned money of the workers, their retirement plan. How is this bailout plan going to benefit the workers? We also question the reason for this bailout. If the economic fundamentals in Malaysia are strong and reserves sufficient as has been stated several times by the government, then why is there a need to offer so much money to the GLCs? Second Finance Minister Nor Mohamed Yakcop should prove how the EPF would profit from this loan. Bernama had reported that Nor had given the assurance that the loan given out by EPF would reap profits for the fund judging from Valuecap's past performance. But where is the paperwork and calculations to show that this move will benefit the EPF? MTUC is concerned that the loan might be mismanaged or misused and this, in turn, would affect the returns for the contributors. Mere assurances are not enough. We want to proof that this RM5 billion will not go down the drain. (The writer is president, MTUC). Sharyn: The government wants to use our pension money to prop up the Malaysian stock market which is the playing field of the rich people. If so, the government must ensure that the EPF account holders - who are predominantly the poor to average citizens of Malaysia - be guaranteed all of our pension money with a compound 8% growth (interest). It's so selfish and sick of the government to use the poor's pension money to help the rich to make more money with all the risks taken by the poor/average citizen. We can better use the RM% billion loans to Valuecap for our children's education, shelter, medical bills etc. Why not get those rich people to prop up the share market instead? Why should they park their money overseas and gamble with our EPF money instead? Kumar14: Who is behind this Valuecap organisation? Why suddenly, this separate entity is allowed to access funds from the EPF? Are they capable enough to handle it or is it just another desperate and blind move? It has been a very infamous trend where the people's funds are channeled to a company for investment purposes and suddenly POP! the funds disappear and there is nobody to be held responsible but a RM2 shell company. Charge who? Sue whom? The RM2 company (just a registered name)? We have seen this many times. People in power and with connections allow such things to go through and reap/rob the people's wealth and then blame it on organisations which actually don't exist. What if a lot of EPF funds are looted via such scams and nobody is to be pointed at? Where will the government get the funds to replenish the EPF? The people are very bored, disappointed, angry and frustrated at seeing all these dumb and unaccounted for measures being allowed by the government with lame excuses. Please, somebody verify the true purpose, integrity and capability of anybody attempting to use the people's fund.

Raja Petra

Photobucket Ihsan dari blog Go!Malaysian http://gomalaysian.blogspot.com/

ANWAR IBRAHIM

A prosperous future is indivisible from a firm commitment to the principles of distributive justice, the rule of law and a profound respect for human rights.

Email Address:

justice4allmsia@yahoo.com

Archives

July 2008
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Blog Stats

  • 117,125 hits
%d bloggers like this: