Justice For All Malaysia

Malaysiakini: Anwar bawa isu liwat ke JAWI

Posted on: July 9, 2008

Anwar lebih selangkah dalam pertarungan ini…
Apakah status mahkamah syariah juga akan berlaku perubahan dan menjadi medan “reformasi” dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan perundangan syariah?

———————————————————————————————

Anwar bawa isu liwat ke JAWI
Abdul Rahim Sabri | Jul 9, 08 10:53am

kemaskini 2:25pm Dakwaan liwat pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya hari ini bertukar menjadi isu qazaf – kesalahan bawah jenayah syariah bagi tuduhan palsu.

Penasihat PKR mengadukan isu laporan polis Mohd Saiful Bukhari Azlan bulan lepas kepada unit siasatan, bahagian penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pagi ini.

“Atas nasihat ulama dan peguam, saya telah membuat aduan kepada bahagian penguatkuasaan, membersihkan nama saya dan keluarga daripada fitnah jahat dan mengaibkan ini,” katanya selepas aduan.

anwar ibrahim and saiful bukhari azlan”Dan saya telah dinasihatkan membawa kes ini mengikut undang-undang dan peruntukan qazaf. Jadi, (saya) minta bahagian penguatkuasaan buat siasatan segera.”

Menurut seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997, “mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina (atau liwat) tanpa mengemukakan, mengikut hukum syarak, empat orang saksi lelaki atau ikrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu kesalahan.”

Jika disabitkan dengan kesalahan qazaf, seseorang boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Anwar diiringi oleh isterinya dan juga presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dua peguam, Ahmad Shabrimi Mohamed Sidek dan Kamar Ainiah Kamaruzaman.

Mereka tiba di pejabat JAWI di Jalan Damansara pada jam 10.15 pagi.

Tiada penyokong beliau kelihatan di situ, kecuali kira-kira 50 wartawan dan jurugambar.

Anwar kelihatan keluar dari pejabat JAWI selepas 45 minit membuat aduan.

Dalam sidang media yang sama, Kamar Ainiah memberitahu, kes ini perlu dibicarakan di mahkamah syariah.

anwar islamic department 090708 up stairs”Qazaf iaitu tuduhan penyataan palsu terhadap seseorang,” katanya.

Menurutnya, jika undang-undang hudud dilaksanakan, seseorang yang melakukan kesalahan qazaf boleh dikenakan hukuman 80 sebatan apabila menuduh tanpa membawa empat saksi lelaki.

“Dalam undang-undang kita (sekarang), ada termaktub bawah akta kesalahan jenayah di mahkamah syariah. Tidak ada peruntukan yang sama dalam mahkamah sivil.

“Itu sebabnya kes ini perlu dibicarakan dan diadili di mahkamah syariah,” jelas Kamar Ainiah.

Dalam sidang media yang sama juga Kamar Ainiah berkata, bahawa dalam Islam, penuduh harus membuktikan bahawa yang dituduh melakukan kesalahan tersebut.

“Dalam Islam, lelaki yang dituduh (melakukan liwat) adalah tidak bersalah. Siapa yang menuduhnya harus membawa saksi, bukannya seseorang (yang dituduh) untuk bersumpah sebab sumpah adalah sebahagian daripada pembuktian.

“(Bersumpah) ini bukan untuk beliau (Anwar) membuktikan bahawa beliau tidak bersalah. (Tetapi) ini adalah untuk penuduh untuk membuktikan beliau bersalah,” jelasnya.

Kamar Ainiah mengulas soalan wartawan kepada anak guamnya sama ada bersedia menggunakan kaedah mubahalah atau bersumpah.

Sehubungan itu, Anwar berkata beliau menyerahkan hal tersebut kepada ulama.

“Cadangan Umno untuk menjunjung al-Quran bukan daripada tradisi Islam. Dan pandangan mufti Perlis adalah pandangan umum. Ia adalah pandangan umum dan tidak spesifik kepada kes saya. Itulah yang beliau memberitahu saya,” kata Anwar.

Beliau menambah, ulama telah menasihati dan memberi amaran kepadanya agar tidak mengambil tindakan yang boleh melanggar peruntukan undang-undang Islam kerana dampaknya meluas kepada orang ramai.

“Ini adalah tuduhan jenayah yang perlu disiasat. Tidak ada dalam undang-undang Islam yang membenarkan untuk bersumpah sebab tuduhan jenayah ini, beban pembuktian terletak kepada penuduh.

“(Ulama menasihatinya) Anwar, jangan keluarkan kenyataan atau bertindak (bersumpah) kerana apa yang kamu akan lakukan akan mempengaruhi sebahagian besar umat Islam. Jika kamu lakukan ini, maka kamu telah melanggar syariah,” kata Anwar.

7 Responses to "Malaysiakini: Anwar bawa isu liwat ke JAWI"

Ini baru betul, kita tengok siapa yang kena!! Bukan senang-senang nak tuduh orang.Apa punya Malaysia ni. Itulah hukum Islam tak nak ditegakkan..itu sebab manusia banyak loyar buruknya. Kalau hukum Islam baru dia tahu..kalau tak betul rasakan 80 sebatan..terkincit kau yob!

Anwar penakut!. Dia tau ini saja cara dia mungkin boleh terlepas. Hukum Syariah perlukan 4 saksi. Dia tau saksi tak ada, jadi selamat lah dia.

Kenapa pula baru sekarang tak percaya pada angkat sumpah, atas nama Allah? Kan selama ni dia suka buat sumpah sana sini. Kalau dia dipihak yang benar, buat je lah. Satu sen pun tak payah keluar duit dan juga tak membuang masa orang lain. Mahkamah syariah kan dah cukup sibuk.

Anwar sememangnya pakar putar belit…

malaysianlover memang umno totok! Hujah pun ikut kepala umno sampai tak boleh fikir secara waras. Tau nak hentam saja. Kalau dah hati ditutup hijab memang tak pernah nampak baik orang, nampak baik pemimpin2 umno junjungan dia saja!!!

malaysianlover cakap ikot suke hati…
boleh bagi fakta bile dan di mana anwar bersumpah sana sini ?

kene ade prosedur dan kene teliti kes ni betol2 baru boleh buat angkat sumpah, bukan hentam semborono je ..pak lah tido masa mesyuarat agung tu ko tak bising plak?lagi maluuu! hahahahahahahhaha kesian ko..suke ko ye orang yg kuar tido ni… ntah2 kalo pak lah berdebat ngn anwar, mesti pak lah dh tetido kt atas pentas tu..haha tu kan port kesukaan dia..hihihih

tak pon tabiat junjung /ciom keris depan orang ramai mcm setengah pemimpin umno tu.. geli aku tgk.. konon nk tunjuk la ikot adat melayu gune keris2 ni..lebih baik berzikir ke, ade gak baik nye…

malaysianlover, sesungguhnya najib yg pakar putar belit, mana mungkin pelajar yg dh kene tendang dari uniten ( saiful ) tibe2 mintak biasiswa, kat TPM pulak tu…. logik akal ar weh…jgn buat aku anggap ko ni super-stupid wahai malaysianlover… tu pon kalo ko suke malaysia..hahah jgn la hipokrit ..

tak sabar nak tahu keputusan. tapi dari masa DSAI di tahan pd thn 98 juga dituduh kes yg sama (liwat) tuduhan itu digugurkan kerana tiada bukti yg kukuh dan org2 yg menuduh tu semua ‘create story’. Saya secara jujurnya tidak menyebelahi mana2 pihak. Tapi hukuman yg dikenakan kepada si penuduh (‘denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.’) adalah sangat ringan. Tidak berbaloi dengan cemuhan yang diterima DSAI dan ahli keluarganya….

liwat…dengar pun geli…buatnya tak melepas seminggu..lepas tu kena liwat…eeeeeeee…jangan percaya orang besar, berpangkat,nampak alim,muka baik…disebaliknya kita tak tahu….kalau betul…junjunglah AI-quran dlm masjid dan bersumpah akan dilaknati oleh ALLAH sekiranga dia buat tapi tak ngaku HABIS CERITA…DENGAN ALLAH JANGAN MAIN2 SEKARANG NI BALASANNYA SELALU TUNAI…TAK TUNGGU MATI. Jangan suka kutuk parti apa2 pun diri sendiri betul sangat ke…..aku peliklah korang ni…masing2 tuduh- menuduh……kita dapat apa….HABUK……..POLITIK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

apsal la bodohnye korang ni. korang tak nampak ke anwar tu cuba larikan diri dari hukuman. dia harap kalau terlepas kat mahkamah syariah, dia ada point yang boleh dicakap kat mahkamah sivil. nak jaga air muka la katakan.

pastu korang ingat islam tu agama apa? zina memang la kena bawak empat saksi. liwat tu kira zina ke? ade ke 4 orang (yang adil?) yang tengok aje orang tengah kena rogol. takkan layan stim je kot, mesti la tolong.

kalau betul la islam agama senang camtu berlambak la kes rogol hendaknya kat malaysia ni. yang dirogol, lobang koyak kena sebat, masuk jel. yang sedap keluar masuk merobek itu lobang dapat bertanding pilihan raya.

aku yang bukan islam pun bole paham. korang pulak macam bodoh mengekor je bontot orang yang suka putar belit.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Must Attend Program

Please go to this link: https://justice4allkuantan.wordpress.com/2008/10/25/invitation-public-forum-the-isa-and-the-police-reform-process-whats-next-after-pak-lah/
To sin by silence when we should protest makes cowards of people - Emily Cox

Siphoning EPF money

On 'Why should Valuecap borrow from EPF?' Syed Shahir Syed Mohamud: MTUC condemns the government's move to bail out Valuecap to support the local stock market using RM5 billion from EPF, as the provident fund is the custodian of the workers' money and not some sort of ‘automated teller machine' for the government.
If at all the EPF were to lend its money to the government, it has to be under the condition that there be transparency and accountability in the activities for which the money has been purposed. We want to know who is doing what with the money that belongs to the workers. This is the hard-earned money of the workers, their retirement plan. How is this bailout plan going to benefit the workers? We also question the reason for this bailout. If the economic fundamentals in Malaysia are strong and reserves sufficient as has been stated several times by the government, then why is there a need to offer so much money to the GLCs? Second Finance Minister Nor Mohamed Yakcop should prove how the EPF would profit from this loan. Bernama had reported that Nor had given the assurance that the loan given out by EPF would reap profits for the fund judging from Valuecap's past performance. But where is the paperwork and calculations to show that this move will benefit the EPF? MTUC is concerned that the loan might be mismanaged or misused and this, in turn, would affect the returns for the contributors. Mere assurances are not enough. We want to proof that this RM5 billion will not go down the drain. (The writer is president, MTUC). Sharyn: The government wants to use our pension money to prop up the Malaysian stock market which is the playing field of the rich people. If so, the government must ensure that the EPF account holders - who are predominantly the poor to average citizens of Malaysia - be guaranteed all of our pension money with a compound 8% growth (interest). It's so selfish and sick of the government to use the poor's pension money to help the rich to make more money with all the risks taken by the poor/average citizen. We can better use the RM% billion loans to Valuecap for our children's education, shelter, medical bills etc. Why not get those rich people to prop up the share market instead? Why should they park their money overseas and gamble with our EPF money instead? Kumar14: Who is behind this Valuecap organisation? Why suddenly, this separate entity is allowed to access funds from the EPF? Are they capable enough to handle it or is it just another desperate and blind move? It has been a very infamous trend where the people's funds are channeled to a company for investment purposes and suddenly POP! the funds disappear and there is nobody to be held responsible but a RM2 shell company. Charge who? Sue whom? The RM2 company (just a registered name)? We have seen this many times. People in power and with connections allow such things to go through and reap/rob the people's wealth and then blame it on organisations which actually don't exist. What if a lot of EPF funds are looted via such scams and nobody is to be pointed at? Where will the government get the funds to replenish the EPF? The people are very bored, disappointed, angry and frustrated at seeing all these dumb and unaccounted for measures being allowed by the government with lame excuses. Please, somebody verify the true purpose, integrity and capability of anybody attempting to use the people's fund.

Raja Petra

Photobucket Ihsan dari blog Go!Malaysian http://gomalaysian.blogspot.com/

ANWAR IBRAHIM

A prosperous future is indivisible from a firm commitment to the principles of distributive justice, the rule of law and a profound respect for human rights.

Email Address:

justice4allmsia@yahoo.com

Archives

July 2008
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Blog Stats

  • 117,196 hits
%d bloggers like this: