Justice For All Malaysia

Rakyat seharusnya mendapat lebih dari apa yang telah dibentangkan setakat ini…

Posted on: August 29, 2008

jika diambil kira ketirisan (leakages and wastage) kerana kelemahan pengurusan ekonomi dan pentadbiran negara…

————————————————————————————-

Bajet ‘tawan semula’ hati rakyat?
Aug 29, 08 1:02pm
Kerajaan dijangka mengambil peluang daripada pembentangan bajet 2009 hari ini untuk ‘menawan semula’ hati rakyat selepas kalah teruk dalam pilihanraya umum lalu.

Ekoran itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dijangka membuat beberapa pengumuman yang dapat menggembira dan melegakan rakyatapabila membentang bajet 2009 jam 4 petang ini.

Tumpuannya bajet kali ini dijangka untuk mengurangkan beban golongan berpendapatan rendah dan sederhana khususnya, akibat kos sara hidup yang tinggi ekoran kenaikan harga minyak.

BN yang diterajui Umno, kalah teruk dalam pilihanraya umum Mac lalu, Walaupun kembali berkuasa, BN gagal menguasai majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

BN menang 140 kerusi Parlimen manakala Pakatan menang 82 kerusi. Umno juga tewas 30 kerusi Parlimen. Dalam pilihanraya 2004, Umno menang 109 kerusi Parlimen.

BN turut tumbang di tangan barisan pembangkang – Pakatan Rakyat – di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. PAS pula berjaya mengekalkan pentadbirannya di Kelantan dengan tambahan kerusi.

Selain itu, BN dihantui oleh dakwaan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa sejumlah ahli Parlimen BN akan menyertai Pakatan pada 16 September ini untuk membolehkan Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan baru.

Walaupun kepimpinan tinggi BN sering menafikan dakwaan tersebut, tetapi kerisauan mereka berterusan, sehinggakan semua ahli Parlimen BN dari Sabah dan Sarawak akan menyerahkan surat yang mengandungi tandatangan mereka, sebagai jaminan tidak akan lompat parti.

Laluan sukar untuk BN

Keadaan BN lebih terdesak lagi ekoran gesaan perwakilan Gerakan Perak bulan lalu supaya parti itu meninggalkan BN jika isu perkauman dan agama tidak diselesaikan oleh gabungan tersebut.

BN juga gagal merampas kerusi Permatang Pauh dalam pilihanraya kecil yang diadakan Selasa lalu.

Dalam pilihanraya kecil itu, Anwar menang dengan majoriti 15,671 undi.  Beliau mendapat 31,195 undi, mengalahkan calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah, 51, yang memperolehi 15,524 undi.

Hanafi Mamat, 61, dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) mendapat 92 undi dan hilang wang pertaruhan.

Pilihanraya kecil itu diadakan berikutan peletakan jawatan Wan Azizah pada 31 Julai lalu bagi memberi laluan kepada suaminya bertanding.

Semua itu merupakan tempoh yang sukar yang terpaksa diharungi oleh kerajaan sejak pilihanraya umum lepas, dengan kemerosotan pretasi, dan dipantau rapi semua pihak, termasuk ahli ekonomi.

Ekoran itu, banyak pihak yang berpendapat bahawa kerajaan perlu memanfaatkan pembentangan bajet hari ini untuk ‘menawan semula’ hati rakyat dengan meringan beban kehidupan mereka.

Pendekatan itu juga dijangka bersifat majmuk ekoran keputusan pilihanraya lalu yang menunjukkan sokongan rakyat bukan Melayu terhadap BN turut merosot dan telah memenangkan pembangkang.

Pelaburan langsung asing

Lantaran itu, tidak seperti bajet-bajet sebelumnya, yang memberi tumpuan khusus kepada golongan miskin, bajet hari ini dijangka meluaskan manfaatnya merangkumi golongan berpendapatan sederhana dan yang lain-lain – yang turut mengalih kepada pembangkang – bagi mengurangkan beban kos hidup mereka.

Beberapa kemungkinan tersebut turut disuarakan oleh agensi berita nasional, Bernama, yang meramalkan kerajaan akan memperkukuh dan menyediakan jaringan keselamatan sosial yang distruktur dengan baik bagi membantu Rakyat mengatasi bebanan akibat kos hidup yang tinggi.

Memandangkan kerajaan sentiasa ikhlas dalam usaha untuk membantu rakyat, ia tidak akan mengabaikan bantuan dan keselamatan kepada mereka yang terdedah kepada kesan ekonomi iaitu mereka yang memerlukan sokongan jaringan keselamatan sosial, lapor Bernama.

Menurutnya, objektif kerajaan ialah sentiasa memantau perkembangan dan meningkatkan kerangka kerja pengawal aturan bagi memastikan manfaat sosial yang diperlukan dan tidak mengehadkan bantuan kewangan langsung kepada mereka yang miskin.

“Kumpulan berpendapatan sederhana juga dijangka menerima lebih banyak bantuan daripada kerajaan yang akan memperkenalkan mekanisme yang akan memanfaatkan mereka dalam menghadapi senario ekonomi semasa.

Menurut Bernama, antara usaha lain yang dijangka diperkenalkan termasuk peningkatan sistem pengangkutan awam yang meliputi perkhidmatan rel dan bas kerana ia akan mengurangkan beban golongan pekerja berikutan harga petrol yang tinggi.

Dari segi menarik pelaburan langsung asing (FDI) ke negara ini, agensi berita nasional itu menjangka kerajaan  akan meneruskan dasar mesra perniagaan.

“Berbanding negara lain di rantau ini, Malaysia dianggap destinasi FDI di rantau ini dan dalam bajet kali ini, diharapkan kerajaan akan menyediakan lebih banyak insentif bagi mengekalkan saingan,” lapor Bernama.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Must Attend Program

Please go to this link: https://justice4allkuantan.wordpress.com/2008/10/25/invitation-public-forum-the-isa-and-the-police-reform-process-whats-next-after-pak-lah/
To sin by silence when we should protest makes cowards of people - Emily Cox

Siphoning EPF money

On 'Why should Valuecap borrow from EPF?' Syed Shahir Syed Mohamud: MTUC condemns the government's move to bail out Valuecap to support the local stock market using RM5 billion from EPF, as the provident fund is the custodian of the workers' money and not some sort of ‘automated teller machine' for the government.
If at all the EPF were to lend its money to the government, it has to be under the condition that there be transparency and accountability in the activities for which the money has been purposed. We want to know who is doing what with the money that belongs to the workers. This is the hard-earned money of the workers, their retirement plan. How is this bailout plan going to benefit the workers? We also question the reason for this bailout. If the economic fundamentals in Malaysia are strong and reserves sufficient as has been stated several times by the government, then why is there a need to offer so much money to the GLCs? Second Finance Minister Nor Mohamed Yakcop should prove how the EPF would profit from this loan. Bernama had reported that Nor had given the assurance that the loan given out by EPF would reap profits for the fund judging from Valuecap's past performance. But where is the paperwork and calculations to show that this move will benefit the EPF? MTUC is concerned that the loan might be mismanaged or misused and this, in turn, would affect the returns for the contributors. Mere assurances are not enough. We want to proof that this RM5 billion will not go down the drain. (The writer is president, MTUC). Sharyn: The government wants to use our pension money to prop up the Malaysian stock market which is the playing field of the rich people. If so, the government must ensure that the EPF account holders - who are predominantly the poor to average citizens of Malaysia - be guaranteed all of our pension money with a compound 8% growth (interest). It's so selfish and sick of the government to use the poor's pension money to help the rich to make more money with all the risks taken by the poor/average citizen. We can better use the RM% billion loans to Valuecap for our children's education, shelter, medical bills etc. Why not get those rich people to prop up the share market instead? Why should they park their money overseas and gamble with our EPF money instead? Kumar14: Who is behind this Valuecap organisation? Why suddenly, this separate entity is allowed to access funds from the EPF? Are they capable enough to handle it or is it just another desperate and blind move? It has been a very infamous trend where the people's funds are channeled to a company for investment purposes and suddenly POP! the funds disappear and there is nobody to be held responsible but a RM2 shell company. Charge who? Sue whom? The RM2 company (just a registered name)? We have seen this many times. People in power and with connections allow such things to go through and reap/rob the people's wealth and then blame it on organisations which actually don't exist. What if a lot of EPF funds are looted via such scams and nobody is to be pointed at? Where will the government get the funds to replenish the EPF? The people are very bored, disappointed, angry and frustrated at seeing all these dumb and unaccounted for measures being allowed by the government with lame excuses. Please, somebody verify the true purpose, integrity and capability of anybody attempting to use the people's fund.

Raja Petra

Photobucket Ihsan dari blog Go!Malaysian http://gomalaysian.blogspot.com/

ANWAR IBRAHIM

A prosperous future is indivisible from a firm commitment to the principles of distributive justice, the rule of law and a profound respect for human rights.

Email Address:

justice4allmsia@yahoo.com

Archives

August 2008
M T W T F S S
« Jul   Sep »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Blog Stats

  • 117,126 hits
%d bloggers like this: