Justice For All Malaysia

Inilah dasar pimpinan BN yang tidak menghitung natijah terhadap Rakyat…

Posted on: September 8, 2008

Lihat berita Utusan Malaysia bertajuk, “Selangor catat peningkatan golongan fakir miskin” selepas pendapat saya ini:

Ikut common sense saja, bilangan angka dan peratus kemiskinan akan meningkat; bukan saja di Selangor tapi di merata tempat seluruh negara bila harga minyak naik mendadak…

Tetapi, khusus berita di Selangor di bawah pimpinan Pakatan Rakyat yang saya dengar… pemeriksaan ke daerah-daerah jajahan Selangor mendapati bahawa selama ini sebenarnya jumlah bilangan orang miskin (SEBELUM kenaikan harga minyak lagi) yang telah ditemui oleh EXCO kerajaan Negeri Selangor yang baru bersama kakitangan beliau adalah jauh lebih ramai dari yang dicatat oleh kerajaan umno-BN yang dulu.

Implikasi penemuan itu membawa maksud bahawa realitinya lebih ramai Rakyat yang masih serba-serbi susah kehidupan mereka yang tidak dijumpai oleh kerajaan umno-BN dulu. Tidak dijumpai…? Perkara sedemikian amatlah menghairankan… terutamanya bila kerajaan negeri dulu dan juga kerajaan persekutuan sekarang ini telah ditimbunkan dengan berbagai kemudahan dan kewangan untuk pantas mencari Rakyat yang susah dan pantas pula membantu mereka.

ARKIB : 07/09/2008 <!– –>

Selangor catat peningkatan golongan fakir miskin

SHAH ALAM 6 Sept. – Selangor mencatatkan peningkatan bilangan fakir miskin sebanyak 9,328 orang sehingga September tahun ini berbanding tahun lalu sebanyak 672 orang.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa berkata, peningkatan jumlah golongan berkenaan adalah ekoran kesan kenaikan harga minyak yang secara langsung menyebabkan kenaikan dalam kos hidup semasa.

Katanya, daripada jumlah itu, daerah Sabak Bernam antara yang dicatatkan pertambahan bilangan golongan fakir miskin iaitu sebanyak 2,436 orang diikuti Kuala Selangor (1,714 orang), Hulu Langat (1,286).

Daerah Hulu Selangor pula mencatatkan bilangan seramai 1,103 orang fakir miskin.

“Kenaikan ini adalah akibat kenaikan harga barangan semasa yang dipengaruhi kenaikan harga minyak dunia ketika ini.

“Golongan ini sememangnya merupakan mereka yang tidak berkemampuan daripada segi kewangan. Maka kenaikan kos hidup ini jelas telah membeban dan menambahkan lagi kesukaran hidup mereka.

“Malah, keadaan ini turut mengakibatkan penurunan taraf mereka daripada golongan miskin kepada fakir miskin ekoran bebanan kos yang semakin tinggi,” katanya ketika berucap pada majlis Berbuka Puasa Sultan Selangor Bersama Rakyat di Masjid Negeri di sini hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Exco-exco serta pegawai kanan kerajaan negeri.

Dalam majlis itu, seramai 100 anak-anak yatim dari daerah Petaling menerima sumbangan hari raya termasuk 100 fakir miskin serta saudara baru yang disampaikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah.

Masing-masing menerima sumbangan sebanyak di antara RM50 hingga RM200 bagi meringankan bebanan mereka menyambut hari raya.

Selain itu, anak syarikat kerajaan negeri Worldwide Holdings Berhad yang diwakili Pengerusinya, Datuk Mohd. Arif Ab. Rahman turut menyerahkan zakat perniagaan kepada MAIS yang diwakili oleh tuanku sendiri sebanyak RM1.3 juta.

Dalam pada itu, selain penyerahan sumbangan dan zakat perniagaan, MAIS juga turut mengorak langkah sebagai institusi Islam pertama di negara ini apabila melancarkan perkhidmatan pembayaran zakat fitrah melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) mulai hari ini.

Perkhidmatan yang dilaksanakan dengan syarikat telekomunikasi terkemuka, Celcom (M) Bhd. itu dibuat bagi memudahkan umat Islam yang juga pengguna talian Celcom di negeri itu melaksanakan kewajipan mereka seperti yang ditetapkan dalam rukun Islam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Must Attend Program

Please go to this link: https://justice4allkuantan.wordpress.com/2008/10/25/invitation-public-forum-the-isa-and-the-police-reform-process-whats-next-after-pak-lah/
To sin by silence when we should protest makes cowards of people - Emily Cox

Siphoning EPF money

On 'Why should Valuecap borrow from EPF?' Syed Shahir Syed Mohamud: MTUC condemns the government's move to bail out Valuecap to support the local stock market using RM5 billion from EPF, as the provident fund is the custodian of the workers' money and not some sort of ‘automated teller machine' for the government.
If at all the EPF were to lend its money to the government, it has to be under the condition that there be transparency and accountability in the activities for which the money has been purposed. We want to know who is doing what with the money that belongs to the workers. This is the hard-earned money of the workers, their retirement plan. How is this bailout plan going to benefit the workers? We also question the reason for this bailout. If the economic fundamentals in Malaysia are strong and reserves sufficient as has been stated several times by the government, then why is there a need to offer so much money to the GLCs? Second Finance Minister Nor Mohamed Yakcop should prove how the EPF would profit from this loan. Bernama had reported that Nor had given the assurance that the loan given out by EPF would reap profits for the fund judging from Valuecap's past performance. But where is the paperwork and calculations to show that this move will benefit the EPF? MTUC is concerned that the loan might be mismanaged or misused and this, in turn, would affect the returns for the contributors. Mere assurances are not enough. We want to proof that this RM5 billion will not go down the drain. (The writer is president, MTUC). Sharyn: The government wants to use our pension money to prop up the Malaysian stock market which is the playing field of the rich people. If so, the government must ensure that the EPF account holders - who are predominantly the poor to average citizens of Malaysia - be guaranteed all of our pension money with a compound 8% growth (interest). It's so selfish and sick of the government to use the poor's pension money to help the rich to make more money with all the risks taken by the poor/average citizen. We can better use the RM% billion loans to Valuecap for our children's education, shelter, medical bills etc. Why not get those rich people to prop up the share market instead? Why should they park their money overseas and gamble with our EPF money instead? Kumar14: Who is behind this Valuecap organisation? Why suddenly, this separate entity is allowed to access funds from the EPF? Are they capable enough to handle it or is it just another desperate and blind move? It has been a very infamous trend where the people's funds are channeled to a company for investment purposes and suddenly POP! the funds disappear and there is nobody to be held responsible but a RM2 shell company. Charge who? Sue whom? The RM2 company (just a registered name)? We have seen this many times. People in power and with connections allow such things to go through and reap/rob the people's wealth and then blame it on organisations which actually don't exist. What if a lot of EPF funds are looted via such scams and nobody is to be pointed at? Where will the government get the funds to replenish the EPF? The people are very bored, disappointed, angry and frustrated at seeing all these dumb and unaccounted for measures being allowed by the government with lame excuses. Please, somebody verify the true purpose, integrity and capability of anybody attempting to use the people's fund.

Raja Petra

Photobucket Ihsan dari blog Go!Malaysian http://gomalaysian.blogspot.com/

ANWAR IBRAHIM

A prosperous future is indivisible from a firm commitment to the principles of distributive justice, the rule of law and a profound respect for human rights.

Email Address:

justice4allmsia@yahoo.com

Archives

September 2008
M T W T F S S
« Aug   Oct »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Blog Stats

  • 117,126 hits
%d bloggers like this: