Justice For All Malaysia

Kemungkinan Anwar tidak akan menjadi Perdana Menteri (updated)

Posted on: September 9, 2008

Dahsyat sungguh taktik mereka, jika ianya berlaku…
Saya baru terima mesej ini:

“Perbicaraan kes DSAI esok (10 September) 9.00pagi di Mahkamah Seksyen Jenayah 1, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Kerajaan mungkin batalkan ikat jaminDSAI.
Semua diminta (ber)kumpul secara aman.”

———————————————————————————–

Kerajaan cuba batalkan ikat jamin: Anwar mungkin ditahan esok

Selasa, 9 September 2008 Suara KeADILan Online

KUALA LUMPUR, 9 SEPTEMBER (SK) -PAKATAN Rakyat menghadapi ujian paling getir di era kebangkitan rakyat apabila Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dihadapkan mahkamah pada 10 September bagi menghadapi dakwaan liwat.

Dengan tarikh tamat 16 September sekadar mengira hari, kerajaan BN dijangka akan mengembelingkan segala kekuatan berbaki dalam perbicaraan ini bagi menyekat kemaraan Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

Anwar,61, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Jalan Duta 6 Ogos lalu untuk menghadapi bentuk tuduhan liwat dibawah Seksyen 337B Kanun Keseksaan, pertuduhan yang asma dihadapinya 10 tahun lalu.

Anwar mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan dibacakan Hakim S.M Komathy Suppiah dan dibebaskan dengan jaminan bon peribadi RM20,000 tanpa penjamin.

Dengan BN yang semakin gawat, pelbagai kemungkinan buruk menanti pemimpin reformasi itu pada 10 September nanti. Perbicaraan ini akan menentukan apakah kes ditetapkan ke suatu tarikh yang lain, atau apakah kes ini akan ditukarkan ke Mahlamah Tinggi.

Kemungkinan besar juga ikat jamin Anwar ditarik balik, seraya menyebabkan pemimpin reformasi itu dipenjarakan.

“Pelbagai perkara boleh berlaku,” kata Tian Chua, “Mungkin kes ini akan dibawa ke Mahkamah Tinggi, atau mungkin akan ada usaha untuk membatalkan ikat jamin yang diberikan sebelum ini . Namun yang kita pasti adalah kes ini akan menjadi terlalu (di)politikkan,”tegas beliau.

Kepulangan Anwar Ibrahim ke arena politik tanahair – selepas pertuduhan liwat 1998 digugurkan oleh Mahkamah Persekutuan Kuala Lumpur pada 2004 – menyaksikan tiga negeri terkaya di Malaysia dan dua negeri Melayu membentuk kerajaan Pakatan Rakyat.

Selain dari menafikan majoriti 2/3 parti pemerintah, Anwar turut menandakan kepulangan dengan kemenangan besar di Permatang Pauh – kerusi yang dirampas darinya selepas pemecatan 10 tahun dahulu.

Dengan tarikh tamat 16 September semakin hampir, BN semakin terdesak. Perbicaraan kali ini juga meresahkan Pakatan Rakyat yang menggerakan sumber yang ada bagi mempertahankan Anwar, melemahkan kes pendakwaraya, termasuk membuktikan tuduhan terhadap mantan Timbalan Perdana Menteri itu bermotifkan politik.

Jurucakap utama pasukan peguambela dan Naib Presiden KeADILan Sivarasa Rasiah berkata kerajaan turun sehabis mungkin bagi menghalang penghijrahan besar-besaran, dan tarikh 16 September mungkin tersasar.

“Sukar untuk memberikan tarikh yang spesifik, kerana situasinya boleh berubah bila-bila masa sahaja. Kita tidak terlalu tertumpu kepada 16 September sebagai tarikh muktamad, namun kita tetap komited kepada jumlah-jumlah yang akan menyertai kita,” jelas Sivarasa.

Mengulas mengenai perbicaraan 10 September, Sivarasa Rasiah berkata kes ini sebagai ’sandiwara’, bahkan beliau optimis penubuhan kerajaan baru tidak dapat dielakkan walaupun tersasar dari tarikh 16 September nanti.

“Kita sedar BN meletakkan pelbagai halangan, namun peralihan kuasa ini adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Tidak ada apa yang dapat menghalangnya,” jelas Sivarasa.

Abdullah sebelum itu berikrar untuk menghancurkan sebarang usaha menjatuhkan pemerintahannya, dan sebagai langkah berjaga-jaga 16 September, kesemua Ahli Parlimen BN dibawa keluar dan disorokkan di Taiwan dari September 7 hingga 19.

Anwar dan Abdullah berulang-alik dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak yang dilihat berpontensi berhijrah ke Pakatan Rakyat. Disebalik rundingan-rundingan yang diadakan, Anwar dan pasukan peguambelanya menghadapi ancaman dari tuduhan liwat itu – yang sekiranya disabitkan kesalahan, menghadapi 20 tahun penjara.

Mengulas hal tersebut, peguam Sankara Nair dalam satu temubual tidak menafikan pasukan peguambela akan berhadapan dengan tekanan yang hebat dalam perbicaraan kali ini.

“Banyak kerja persiapan perlu dilakukan. Umumnya, harapan terhadap kes ini adalah sangat tinggi,” jawapan beliau.

Memimpin pasukan peguambela adalah Sulaiman Abdullah, bersama-sama Sivarasa Rasiah, Sankara Nair, Leela Jeyamani Jesuthasan, Edmund Bon Tai Soon, Saiful Izham Ramli, Amer Hamzah Arshad, Latheefa Beebi Koya dan Mohd Raszlan Jalaluddin.

Sepuluh tahun lalu, selain dari Sankara, pasukan peguam Anwar diketuai oleh Raja Aziz Addruse bersama-sama Christopher Fernando, Karpal Singh, Zainur Zakaria, Sulaiman Abdullah, Gurbachan Singh, Zulkifli Nordin, Pawancheek Merican dan Kamar Ainiah Kamarulzaman.

“Kami sentiasa mengambil kes ini dengan serius. Beban mengendalikan kes ini sentiasa berat walaupun pernah mengendalikannya 10 tahun lalu. Apa yang penting ialah kami perlu melakukan tugas yang diberikan dengan penuh dedikasi, dan secara berterusan sehingga kes selesai,”katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Must Attend Program

Please go to this link: https://justice4allkuantan.wordpress.com/2008/10/25/invitation-public-forum-the-isa-and-the-police-reform-process-whats-next-after-pak-lah/
To sin by silence when we should protest makes cowards of people - Emily Cox

Siphoning EPF money

On 'Why should Valuecap borrow from EPF?' Syed Shahir Syed Mohamud: MTUC condemns the government's move to bail out Valuecap to support the local stock market using RM5 billion from EPF, as the provident fund is the custodian of the workers' money and not some sort of ‘automated teller machine' for the government.
If at all the EPF were to lend its money to the government, it has to be under the condition that there be transparency and accountability in the activities for which the money has been purposed. We want to know who is doing what with the money that belongs to the workers. This is the hard-earned money of the workers, their retirement plan. How is this bailout plan going to benefit the workers? We also question the reason for this bailout. If the economic fundamentals in Malaysia are strong and reserves sufficient as has been stated several times by the government, then why is there a need to offer so much money to the GLCs? Second Finance Minister Nor Mohamed Yakcop should prove how the EPF would profit from this loan. Bernama had reported that Nor had given the assurance that the loan given out by EPF would reap profits for the fund judging from Valuecap's past performance. But where is the paperwork and calculations to show that this move will benefit the EPF? MTUC is concerned that the loan might be mismanaged or misused and this, in turn, would affect the returns for the contributors. Mere assurances are not enough. We want to proof that this RM5 billion will not go down the drain. (The writer is president, MTUC). Sharyn: The government wants to use our pension money to prop up the Malaysian stock market which is the playing field of the rich people. If so, the government must ensure that the EPF account holders - who are predominantly the poor to average citizens of Malaysia - be guaranteed all of our pension money with a compound 8% growth (interest). It's so selfish and sick of the government to use the poor's pension money to help the rich to make more money with all the risks taken by the poor/average citizen. We can better use the RM% billion loans to Valuecap for our children's education, shelter, medical bills etc. Why not get those rich people to prop up the share market instead? Why should they park their money overseas and gamble with our EPF money instead? Kumar14: Who is behind this Valuecap organisation? Why suddenly, this separate entity is allowed to access funds from the EPF? Are they capable enough to handle it or is it just another desperate and blind move? It has been a very infamous trend where the people's funds are channeled to a company for investment purposes and suddenly POP! the funds disappear and there is nobody to be held responsible but a RM2 shell company. Charge who? Sue whom? The RM2 company (just a registered name)? We have seen this many times. People in power and with connections allow such things to go through and reap/rob the people's wealth and then blame it on organisations which actually don't exist. What if a lot of EPF funds are looted via such scams and nobody is to be pointed at? Where will the government get the funds to replenish the EPF? The people are very bored, disappointed, angry and frustrated at seeing all these dumb and unaccounted for measures being allowed by the government with lame excuses. Please, somebody verify the true purpose, integrity and capability of anybody attempting to use the people's fund.

Raja Petra

Photobucket Ihsan dari blog Go!Malaysian http://gomalaysian.blogspot.com/

ANWAR IBRAHIM

A prosperous future is indivisible from a firm commitment to the principles of distributive justice, the rule of law and a profound respect for human rights.

Email Address:

justice4allmsia@yahoo.com

Archives

September 2008
M T W T F S S
« Aug   Oct »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Blog Stats

  • 117,125 hits
%d bloggers like this: