Justice For All Malaysia

Barua Umno ni, kata Rakyat yang berfikir

Posted on: September 29, 2008

Utusan api-apikan sentimen kaum
Lee Ban Chen | Sep 24, 08 1:56pm
Penggunaan Akta Keselamatan dalam negeri (ISA) terkutuk terhadap wartawan wanita Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng, ahli exco kerajaan Selangor, Teresa Kok dan pengendali laman web Malaysia Today Raja Petra Kamarudin mencetuskan bantahan dan gerakan anti-ISA  terbesar yang pernah berlaku di negara kita.  

Selain
badan-badan bukan kerajaan dan Majlis Peguam, parti-parti komponen
Barisan Nasional sendiri juga tidak dapat bersetuju dengan tangkapan
sewenang-wenang itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, menteri perundangan de facto,
Datuk Zaid Ibrahim malah meletakkan jawatannya sebagai pengakuan
kegagalan reformasi perundangan yang merupakan tanggungjawabnya.

Sungguhpun
Hoon Cheng telah dibebaskan 18 jam selepas ditahan sejak 12 September
dan Teresa Kok turut dibebaskan selepas seminggu ditahan, namun
alasan-alasan yang diberi berkaitan asas penahanan mereka tidak masuk
akal dan mengelirukan.

Hoon Cheng kononnya ditahan agar diberi
“perlindungan keselamatan”, dan Teresa, menurut beliau sendiri, cuma
disiasat  berasaskan suatu rencana kolum yang ditulis oleh Zaini Hassan
yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 10 September lalu bertajuk: “Azan, jawi, JAIS, UiTM dan ba-alif-ba-ya…” .

Hoon
Cheng yang mula-mula melaporkan kenyataan ketua bahagian Umno Bukit
Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang melemparkan kenyataan perkauman bahawa
masyarakat Cina “kaum penumpang” yang mustahil mendapat hak yang sama
dengan kaum bumiputera.

Atas tekanan parti-parti komponen
Barisan Nasional, Umno terpaksa menggantung hak keahlian Ahmad  selama
tiga tahun kerana enggan meminta maaf secara terbuka berkaitan
kenyataannya.

Yang menakjubkan, Hoon Cheng yang hanya
menjalankan tugasnya sebagai seorang wartawan sebaliknya telah ditahan
bawah ISA, kononnya untuk melindungi keselamatannya – suatu dalih yang
amat melucukan!

Menurut rencana Zaini, ahli parlimen Seputeh
tiba-tiba menjadi “dalang” di sebalik isu-isu azan, tulisan jawi,
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Universiti Teknologi Mara (UiTM)
dan babi seperti disenaraikan dalam tajuk rencana kolum terbabit.

Selepas
membaca artikel tersebut, Mohamad Asri Shafii, biro badan bertindak
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Perak telah mencapai
kesimpulan seperti tajuk suratnya kepada akhbar yang sama (11 September
2008) “Terhakisnya ketuanan Melayu”!

Mohamad Asri selanjutnya
merumus: “Adalah menjadi mimpi ngeri bagi orang Melayu sebagai tuan di
bumi bertuah ini mendapat menteribesar yang bukan Melayu.

“Hakikatnya
telah berlaku, meskipun kita melihat dua buah negeri Perak dan Selangor
diperintah oleh ketua negeri berbangsa Melayu dan beragama Islam,
tetapi hakikatnya daripada artikel ini adalah sebaliknya.”  

Nampaknya
niat Zaini untuk merasiskan imej Teresa, dan melaluinya “memomokkan”
kerajaan Pakatan Rakyat dari perspektif ketuanan Melayu telah tercapai,
dan nyata sekali Teresa telah menjadi mangsa artikel terbabit!

Biarlah
kita meneliti dakwaan-dakwaan artikel Zaini secara lebih objektif.
Terlebih dahulu, dibangkitnya tuduhan bekas menteri besar Selangor, Dr
Mohamad Khir Toyo bahawa ada usaha pihak tertentu yang cuba
menasihatkan pihak masjid dan surau supaya tidak menggunakan pembesar
suara semasa melaungkan azan.

Padahal menurut Steven Ee, yang bertanggungjawab menghantar petisyen kepada masjid Bandar Kinrara seperti yang dilaporkan Malaysiakini, penduduk bukan Islam di Seksyen 5 taman perumahan itu tidak pernah membantah penggunaan pembesar suara untuk laungan azan.

Mereka
hanya meminta agar direndah atau diperlahankan suaranya apabila
kaset/CD berkaitan ceramah, kuliah agama serta bacaan al-Quran dipasang
sebelum sembahyang subuh di masjid tersebut.

Kini, menteri besar
baru Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan
bahawa masjid boleh terus menggunakan pembesar suara semasa menjalankan
aktiviti bagi menyebarkan syiar Islam kerana pihaknya tidak menerima
sebarang bantahan daripada mana-mana kumpulan atau persatuan penduduk.

Mungkin
masih ada dua masalah masih belum terjawab. Yang pertama, adakah
petisyen bukan Islam Bandar Kinrara terbabit boleh dianggap sebagai
tidak sensitif, malah menghina agama Islam seperti tuduhan terbabit?

Yang
kedua, permintaan agar suara pembesar masjid direndahkan atau
diperlahankan juga tiada tolak ansurnya, seperti ditegaskan JAIS?

Jika
petisyen agar bunyi suara pembesar aktiviti agama direndah atau
diperlahankan juga tidak dapat ditoleransi dan ditolak ansur, seperti
mesej-mesej yang dibawa dalam Utusan Malaysia, maka semangat toleransi yang diuar-uarkan selama ini hanyalah jalan sehala saja di sisi ketuanan Melayu dan ketuanan Islam!

Teresa
yang mendapat salinan petisyen terbabit telah dipertanggungjawabkan
sepenuhnya oleh Zaini, dan melalui mulut seorang YB dalam Pakatan
Rakyat kononnya dihubunginya melalui telefon, Teresa dikritik sebagai
“kurang ajar”, dan dikatakan sedang “memaksa” DBKL menurunkan semua
tulisan jawi di semua papan tanda jalan di Kuala Lumpur, supaya
dinaikkan papan tanda tulisan Cina dan Tamil bersama-sama tulisan rumi.

Namun, siapakah Teresa Kok yang mampu “memaksa” DBKL menurun dan menaikkan papan jalan mengikut suka hatinya?

Bagi
mereka yang berfikiran liberal, di samping tulisan rumi, jika kaum
Melayu inginkan tulisan jawi ditambah atau dikekalkan, sama juga dengan
permintaan agar tulisan Cina dan tulisan Tamil ditambahkan di papan
jalan, apa salahnya jika kaum Melayu tidak terlalu obsesi dengan
ketuanan Melayu?

Sekalipun tidak bersetuju, habislah cerita,
buat apa digembar-gemburkan seolah-olah tibalah hari kiamat jika bahasa
Cina dan bahasa Tamil ditambah di papan tanda jalan!  

Menurut
imaginasi Zaini, Teresa tiba-tiba menjadi manusia yang begitu
“berpengaruh” sekali, sehingga sanggup “menyuapkan” Khalid  mengenai
cadangan supaya diambil 30 peratus peruntukan JAIS untuk digunakan bagi
kegunaan agama-agama lain, serta “memegang tali” untuk menyuruh menteri
besar itu membuat kenyataan agar pintu UiTM dibuka kepada 10 peratus
penuntut bukan Melayu.

Jika kita percaya kepada kebebasan
beragama seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, dan
bersetuju bahawa agama-agama bukan Islam di Selangor juga berhak
menerima bantuan daripada Selangor seperti JAIS, maka sudah barang
tentu JAIS tidak dapat memonopoli seratus peratus peruntukan yang
disediakan kerajaan negeri sebagai bantuan kepada institusi-institusi
semua agama.

Jangan lupa, penganut bukan Islam di negara kita juga wajib membayar cukai.

Sebelum
kenyataan Khalid, jika tidak silap penulis, kabinet telah mengambil
keputusan agar pintu UiTM dibuka kepada 10 peratus penuntut bukan
Melayu, masa itu, tiada kontroversi dicetuskan seperti kali ini.

Selain
itu, projek pemeliharaan berpusat babi di Sepang juga projek lama
Barisan Nasional Selangor, ia juga tidak digembar-gemburkan seperti
kali ini.

Pembaca Utusan Malaysia tentu sedar bahawa azan, jawi, JAIS, UiTM, dan babi antara isu-isu yang diperbesar-besar dan diapi-apikan oleh Utusan Malaysia daripada perspektif ketuanan Melayu dan ketuanan Islam, demi memburuk-burukkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Jika wujud sebarang ketegangan kaum seperti dakwaan pihak polis, maka antara lain, Utusan Malaysia
sudah barang tentu telah memainkan peranannya, dan oleh itu, patut
disiasat dan diberi amaran, bukan mereka yang menjadi sasaran agenda
perkauman, seperti Hoon Cheng, Teresa dan Raja Petra.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Must Attend Program

Please go to this link: https://justice4allkuantan.wordpress.com/2008/10/25/invitation-public-forum-the-isa-and-the-police-reform-process-whats-next-after-pak-lah/
To sin by silence when we should protest makes cowards of people - Emily Cox

Siphoning EPF money

On 'Why should Valuecap borrow from EPF?' Syed Shahir Syed Mohamud: MTUC condemns the government's move to bail out Valuecap to support the local stock market using RM5 billion from EPF, as the provident fund is the custodian of the workers' money and not some sort of ‘automated teller machine' for the government.
If at all the EPF were to lend its money to the government, it has to be under the condition that there be transparency and accountability in the activities for which the money has been purposed. We want to know who is doing what with the money that belongs to the workers. This is the hard-earned money of the workers, their retirement plan. How is this bailout plan going to benefit the workers? We also question the reason for this bailout. If the economic fundamentals in Malaysia are strong and reserves sufficient as has been stated several times by the government, then why is there a need to offer so much money to the GLCs? Second Finance Minister Nor Mohamed Yakcop should prove how the EPF would profit from this loan. Bernama had reported that Nor had given the assurance that the loan given out by EPF would reap profits for the fund judging from Valuecap's past performance. But where is the paperwork and calculations to show that this move will benefit the EPF? MTUC is concerned that the loan might be mismanaged or misused and this, in turn, would affect the returns for the contributors. Mere assurances are not enough. We want to proof that this RM5 billion will not go down the drain. (The writer is president, MTUC). Sharyn: The government wants to use our pension money to prop up the Malaysian stock market which is the playing field of the rich people. If so, the government must ensure that the EPF account holders - who are predominantly the poor to average citizens of Malaysia - be guaranteed all of our pension money with a compound 8% growth (interest). It's so selfish and sick of the government to use the poor's pension money to help the rich to make more money with all the risks taken by the poor/average citizen. We can better use the RM% billion loans to Valuecap for our children's education, shelter, medical bills etc. Why not get those rich people to prop up the share market instead? Why should they park their money overseas and gamble with our EPF money instead? Kumar14: Who is behind this Valuecap organisation? Why suddenly, this separate entity is allowed to access funds from the EPF? Are they capable enough to handle it or is it just another desperate and blind move? It has been a very infamous trend where the people's funds are channeled to a company for investment purposes and suddenly POP! the funds disappear and there is nobody to be held responsible but a RM2 shell company. Charge who? Sue whom? The RM2 company (just a registered name)? We have seen this many times. People in power and with connections allow such things to go through and reap/rob the people's wealth and then blame it on organisations which actually don't exist. What if a lot of EPF funds are looted via such scams and nobody is to be pointed at? Where will the government get the funds to replenish the EPF? The people are very bored, disappointed, angry and frustrated at seeing all these dumb and unaccounted for measures being allowed by the government with lame excuses. Please, somebody verify the true purpose, integrity and capability of anybody attempting to use the people's fund.

Raja Petra

Photobucket Ihsan dari blog Go!Malaysian http://gomalaysian.blogspot.com/

ANWAR IBRAHIM

A prosperous future is indivisible from a firm commitment to the principles of distributive justice, the rule of law and a profound respect for human rights.

Email Address:

justice4allmsia@yahoo.com

Archives

September 2008
M T W T F S S
« Aug   Oct »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Blog Stats

  • 117,125 hits
%d bloggers like this: