Justice For All Malaysia

Anwar Ibrahim: Perutusan Eidulfitri

Posted on: September 30, 2008

30 September 2008

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Saya, mewakili keluarga dan segenap lapisan kepimpinan & akar umbi Parti Keadilan Rakyat ingin mengucapkan Salam Eidulfitri kepada umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia amnya.

Ramadhan kini menghampiri penghujung, Syawal bakal menjelang tiba. Umat Islam selepas menunaikan ibadat puasa di bulan yang mulia ini pastinya menyambut kedatangan bulan Syawal dengan rasa penuh kesyukuran.

Bulan Ramadhan ini, sebagaimana yang diulaskan oleh para ulama, adalah madrasah terbaik buat melatih serta mendidik kita umat Islam agar berani dan yakin mendepani segala cabaran yang mendatang. Ramadhan sentiasa mengajar kita betapa kesabaran menjadi paksi kepada kejayaan hakiki dan memperkukuhkan kekuatan ruh serta jiwa. Ini kerana jiwa dan ruh yang membentuk manusia, seperti yang diungkapkan oleh Abul Fath al-Busti:

Perhatikan jiwamu, dan sempurnakan,
Kamu insan kerana jiwa, bukan kerana jasad.

Ramadhan pastinya mengingatkan kita akan kisah Pembukaan Kota Mekah(Fath Mekah). Kejayaan Rasulullah S.A.W yang didokong para sahabat baginda wajar menjadi teladan. Kejayaan tersebut sudah tentu tidak datang sekelip mata. Dua tahun sebelum kejayaan membuka Kota Mekah, satu perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Hudaibiyyah telah dimeterai di antara Rasulullah S.A.W dengan wakil kaum Quraisy.

Tidak sedikit yang merasa ragu dengan perjanjian tersebut. Namun ternyata ada hikmahnya di sebalik kesediaan dan kesabaran Rasulullah S.A.W di dalam menerima perjanjian tersebut. Rupa-rupanya ‘jalan kemenangan sudah jelas nyata.’ Selepas sahaja termeterainya Perjanjian Hudaibiyyah, maka turunlah firman Allah S.W.T yang berbunyi:

Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata.

Ayat ini menghilangkan keraguan umat Islam serta memperkuatkan lagi azam mereka bagi memastikan seruan untuk melakukan islah terlaksana.

Rakan-rakan sekalian,

Ketakwaan yang diadun bersama kesabaran dan kebijaksanaan adalah kunci utama untuk mengecap kejayaan. Janganlah keyakinan kita digugat tatkala kejayaan sudah hampir. Saya menyeru pencinta kebenaran agar perkukuhkan tekad perjuangan. Ingatlah anjuran Al Quran yang berbunyi:

Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!

Perubahan yang ingin kita laksanakan bertapak di atas bongkah-bongkah yang kukuh, jauh sekali dari retorik kosong yang berasaskan kebencian dan persengketaan. Kita harus menyedari negara Malaysia bukannya ekabudaya. Kita harus memastikan negara ini tidak ditelan api asabiyyah dan karam dengan sikap taksub melulu. Ingatlah “siapa yang menyemai angin akan menuai badai.”

Sering saya ulangi pemerkasaan ekonomi tidak akan berjaya selagi mana kemajuan dan pembangunan didorong oleh nafsu serta tamak yang bukan kepalang. Pertumbuhan ekonomi dan kekayaan harus difahami dan dimaknai dengan pengertian yang lebih luas. Kekayaan tidak boleh berlegar di kalangan segelintir sahaja, ianya harus menjadi pendorong untuk membebaskan masyarakat dari penindasan dan kezaliman. Inilah yang kita tegaskan sebagai ekonomi yang manusiawi. Ekonomi yang dibangun di atas prinsip insan sebagai makhluk bermoral dan berakhlak, bukannya semata-mata homo economicus; yang hanya memburu kepentingan diri sendiri.

Rakan-rakan sekalian,

Syawal yang bakal menjelang pastinya disambut meriah oleh semua. Pun begitu hendaklah kita sentiasa wasatiyah dalam pendekatan, yakni bersederhana tanpa meminggirkan mereka yang tidak berkemampuan. Syawal adalah bulan kemenangan, bulan memupuk ukhuwah. Kemenangan mengharungi Ramadhan dirai dengan jalinan ukhuwah yang utuh sesama ummah. Kemenangan ini bukan sekadar melawan hawa nafsu sepanjang Ramadhan, sebaliknya diterjemahkan jua sebagai kemenangan menentang
kezaliman dan menegakkan keadilan.

InshaAllah kemenangan yang diredhai menjadi milik kita pastinya, sebagaimana yang dijelaskan di dalam Al Quran,”ibarat pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya menjulang ke langit (Ayat 24, Surah Ibrahim)”

Salam Eidulfitri 1429 Hijrah.
Minal ‘aidil wal faiziin.
Maaf zahir dan batin.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang Dewan Rakyat
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat

Advertisements

3 Responses to "Anwar Ibrahim: Perutusan Eidulfitri"

MEMANG DSAI ADA DALAM MAJLIS ULAMA PAS. TETAPI SAYA NAK BERTERUS TERANG SIKIT NI. KENAPA TAK NAK MASUK KAN NEGARA ISLAM SEBAGAI TERAS PERLEMBAGAAN PAKATAN RAKYAT. TAKUT PADA GOLONGAN KAFIR DALAM PKR ATAU KAFIR DALAM DAP. KALAU BETUL DSAI NAK BERJUANG KENAPA NAK JADI PERDANA MENTERI KENAPA TAK SERAH SAJA PADA KETUA KAMI TUAN GURU HADI. SEMAKIN LAMA DSAI CANANG CERITA NAK JADI PM LAGI MUAK RAKYAT YANG DENGAR.

DSAI TENTU TAHU APA AKAN JADI PADA KAMI AHLI PAS DALAM PAKATAN RAKYAT BILA DSAI JADI PM NANTI KAN.

KAMI AKAN MEREMPAT SEBAB ORANG KANAN DSAI ADALAH GOLONGAN KAFIR

Salam
Tuan Ahli Pas Kuantan
Kesepakatan Pakatan Rakyat telah menyetujui perkara-perkara asas dalam pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat. Termasuklah perkara yang diutarakan oleh Tuan.

Dalam konteks demokrasi, penilaian Rakyat dalam memilih wakil-wakil rakyat mereka merupakan tunggak kepada pembentukan sesebuah kerajaan. Maka, menjadi suatu kematangan politik untuk para pejuang penegak kebenaran dan keadilan untuk menilai sesuatu itu dari kacamata para pemilih/pengundi tanpa mengorbankan prinsip-prinsip keadilan, yang juga menjadi asas pemerintahan sesebuah pemerintahan Islam.

Apa yang menjadi kepentingan bersama ketika ini ialah merapatkan barisan para pejuang dan penegak kebenaran dan keadilan dan saling mengingatkan prinsip-prinsip yang menjadi pegangan bersama yang tidak langsung bertentangan dengan apa yang diperintahkan Allah.

Bahkan cara yang demikian akan melunakkan ramai di sekeliling kita untuk sekurang-kurangnya cuba memahami Islam.
Persepsi Islam itu dicerminkan oleh penganutnya.

saudara ahli pas kuantan….memang kalau nak diucap rasa tak puashati sampai kiamat pun kita takkan puas….pada saya ni bukan masalah kerana TGNA,TGHH mesti tau apa yang dibuat….adakah tuan nak menafikan hak orang lain atau cuba mengaitkan dengan ideologi pihak lagi satu?

saudara,mungkin betul orang di kiri kanan DSAI bukan muslim tapi dalam PR saya pasti ada yang hebat lebih dari yang kita fikir….

baru2 ini saya mendengar 1 tazkirah tarawih disampai seorang pemimpin pas yang menceritakan bagaimana didepan matanya melihat majlis berbuka puasa setiap hari dihadiri orang bukan Islam….kita membicarakan tentang agama dan dalam Islam sendiri banyak sejarah gemilang yang boleh di ambil contoh.

semalam saya pergi ke PUTRA balok sempena majlis hari raya PAS I.M…seorang rakan memberitahu tahun ni sangat berbeza kerana kehadiran ramai rakan2 bukan Islam…

Nah!!!! jalan terhidang didepan mata…mereka dengan sukahati datang meraikan rakan2 Islam dan memberi isyarat mereka mula faham apa itu Islam

dan kita…..wajib menunaikan t’jawab menerang dan memahamkan mereka….bukan dengan pendekatan riak yang kita ni hebat,bukan dengan pendekatan menanam sifat2 dendam atau rasa tak puas hati hatta rasa risau tentang mereka…

bukankah kita diajar tentang adab dan juga sopan …. bukan kah kita diajar mendekati orang yang bukan seagama dengan kita?

Jangan risau saudara,,,kita panjatkan doa pada Allah Rabbul Jalil…..sekurang2nya kita masih pasti Anwar adalah seorang Islam dan berketurunan Melayu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Must Attend Program

Please go to this link: https://justice4allkuantan.wordpress.com/2008/10/25/invitation-public-forum-the-isa-and-the-police-reform-process-whats-next-after-pak-lah/
To sin by silence when we should protest makes cowards of people - Emily Cox

Siphoning EPF money

On 'Why should Valuecap borrow from EPF?' Syed Shahir Syed Mohamud: MTUC condemns the government's move to bail out Valuecap to support the local stock market using RM5 billion from EPF, as the provident fund is the custodian of the workers' money and not some sort of ‘automated teller machine' for the government.
If at all the EPF were to lend its money to the government, it has to be under the condition that there be transparency and accountability in the activities for which the money has been purposed. We want to know who is doing what with the money that belongs to the workers. This is the hard-earned money of the workers, their retirement plan. How is this bailout plan going to benefit the workers? We also question the reason for this bailout. If the economic fundamentals in Malaysia are strong and reserves sufficient as has been stated several times by the government, then why is there a need to offer so much money to the GLCs? Second Finance Minister Nor Mohamed Yakcop should prove how the EPF would profit from this loan. Bernama had reported that Nor had given the assurance that the loan given out by EPF would reap profits for the fund judging from Valuecap's past performance. But where is the paperwork and calculations to show that this move will benefit the EPF? MTUC is concerned that the loan might be mismanaged or misused and this, in turn, would affect the returns for the contributors. Mere assurances are not enough. We want to proof that this RM5 billion will not go down the drain. (The writer is president, MTUC). Sharyn: The government wants to use our pension money to prop up the Malaysian stock market which is the playing field of the rich people. If so, the government must ensure that the EPF account holders - who are predominantly the poor to average citizens of Malaysia - be guaranteed all of our pension money with a compound 8% growth (interest). It's so selfish and sick of the government to use the poor's pension money to help the rich to make more money with all the risks taken by the poor/average citizen. We can better use the RM% billion loans to Valuecap for our children's education, shelter, medical bills etc. Why not get those rich people to prop up the share market instead? Why should they park their money overseas and gamble with our EPF money instead? Kumar14: Who is behind this Valuecap organisation? Why suddenly, this separate entity is allowed to access funds from the EPF? Are they capable enough to handle it or is it just another desperate and blind move? It has been a very infamous trend where the people's funds are channeled to a company for investment purposes and suddenly POP! the funds disappear and there is nobody to be held responsible but a RM2 shell company. Charge who? Sue whom? The RM2 company (just a registered name)? We have seen this many times. People in power and with connections allow such things to go through and reap/rob the people's wealth and then blame it on organisations which actually don't exist. What if a lot of EPF funds are looted via such scams and nobody is to be pointed at? Where will the government get the funds to replenish the EPF? The people are very bored, disappointed, angry and frustrated at seeing all these dumb and unaccounted for measures being allowed by the government with lame excuses. Please, somebody verify the true purpose, integrity and capability of anybody attempting to use the people's fund.

Raja Petra

Photobucket Ihsan dari blog Go!Malaysian http://gomalaysian.blogspot.com/

ANWAR IBRAHIM

A prosperous future is indivisible from a firm commitment to the principles of distributive justice, the rule of law and a profound respect for human rights.

Email Address:

justice4allmsia@yahoo.com

Archives

September 2008
M T W T F S S
« Aug   Oct »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Blog Stats

  • 117,391 hits
%d bloggers like this: