Justice For All Malaysia

KENYATAAN MEDIA: Menteri Besar Selangor

Posted on: October 29, 2008

27 OKTOBER 2008

Perlantikan Puan Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar Sementara Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

SHAH ALAM – Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Dato’ Hj Harun Salim bersara pada hujung Oktober ini dan YAB Menteri Besar Selangor, selaku Pengerusi PKNS, menerima persaraan beliau. Sehubungan itu, Menteri Besar, setelah mengambil kira kepentingan semasa, bersetuju melanjutkan tarikh persaraan Timbalan Pengurus Korporat dan Akaun Puan Low Siew Moi, selama satu tahun dan melantik beliau memangku jawatan Pengurus Besar Sementara PKNS.

Puan Low, yang sudah 35 tahun berkhidmat di PKNS, iaitu selama 11 tahun berjawatan Timbalan Pengurus Korporat dan Akaun, yang bertanggungjawab menerajui bahagian korporat, kewangan dan pengurusan aset, dilihat sebagai calon paling sesuai memangku secara sementara waktu jawatan terpenting di PKNS.

Dengan persaraan Dato’ Hj Harun, Menteri Besar, yang juga pernah mengetuai syarikat swasta, berpendapat persaraan serentak dua pegawai kanan tersebut tidak boleh menjamin penerusan pentadbiran yang berkesan (effective continuation of the management). Oleh sebab itu, beliau meminta Puan Low agar menangguhkan persaraan dan sebaliknya berkerjasama dengan ahli lembaga pengarah PKNS bagi menerajui urusan pentadbiran PKNS sehingga calon yang sesuai dilantik mengisi jawatan Pengurus Besar.

Kita bersyukur kerana Puan Low, yang berpengalaman dan dedikasi, bersetuju menyatakan kesediaan beliau menjalankan tugas tersebut, dan pada masa sama lembaga pengarah PKNS berusaha mendapatkan Pengurus Besar yang berkaliber, berwibawa, beretika dan berkebolehan untuk membawa perbadanan itu ke era baharu. Dalam hal ini, Puan Low mengakui agar peneraju PKNS yang baharu mestilah seorang Bumiputera yang profesional dan mempunyai pengalaman dalam pembangunan hartanah, pembangunan semula dan disegani oleh komuniti hartanah.

Menteri Besar juga berpendapat yang pengalaman Puan Low amat berguna bagi membantu Kerajaan Negeri melaksanakan penyusunan semula dalam operasi dan aktiviti PKNS yang bukan sahaja beraspirasi untuk menjadi antara organisasi yang terbaik di rantau ini tetapi juga dalam usahanya memulakan projek pembangunan semula perumahan baharu (re-development of new townships) di Petaling Jaya, Kajang dan Kelang.

Perlu ditegaskan, pencarian calon Pengurus Besar PKNS dalam kalangan pegawai kanan yang sedang berkhidmat PKNS sudahpun diusahakan. Namun, ada beberapa sebab tentang perlunya juga kita mencari calon di luar PKNS. Antara sebabnya, PKNS berkehendakan pegawai yang profesional dalam aspek hartanah, di samping mempunyai kelayakan dalam bidang pengurusan hartanah, kejuruteraan, seni bina atau jurunilai untuk mengetuai PKNS memulakan projek pembangunan semula sebagaimana dinyatakan di atas.

Kami juga mendapati terdapat unsur “conflict of interest” dalam struktur PKNS itu sendiri apabila terdapat sekumpulan pegawai kanan memegang saham 30% dalam anak syarikat PKNS, iaitu PKNS Infra Sdn Bhd.

Setelah membuat pemeriksaan terhadap rekod PKNS selama 44 tahun ini, kami amat kesal apabila mendapati pengalaman PKNS dalam usaha memartabatkan kaum Melayu dalam bidang peniagaan, khususnya dalam bidang pembangunan hartanah, amat tidak membanggakan. Ini disebabkan lebih 75% daripada projek yang dilaksanakan diberi kepada syarikat bukan Melayu baik secara langsung mahupun tidak secara langsung.

Perlu ditegaskan, Kerajaan Pakatan Rakyat amat mementingkan pentadbiran secara telus dan bertanggungjawaban (transparency and accountability) dan berpendapat PKNS perlu mengubah corak pentadbiran supaya menghayati dan melaksanakan kepentingan ini.

Kami dapati akaun yang sedia ada tidak mencerminkan gambaran yang betul tentang operasi perbadanan tersebut. Sebagai contoh, mengikut laporan akaun tahun 2007, Pengerusi PKNS mendakwa perbadanan tersebut berjaya dalam perniagaan pembagunan hartanah setelah mengaut untung sebayak RM500 juta. Namun setelah disemak, didapati 50% keuntungan tersebut berbentuk “extra-ordinary items” (hasil pendapatan luar biasa). Berkaitan dengan pengumuman keuntungan tersebut, turut diperlihatkan keputusan yang meragukan apabila PKNS menghadiahkan RM100,000 kepada mantan Pengerusi PKNS, yang juga bekas Menteri Besar Selangor, sebagai bonus terhadap kejayaan PKNS memperoleh “keuntungan” tersebut.

Lebih parah lagi, kami dapati terdapat beberapa aktiviti dan keputusan perniagaan (business decision) yang dibuat bukan berdasarkan keperluan PKNS tetapi keperluan politik kerajaan yang terdahulu! Perkara ini sudahpun diakui oleh Pengurus Besar sekarang dan Puan Low bersedia bekerjasama dengan lembaga pengarah PKNS bagi mengenal pasti perkara yang dibetulkan yang sekali gus membaiki pentadbiran perbadanan itu.

Sesungguhnya, tindakan yang radikal perlu dilakukan bagi “membersihkan” PKNS supaya ia betul-betul mencapai matlamat asal untuk memberi fokus kepada perniagaan pembangunan hartanah yang diceburi, di samping meningkatkan pembangunan sosio-ekonomi masyarakat terutama kalangan masyarakat Melayu yang mahu berkerja keras dan berusaha tanpa ihsan daripada mana-mana pihak.

DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM

1 Response to "KENYATAAN MEDIA: Menteri Besar Selangor"

There are 5 houses in five different colors
In each house lives a different nationality.
These 5 owners drink a certain beverage, smoke a certain brand of cigar and keep a certain pet.
No owners have the same pet, smoke the same brand of cigar, or drink the same beverage.

The CLUES:

The Brit lives in the Red house.
The Swede keeps dogs as pets.
The Dane Drinks tea.
The Green House is on the left of the White House.
The Green House’s owner drinks coffee.
The person who smokes Pall Mall rears birds.
The owner of the yellow house smokes Dunhill.
The man in the center house drinks milk.
The Norwegian lives in the first house.
The man who smokes Blends lives next to the one who keeps cats
The man who keeps horses lives next to the man who smokes Dunhill.
The man who smokes Blue Master drinks beer.
The German smokes Prince.
The Norwegian lives next to the Blue House.
The man who smokes Blends has a neighbor who drinks water.
The QUESTION:

Who owns the fish?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Must Attend Program

Please go to this link: https://justice4allkuantan.wordpress.com/2008/10/25/invitation-public-forum-the-isa-and-the-police-reform-process-whats-next-after-pak-lah/
To sin by silence when we should protest makes cowards of people - Emily Cox

Siphoning EPF money

On 'Why should Valuecap borrow from EPF?' Syed Shahir Syed Mohamud: MTUC condemns the government's move to bail out Valuecap to support the local stock market using RM5 billion from EPF, as the provident fund is the custodian of the workers' money and not some sort of ‘automated teller machine' for the government.
If at all the EPF were to lend its money to the government, it has to be under the condition that there be transparency and accountability in the activities for which the money has been purposed. We want to know who is doing what with the money that belongs to the workers. This is the hard-earned money of the workers, their retirement plan. How is this bailout plan going to benefit the workers? We also question the reason for this bailout. If the economic fundamentals in Malaysia are strong and reserves sufficient as has been stated several times by the government, then why is there a need to offer so much money to the GLCs? Second Finance Minister Nor Mohamed Yakcop should prove how the EPF would profit from this loan. Bernama had reported that Nor had given the assurance that the loan given out by EPF would reap profits for the fund judging from Valuecap's past performance. But where is the paperwork and calculations to show that this move will benefit the EPF? MTUC is concerned that the loan might be mismanaged or misused and this, in turn, would affect the returns for the contributors. Mere assurances are not enough. We want to proof that this RM5 billion will not go down the drain. (The writer is president, MTUC). Sharyn: The government wants to use our pension money to prop up the Malaysian stock market which is the playing field of the rich people. If so, the government must ensure that the EPF account holders - who are predominantly the poor to average citizens of Malaysia - be guaranteed all of our pension money with a compound 8% growth (interest). It's so selfish and sick of the government to use the poor's pension money to help the rich to make more money with all the risks taken by the poor/average citizen. We can better use the RM% billion loans to Valuecap for our children's education, shelter, medical bills etc. Why not get those rich people to prop up the share market instead? Why should they park their money overseas and gamble with our EPF money instead? Kumar14: Who is behind this Valuecap organisation? Why suddenly, this separate entity is allowed to access funds from the EPF? Are they capable enough to handle it or is it just another desperate and blind move? It has been a very infamous trend where the people's funds are channeled to a company for investment purposes and suddenly POP! the funds disappear and there is nobody to be held responsible but a RM2 shell company. Charge who? Sue whom? The RM2 company (just a registered name)? We have seen this many times. People in power and with connections allow such things to go through and reap/rob the people's wealth and then blame it on organisations which actually don't exist. What if a lot of EPF funds are looted via such scams and nobody is to be pointed at? Where will the government get the funds to replenish the EPF? The people are very bored, disappointed, angry and frustrated at seeing all these dumb and unaccounted for measures being allowed by the government with lame excuses. Please, somebody verify the true purpose, integrity and capability of anybody attempting to use the people's fund.

Raja Petra

Photobucket Ihsan dari blog Go!Malaysian http://gomalaysian.blogspot.com/

ANWAR IBRAHIM

A prosperous future is indivisible from a firm commitment to the principles of distributive justice, the rule of law and a profound respect for human rights.

Email Address:

justice4allmsia@yahoo.com

Archives

October 2008
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Blog Stats

  • 117,125 hits
%d bloggers like this: