Justice For All Malaysia

Hilang keyakinan terhadap Umno

Posted on: November 1, 2008

Bila ditanya di kawasan-kawasan, Rakyat kini sudah hilang keyakinan terhadap umno.   Hanya tinggal umno dan ahli-ahlinya yang berkepentingan saja yang meneruskan segala budaya buruk yang sewajarnya sudah terhapus sekarang ini.   Budaya menjadikan wang sebagai ukuran terpilihnya sebagai ketua – suatu permulaan kepada pemilihan sebagai wakil-wakil rakyat, seterusnya menteri dan ke jawatan tertinggi negara – adalah suatu yang merosakkan akhlak manusia, khususnya orang Melayu – yang sekali gus mencemar hubungan dengan Allah swt. juga.   Kerosakkan akhlak menatijahkan lebih banyak yang buruk.   Maka cukuplah setakat ini yang buruk-buruk itu – yang tiada dapat diredakan, apalagi untuk menghapuskannya – oleh para pemimpin umno sendiri.

Perhimpunan agung Umno 24-28 Mac
Jimadie Shah Othman | Oct 31, 08 6:15pm
Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini telah menetapkan perhimpunan agung Umno akan diadakan dari 24 hingga 28 Mac depan.

Perhimpunan kali ini juga bakal menyaksikan pertandingan jawatan tertinggi Umno.

Keputusan itu sekaligus menamatkan spekulasi bahawa tarikh pemilihan pucuk pimpinan tertinggi Umno akan dipercepatkan kepada Disember.

Bercakap dalan sidang akhbar selepas mesyuarat MT, PresidenUmno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, ekoran keputusan tersebut, bahagian Umno yang telah bermesyuarat, diminta menghantar laporan kepada ibupejabat Umno.

Menurutnya, mesyuarat MT hari ini juga membincangkan tentang perbuatan melobi untuk merayu undi bagi calon-calon yang bertanding jawatan tertinggi parti kali ini yang didapati berleluasa sekarang.

Berikutan itu, katanya, MT akan mengeluarkan arahan mengenai aktivit pelobi dan perayu undi yang mendorong perwakilan mengundi calon mereka dan jangan calon lain.

“Gelaja ini berleluasa berlaku di hotel-hotel dan tempat-tempat pertemuan,” katanya.

Sehubungan itu, Abdullah memberi amaran kepada mereka yang terbabit supaya menghentikan segera perbuatan tersebut sebelum mereka dikesan oleh pemantau parti.

Tegah guna jentera k’jaan

Beliau juga meminta calon-calon yang bertanding supaya jangan menggunakan jentera kerajaan sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Abdullah tidak menyebut calon-calon yang dimaksudkan tetapi dipercayai ia dituju kepada mereka dari kalangan menteri dan timbalan menteri yang bertanding kali ini.

Beliau juga kesal dengan penyebaran SMS kempen yang berniat jahat dan menasihatkan mereka yang terbabit supaya menghentikan perbuatan tersebut.

Sebaliknya, beliau mahu mereka merujuk semula dan mematuhi tataetika ahli Umno yang telah ditetapkan.

Abdullah memberi amaran bahawa mereka yang didapati terbabit, akan dihadapkan kepada lembaga disiplin Umno.

Perdana menteri juga berkata, mesyuarat hari ini turut membincangkan kedudukan ekonomi negara sekarang.

Beliau berharap keadaan itu tidak sampai melemahkan ekonomi negara.

Beliau berkata, Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib akan mengumumkan langkah-langkah untuk menghadapi tekanan yang akan ditambil sewaktu sesi penggulungan bajet di Dewan Rakyat pada 4 November depan.

“Tidak payah tanyalah sekarang apa yang hendak dicerita,” katanya

“Harapan kita dengan pengumuman itu, insya-Allah kita harap rakyat akan lebih yakin untuk sama-sama menghadapi cabaran dan masalah yang mungkin timbul akibat daripada kedudukan ekonomi dunia yang tidak menentu sekarang ini,” tambahnya

Serah kuasa

Menurutnya, Najib yang juga timbalan perdana menteri akan membuat pengumuman tersebut supaya rakyat lebih yakin dengan langkah kerajaan dalam menghadap krisis ekonomi.

Abdullah juga berkata, ibupejabat Umno akan mengatur program kempen bagi calon-calon yang bertanding bagi merebut jawatan tinggi parti kali ini.

“Majlis tertinggi juga membuat keputusan untuk membolehkan calon-calon bertanding di peringkat Majlis Tertinggi, mereka akan dibenarkan bertemu dengan ahli-ahli parti. Tetapi ini akan dibuat, disusun… Ibupejabat akan aturkan.

“Setiap negeri, siapa juga akan menjadi calon, bertanding dalam jawatan-jawatan majlis tertinggi bolehlah pergi ke majlis-majlis berkenaan, mengambil kesempatan untuk bertemu (ahli-ahli parti).

“Tidak ada acara-acara lain untuk dijalankan. Jadi dengan cara ini saya percaya mereka dapat bertemu dengan ahli-ahli Umno di negeri-negeri tertentu,” katanya.

Ditanya mengenai tempoh kempen yang lama, beliau berkata, garispanduan telah dikeluarkan dan panduan telah diberikan.

Abdulah turut ditanya mengenai kenyataan yang pernah dibuatnya sewaktu melawat Sabah bahawa Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam boleh bertanding timbalan perdana menteri.

Menurut perdana menteri, beliau hanya mahu menjelaskan bahawa sesiapa juga berhak untuk bertanding.

“Kamu mahu bertanding, kamu bertandinglah. Kalau orang tanya bagaimana beliau (Mohd Ali) hendak bertanding. Biarlah dia bertanding, apa salahnya. Itu hanya menyuarakan seseorang itu ada hak untuk bertanding. Itu saja,” katanya.

Mohd Ali telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan timbalan presiden Umno. Sehingga ini beliau mendapatkan 23 undi dan belum layak bertanding. Kelayakan minima bagi calon timbalan presiden ialah 39 pencalonan.

Setakat ini, Tan Sri Muhyiddin telah layak bertanding selepas memperolehi 65 pencalonan. Manakala seorang lagi calon, Tan Sri Muhammad Muhd Taib baru mendapat 17 pencalonan.

Ditanya sama ada kenyataan beliau di Sabah itu bermaksud meyokong Mohd Ali kerana Muhyiddin dilihat bersifat lantang dalam beberapa perkara, Abdullah secara berseloroh menjawab: “(Tan Sri) Muhyiddn kempen le tu…”

Beliau ditanya bila akan menyerahkan kuasa kepada penggantinya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Selepas mesyuarat (perhimpunan agung) bagi saya beberapa hari untuk selesai perkara…,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Must Attend Program

Please go to this link: https://justice4allkuantan.wordpress.com/2008/10/25/invitation-public-forum-the-isa-and-the-police-reform-process-whats-next-after-pak-lah/
To sin by silence when we should protest makes cowards of people - Emily Cox

Siphoning EPF money

On 'Why should Valuecap borrow from EPF?' Syed Shahir Syed Mohamud: MTUC condemns the government's move to bail out Valuecap to support the local stock market using RM5 billion from EPF, as the provident fund is the custodian of the workers' money and not some sort of ‘automated teller machine' for the government.
If at all the EPF were to lend its money to the government, it has to be under the condition that there be transparency and accountability in the activities for which the money has been purposed. We want to know who is doing what with the money that belongs to the workers. This is the hard-earned money of the workers, their retirement plan. How is this bailout plan going to benefit the workers? We also question the reason for this bailout. If the economic fundamentals in Malaysia are strong and reserves sufficient as has been stated several times by the government, then why is there a need to offer so much money to the GLCs? Second Finance Minister Nor Mohamed Yakcop should prove how the EPF would profit from this loan. Bernama had reported that Nor had given the assurance that the loan given out by EPF would reap profits for the fund judging from Valuecap's past performance. But where is the paperwork and calculations to show that this move will benefit the EPF? MTUC is concerned that the loan might be mismanaged or misused and this, in turn, would affect the returns for the contributors. Mere assurances are not enough. We want to proof that this RM5 billion will not go down the drain. (The writer is president, MTUC). Sharyn: The government wants to use our pension money to prop up the Malaysian stock market which is the playing field of the rich people. If so, the government must ensure that the EPF account holders - who are predominantly the poor to average citizens of Malaysia - be guaranteed all of our pension money with a compound 8% growth (interest). It's so selfish and sick of the government to use the poor's pension money to help the rich to make more money with all the risks taken by the poor/average citizen. We can better use the RM% billion loans to Valuecap for our children's education, shelter, medical bills etc. Why not get those rich people to prop up the share market instead? Why should they park their money overseas and gamble with our EPF money instead? Kumar14: Who is behind this Valuecap organisation? Why suddenly, this separate entity is allowed to access funds from the EPF? Are they capable enough to handle it or is it just another desperate and blind move? It has been a very infamous trend where the people's funds are channeled to a company for investment purposes and suddenly POP! the funds disappear and there is nobody to be held responsible but a RM2 shell company. Charge who? Sue whom? The RM2 company (just a registered name)? We have seen this many times. People in power and with connections allow such things to go through and reap/rob the people's wealth and then blame it on organisations which actually don't exist. What if a lot of EPF funds are looted via such scams and nobody is to be pointed at? Where will the government get the funds to replenish the EPF? The people are very bored, disappointed, angry and frustrated at seeing all these dumb and unaccounted for measures being allowed by the government with lame excuses. Please, somebody verify the true purpose, integrity and capability of anybody attempting to use the people's fund.

Raja Petra

Photobucket Ihsan dari blog Go!Malaysian http://gomalaysian.blogspot.com/

ANWAR IBRAHIM

A prosperous future is indivisible from a firm commitment to the principles of distributive justice, the rule of law and a profound respect for human rights.

Email Address:

justice4allmsia@yahoo.com

Archives

November 2008
M T W T F S S
« Oct    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Blog Stats

  • 117,126 hits
%d bloggers like this: