Justice For All Malaysia

Archive for the ‘economy’ Category

Sabtu, 1 November 2008 • SUARA KeADILan Online

TAHUKAH anda memberi subsidi kepada kerajaan antara 60 sehingga 72 sen setiap liter diesel atau petrol yang anda beli di stesen minyak.

Ini kerana harga yang anda bayar dipam adalah jauh lebih mahal daripada harga sebenar di loji penapis minyak.

Siasatan Suara Keadilan menunjukkan harga depot diesel di loji penapisan Tangga Batu, Melaka pada 24 Oktober 2008 adalah hanya RM1.78 se liter dan petrol kira-kira RM2.00 se liter.

Harga depot ini diperolehi dari sumber loji penapis minyak Petronas.

Harga di stesen minyak yang terpaksa dibayar oleh pengguna pula ialah RM2.20 seliter bagi diesel dan RM2.30 untuk petrol.

Kerajaan pula berkata harga yang dijual kepada rakyat sudah dimasukkan subsidi sebanyak 30 sen setiap liter.

Jika ini diambil kira maka harga depot yang telah diberikan subsidi sebanyak 30 sen bagi diesel sepatutnya RM1.48 bagi diesel dan RM1.70 pula bagi petrol.

Harga inilah yang sepatutnya dibayar oleh pengguna diesel dan petrol di negara ini bukannya seperti yang diumumkan kerajaan.

Ini juga bermakna pengguna telah terpedaya dengan membayar 72 sen lebih bagi setiap liter diesel dan 60 sen seliter bagi petrol.

Harga depot ialah harga minyak mentah yang telah diproses di loji penapisan dan ia mencerminkan harga sebenar produk yang dihasilkan dari proses penapisan di loji.

Harga depot yang diperolehi adalah berdasarkan harga minyak mentah dunia pada 24 Oktober 2008 iaitu USD64.15 setong (RM229.66 pada kadar nilai pertukaran RM3.58 bagi setiap USD1)

Malaysia mempunyai tiga loji penapis minyak – dua di Tangga Batu dan satu di Kerteh, Terengganu dengan kapasiti penapisan sebanyak 256,000 tong sehari (34,000 tan metrik) atau 47% daripada jumlah kapasiti keseluruhan yang sedia ada di negara ini.

Subsidi didefinasikan sebagai “wang yang dibayar oleh Kerajaan kepada pengeluar atau penjual sesuatu produk supaya harga runcit produk tersebut rendah berbanding kos sebenar atau harga pasaran. Subsidi merupakan bantuan untuk meringankan beban kepada pengguna.”

Apakah sebenarnya kerajaan bercakap benar apabila mengatakan harga bahan api yang dijual kepada rakyat adalah harga subsidi atau sebenarnya rakyat yang ditipu bulat-bulat?

Ahli Parlimen Shah Alam, Ir Khalid samad yang berkelulusan di dalam bidang kejuruteraan bahan api dan tenaga daripada University of Leeds, United Kingdom berkata jika dilihat daripada perbezaan harga di antara harga depot dan harga di stesen minyak besar kemungkinan kerajaan sebenarnya tidak memberi apa-apa subsidi seperti yang diwar-warkan kepada rakyat selama ini.

“Kerajaan perlu telus dan dedahkan kepada rakyat apakah kaedah dan mekanisma harga yang digunapakai untuk menentukan harga minyak supaya rakyat pun mampu menilai pendekatan yang diambil kerajaan.
“Melihat kepada harga yang terpaksa dibayar oleh pengguna berbanding harga sebenar bahan api saya berpendapat tidak ada sebarang subsidi diberikan oleh kerajaan,” jelas beliau.

Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya (2) PAS Selangor menyuarakan kebimbangan terhadap hujah yang digunakan oleh kerajaan untuk menjustifikasikan kenaikan harga diesel dan petrol.

“Dulu apabila harga minyak dipasaran dunia melambung naik tidak pula kerajaan bising bila mana pendapatan berlipat ganda tetapi sekarang dalam situasi harga minyak menurun kerajaan mula bising pendapatannya berkurangan.
“Sama ada bila harga minyak dunia naik ataupun turun rakyat yang akhirnya menjadi mangsa dan terpaksa menanggung beban,” tegas Khalid ketika dihubungi.

Beliau turut menyarankan agar kerajaan menurunkan setengah daripada harga diesel dan petrol masa kini berdasarkan penurunan lebih daripada 50 peratus harga pasaran dunia.

Ahli ekonomi kanan Bank Islam Malaysia Berhad, Azrul Azwar Ahmad Tajudin berpendapat sekiranya benar dakwaan kerajaan tidak memberi apa-apa subsidi kepada harga bahan api maka rakyatlah yang rugi kerana mereka tidak mendapat faedah yang sepatutnya dinikmati.

“Kalau kerajaan tetap mengatakan subsidi bahan api diberi sebanyak 30 sen se liter tidak pula kita melihat kesan kepada penurunan harga barangan keperluan dan perkhimatan.
“Malah apa yang kita lihat harga barangan pengguna dan perkhidmatan tetap tidak turun walaupun harga minyak sudah dipotong sebanyak tiga kali,” Azrul Azwar berkata.

Sebaliknya beliau mencadangkan supaya kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak 50 sen sekiranya ingin memberi impak yang berkesan dan bukannya berdikit-dikit seperti yang dilakukan sekarang.

Beliau juga berkata penurunan besar akan memberi kesan positif bukan sahaja kepada kerajaan malah juga pengguna.

“Sekarang kuasa pembeli agak lembab disebabkan tekanan kos barangan yang tinggi.
“Sekiranya kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak 50 sen ini akan menyebabkan harga barangan lain turun menurun dan keadaan ini akan menggalakkan pengguna berbelanja.
“Kerajaan pula akan mendapat hasil daripada cukai jualan dan ini sedikit sebanyak mampu menyumbang kepada pendapatan kerajaan,” jelasnya lagi.

Penganalisa ekonomi menjangka trend kejatuhan harga minyak di pasaran antarabangsa akan berterusan jatuh sehingga pertengahan November tahun ini.

50,000 contract civil servants face the axe
Muda Mohd Noor | Oct 23, 08 3:52pm
About 50,000 contract employees in the civil service are facing the possibility of being retrenched by the end of this year, according to the Congress of Union Employees in the Public and Civil Service (Cuepacs).

MCPX

Cuepacs president Omar Osman told Malaysiakini that the tenure of many contract employees have not been extended. The reasons for this are stated as being related to performance and productivity.

Asked if this was related to budget constraints, Osman said he believes there is no longer an allocation for such employees.

However, the Cuepacs president refused to accept this excuse as he is certain that the government can still afford the contract employees.

cuepacs omar osman 181007“The possibility of the retrenchment occurring due to the government having no allocation for contract based workers is there but this no reason for this to happen as I believe that the government can still maintain their employment,” he added.

Following this, Cuepacs is expected to meet with officials from the Civil Service Department (JPA) after the body’s congressional meeting on Nov 14 to 16 in Kota Kinabalu to seek explanation on the matter.

“Cuepacs will also meet with all contract-based civil servants from Kelantan on Nov 6 to gather more information on the matter,” he said, adding that meetings with civil servants from other states will follow suit.

Employment status changed to part timers

Omar also revealed that prior to learning about the matter, his side had held a meeting with JPA to discuss on ways to integrate contract-based civil servants into permanent staff but added that the idea would require approval and permission from their current employers.

He also learnt that some contract-based workers yet to receive their letter of termination have had their employment status changed to part-time employment.

civil servants 200404“Cuepacs feels that this is an act to smoothen the process of terminating their contracts in the future (as part of the retrenchment programme),” he said.

Omar added that civil servants affected by the programme have worked for the government for more than 15 years.

One of the ways to resolve the matter was to maintain their status as contract-based workers until their retirement age instead of having their employment status changed to a permanent status.

“Or the government can look for other mechanisms to deal with the matter so that these workers can have their employment maintained in their respective departments,” he said.

Kenyataan Media
22 Oktober 2008

Pinjaman KWSP Timbul Soal Pembaziran Dana Awam

Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan dana tambahan sebanyak RM5bilion kepada syarikat pengurusan dana milik kerajaan Valuecap Sdn Bhd dua hari yang lalu kononnya untuk mengelak kegawatan ekonomi.

Valuecap Sdn Bhd adalah milikan bersama oleh Kumpulan Wang Amanah Pekerja, Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd. Semalam Menteri Kewangan mengesahkan dana tambahan tersebut akan diperoleh melalui pinjaman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Kami melihat tindakan kerajaan ini sebenarnya langkah pelaburan yang tidak memberi kesan besar dalam pertumbuhan ekonomi negara tetapi timbul pula persoalan pembaziran dana awam dan ketidaktelusan dalam proses pelaburan yang hanya membantu segelintir sahaja yang telahpun berkemampuan.

Apakah wajar kerajaan menangani krisis ekonomi dengan menyalurkan RM5bilion kepada Valuecap Sdn Bhd melalui pinjaman KWSP, sehingga rakyat terpaksa menanggung risiko kerugian, sedangkan modal KNB dan PNB adalah jauh lebih kukuh malah bukan merupakan jaringan keselamatan sosial?

Bagaimanakah pula pinjaman RM5bilion tersebut dapat membawa pulangan sepertimana yang dijanjikan oleh Timbalan Perdana Menteri memandangkan dana tersebut semata-matanya untuk melindungi pelaburan oleh syarikat milik kerajaan (GLC)? Siapakah yang harus bertanggungjawab ke atas pinjaman ini jika mengalami kerugian kelak?

Hakikatnya kerajaan tidak seharusnya menggunakan lagi dana awam tersebut sewenang-wenangnya kerana menurut kajian syarikat insuran Prudential pada Ogos 2008, 40 peratus rakyat merasakan wang saraan tidak dapat lagi menanggung kos kehidupan mereka selepas bersara disebabkan oleh kadar inflasi yang melambung tinggi saban hari.

Selain itu, dana tambahan RM5bilion sebenarnya adalah jumlah yang amat sedikit jika dibandingkan dengan jumlah pasaran di Bursa Malaysia iaitu RM689.5bilion, maka suntikan dana tambahan ini tidak akan mempunyai kesan terhadap Bursa Malaysia sepertimana yang diwar-warkan oleh Menteri Kewangan.

Sebaliknya kerajaan harus memberi keutamaan ke atas program yang dapat memberi “multiplyer effect” dengan mengadakan pelan penstabilan ekonomi untuk membantu kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana, sepertimana disarankan oleh Institute of Strategic and International Studies (ISIS).(tamat)

SIVARASA RASIAH
Ahli Parlimen Subang
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat

Sebagaimana alat-alat dan jentera kerajaan yang lain, Bajet negara berperanan untuk menyatukan hati dan jiwa Rakyat dalam rangka mencapai aspirasi negara dalam suasana Rakyat yang berbilang ras dan agama.

Kejayaan Bajet Malaysia yang memainkan peranan tersebut bergantung keseluruhannya kepada mereka yang diamanahkan untuk menerbitkan Bajet negara.
Sekiranya para pemikir dan pengolah dasar adalah seutuhnya berorientasikan Rakyat ramai, maka Bajet yang terbit adalah menurut keperluan Rakyat ramai dan dilakasanakan sepenuhnya sedemikian juga.

Proses penerbitan Bajet semestinya telus, teliti dan mengambilkira sepenuhnya kepentingan dan keperluan Rakyat yang berbeza kehidupan mereka. Proses itu menuntut sekelian yang diamanahkan untuk memberi tumpuan dan meneliti keadaan Rakyat akar umbi dalam konteks ekonomi setempat, nasional dan global, sebelum penyempurnaan Bajet.

Tentunya banyak groundwork yang perlu difikir dan diamati sebelum proses mencatat bajet di atas kertas. Setiap ayat, bahkan setiap perkataan, mengandungi makna yang menginsafi tanggungjawab menunaikan hak Rakyat dalam erti kata yang sebenar.

Wajarlah sekiranya penyempurnaan Bajet Malaysia itu meninitiskan airmata dari kalangan mereka yang menyempurnakannya. Ia menggambarkan kehidupan setiap insan yang bergelar Rakyat Malaysia. Segala yang menjadi bebanan mereka tergambar dalam baris-baris ayat Bajet. Ia juga menerbitkan kesungguhan pemimpin untuk melaksanakan yang terbaik untuk Rakyat. Dengan sebab itu tiada timbul soal kebocoran, rasuah, pembaziran dan penyembunyian segala data dan maklumat tentang siapakah sebenarnya memperoleh manafaat terbesar dari Bajet, dari perspektif RMnya.

Tentunya Rakyat gusar bila para pemimpin berbelanja mengikut sesuka hati mereka – apa lagi dalam situasi kegawatan ekonomi global yang sedang memasuki fasa merudum (recession); tidak teliti dan boros, dan lebih parah bila mengambil wang Rakyat untuk kepentingan diri dengan pelbagai cara.

Rakyat perlu bangkit menentang penyelewengan, wewenangan dan sikap mengambil enteng perihal perbelanjaan beratus bilion RM wang Rakyat – seolah-olah duit itu datuk-datuk mereka yang empunya.

Bajet yang berjaya ialah bajet yang merapatkan jurang ekonomi, memberi keselesaan kepada Rakyat dan mendidik Rakyat untuk berakhlak dalam perbelanjaan. Bajet yang berjaya ialah Bajet yang mengajak Rakyat untuk bersama-sama berkorban demi kepentingan negara, merangsang berbuat baik, bersedekah dan mengambil berat masalah sosial dan kekurangan orang lain. Bajet ialah suatu alat “amar maaruf, nahi mungkar”, membasmi keburukan melonjakkan segala kebaikan dan mewujudkan harmoni dalam masyarakat serta menyatupadukan Rakyat.

Sungguh malang ia tidak dilihat begitu oleh kebanyakan pemimpin dan ahli Umno-BN.

Eurocopter: Kenapa beli lebih mahal?
Jimadie Shah Othman | Oct 20, 08 1:09pm
kemaskini 2:53pm Brazil membeli helikopter Eurocopter EC-725 dengan harga yang lebih murah RM82 juta sebuah, sedangkan Malaysia bakal membayar dengan harga RM193 juta, kata Angkatan Muda PKR hari ini.Dalam laporan polisnya, timbalan AMK Mohd Fariz Musa berkata perbezaan harga lebih sekali ganda itu harus dipertimbangkan untuk siasatan.

“Brazil telah menandatangani kontrak pembelian 50 buah helikopter Cougar yang bernilai US$1.2 bilion ataupun RM4 bilion. Manakala Malaysia pula telah menandatangani kontrak berjumlah RM2 bilion hanya untuk 12 buah helikopter Cougar,” katanya dalam laporan itu yang dibuat di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur tengah hari ini.

helicopter military eurocopter cougor ec 725 troop transporterPerbezaan harga antara dua negara ini bagi sebuah helikopter dengan model yang sama sebanyak RM111 juta atau RM1.2 bilion bagi kontrak membeli 12 buah unit, tambahnya.

“Persoalan timbul ialah ke mana perginya RM1.2 bilion ini dengan sewenang-wenangnya?” kata Mohd Fariz.

Kontroversi pembelian ini muncul selepas Mentari Services Sdn Bhd mempertikaikan tatacara perolehan helikopter tersebut minggu lalu dan isu yang sama dibangkitkan oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, Isnin lepas.

Pengerusi syarikat itu Kapt (B) Datuk Zahar Hashim mendakwa keputusan kementerian mengeluarkan surat hasrat (LOI) kepada Eurocopter “agak luar biasa dan bertentangan dengan prosedur yang telah diamalkan selama ini.”

Kementerian Pertahanan bagaimanapun menafikan perolehan helikopter Eurocopter Cougar EC-725 melalui proses yang meragukan dan luar kebiasaan seperti dakwaan sebuah syarikat baru-baru ini.

Dalam kenyataannya Jumaat lepas, ketua setiausaha kementerian itu Datuk Abu Bakar Abdullah menyatakan perolehan itu mengikut peraturan seperti ditetapkan, tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

Semalam, kabinet dilaporkan bersetuju Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) memperhalusi isu pembelian itu bagi menggantikan helikopter Nuri.

Katanya, sekalipun Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Abu Bakar Abdullah telah membuat kenyataan sebelum ini bahawa proses perolehan helikopter itu dilakukan mengikut peraturan dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak, namun

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, juga menteri kewangan sewaktu proses awal pengeluaran tender tersebut, berkata perkara itu tetap wajar dikaji secara mendalam oleh PAC.

“Dalam mesyuarat kabinet Jumaat lepas, saya mengusulkan supaya isu pembelian helikopter ini dikemukakan untuk dihalusi oleh PAC dan dikaji dengan mendalam oleh PAC dan PAC boleh membuat kesimpulan,” beliau dipetik sebagai berkata.

Fariz, yang membacakan laporan polis itu kepada media, turut mempersoalkan manfaat yang diperolehi Malaysia berbanding Brazil.

“Kontrak Brazil itu juga mewajibkan Eurocopter memindahkan teknologi ke kilang di Brazil dan ini juga mempunyai kesan positif dari segi pekerjaan yang akan ditambah,” katanya.

“Tetapi pembelian di Malaysia langsung tidak mempunyai sebarang asas timbal balik yang mendatangkan keuntungan buat Malaysia sama ada jangka pendek mahupun jangka panjang.”

Weak profit view hits stocks; Apple and Yahoo up late
By Kristina Cooke Kristina Cooke – 1 hr 41 mins ago

NEW YORK (Reuters) – Stocks skidded on Tuesday, as commodity shares fell on fears of a global recession and a rash of disappointing earnings heightened worries about the deteriorating profit picture.

Oil companies and miners weighed on the broader market as commodity prices slid and miner Freeport-McMoRan Copper & Gold’s profit dropped sharply. Freeport McMoran’s shares fell 10.8 percent.

With further signs that credit markets were starting to heal, investors’ attention turned to the dismal profit outlook.

Earnings disappointments were widespread. Tech bellwether Texas Instruments Inc warned of slowing sales for its widely used analog chips, while chemical company DuPont Co cut its full-year forecast.

“The push and pull right now is that on the one hand, credit markets seem to be easing up a bit, but on the other hand, every company is going to say in their earnings outlooks that the economy looks weak,” said Eric Kuby, chief investment officer at North Star Investment Management Corp in Chicago.

The Dow Jones industrial average fell 231.77 points, or 2.50 percent, to close at 9,033.66, while the Standard & Poor’s 500 Index shed 30.35 points, or 3.08 percent, to 955.05, just above its low for the day. The Nasdaq Composite Index dropped 73.35 points, or 4.14 percent, to 1,696.68, near its session low.

TECH RALLY AFTER THE BELL

Technology companies slid in the regular session, driving the Nasdaq down more than 4 percent, ahead of results from iPod maker Apple and Internet company Yahoo.

But after the closing bell the tone changed for tech companies.

Apple’s shares rose more than 3 percent after it said its quarterly profit rose 26 percent, though it gave an outlook for the current quarter well below Wall Street’s expectations.

And Yahoo shares rose more than 8 percent in after-hours trade despite the company’s posting of sharply lower profit.

CATERPILLAR AND DUPONT FALL

Caterpillar Inc, a maker of excavators and bulldozers, also missed profit expectations, sending its stock down 5.1 percent to $38.83.

Freeport, the world’s largest publicly traded copper producer, said quarterly profit fell by a third and would curtail planned mine expansions because of weaker metals prices and current economic conditions.

Shares of Freeport-McMoRan dropped 10.8 percent to $32.74, while the American Stock Exchange’s Gold BUGS index slid 9.7 percent. U.S. front-month crude declined $3.36, or 4.5 percent, to settle at $70.89 a barrel.

Texas Instruments shed 6.3 percent to $16.85, while shares of Dow component DuPont slid 8 percent to $33.28.

The gloomy corporate news underscored the severity of the fallout from the U.S. housing slump and the impact of the prolonged global credit crisis.

Even though there were further signs on Tuesday of a thawing of credit markets, investors feared the logjam has probably done damage to U.S. and world economic prospects.

On Nasdaq, shares of Apple Inc were a top drag, down 7.1 percent at $91.49. Yahoo’s shares fell 6.1 percent to $12.07.

But diversified manufacturer 3M Co bucked the trend — its stock climbed 4.4 percent to $60.04, lending support to the Dow, after the company posted a stronger-than-expected quarterly profit.

VOLATILITY AND LOW VOLUME

In volatile trading, the Dow swung 280.28 points from its intraday high of 9,284.55 to its session low at 9,004.27.

The Chicago Board Options Exchange Volatility Index, or VIX, known as Wall Street’s fear gauge, edged up 0.26 percent on Tuesday to 53.11 at the close. Last Thursday, the VIX hit a record intraday high at 81.17.

Trading on the New York Stock Exchange was the thinnest since September 24, with about 1.16 billion shares changing hands, below last year’s estimated daily average of roughly 1.90 billion, while on Nasdaq, about 2.19 billion shares traded, below last year’s daily average of 2.17 billion.

Declining stocks outnumbered advancing ones on the NYSE by slightly more than 2 to 1 and, on the Nasdaq, by about 3 to 1.

(Editing by Jan Paschal)

Gov’t guarantees bank deposits until Dec 2010
Oct 17, 08 8:18am

Malaysia has issued a guarantee for all bank deposits until December 2010, following the lead of several other nations in a measure to maintain the stability of its financial system.
These measures are pre-emptive and precautionary, since Malaysian financial institutions are well-capitalised with ample liquidity, and confidence of depositors remains intact,” the central bank said in a statement.

The move was announced late yesterday in tandem with a similar measure in Singapore and follows action to protect banks in Australia, Hong Kong, New Zealand and several European countries.

Bank Negara said that with immediate effect, the guarantee would cover all ringgit and foreign currency deposits with domestic and locally incorporated foreign banking institutions.

Insurance companies and takaful operators, which provide products that mimic insurance but comply with Islamic law, would also have access to the liquidity facility.

Bank Negara: More measures if necessary

The central bank said that if there was any further destabilising fallout from the global crisis, it would take additional measures to protect the financial system.

“In addition to ensuring adequate liquidity in the banking system at all times, (it) would also guarantee interbank obligations of banking institutions and facilitate efficient access to capital for banking institutions to maintain capital adequacy at target levels well above the minimum standards.”

Authorities around the world have been scrambling to shore up public confidence in the global financial system by nationalising banks, guaranteeing deposits and putting together massive bank bailout packages.

zeti akhtar with bank negara reportCentral bank governor Zeti Akhtar Aziz said this week that the Malaysian economy, which posted a strong performance in the second quarter, would not be severely affected by the US subprime crisis.

“I want to emphasize that … the impact on Malaysia would be less pronounced than what we experienced previously, because we are a more diversified economy and more importantly we have a stronger domestic economy (now),” she said.

S’pore sets aside US$101 bil

Singapore said it had set aside US$101 billion to guarantee all bank deposits in the city-state until the end of 2010, but insisted the banking system remained sound.

Singapore, like Hong Kong, is a regional financial centre and one Singapore-based bank, DBS, is Southeast Asia’s largest lender.

malaysia stock exchange market klse 141008 04″The government has decided to take precautionary action to avoid an erosion of banks’ deposit base and ensure a level international playing field for banks in Singapore,” the city-state’s authorities said.

Hong Kong on Tuesday said it would guarantee all bank deposits and set up an emergency capital fund for the city’s banking industry, but insisted the sector remained stable despite global turmoil.

Financial secretary John Tsang said that retail deposits in the Chinese territory would be fully guaranteed until 2010, following similar moves by other governments.

European Union nations have already committed more than US$2.4 trillion to fighting the crisis by buying bank shares and providing loan guarantees to keep credit markets moving.

The United States has a US$700 billion rescue plan, and Washington announced on Tuesday that US$250 billion from that would be used to take stakes in nine major banks.

Tuan Yang di-Pertua: Saya persilakan Yang Berhormat Permatang Pauh untuk
memulakan perbahasan.
11.31 pg.
Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Assalamualaikum warahmatullah
hiwabarakatuh, salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya mengucapkan rasa hormat
kepada Tuan Yang di-Pertua memberi kesempatan berbahas di hadapan Tuan Yang di-Pertua
yang saya kenal sebagai orang yang pendekar dan petah berbicara, berbahas sendiri.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)
mempengerusikan Mesyuarat]
Saya juga ingin menyatakan penghargaan kepada bekas Menteri Kewangan, Perdana
Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana membentangkan Belanjawan Negara bulan
lalu. Meskipun terdapat perbezaan dasar yang ketara di antara kami dalam Pakatan Rakyat dan
Perdana Menteri, bekas Menteri Kewangan, saya ingin melahirkan rasa hormat dan menghargai
usaha beliau sehingga dapat membentangkan satu belanjawan dalam keadaan krisis yang besar
yang hampir melanda pada ketika itu.
Hanya setelah setengah purnama berlalu, keadaan negara bertambah meruncing.
Keadaan dianggap sudah sampai ke tahap parah. Persoalan yang pertama yang harus kita
bahaskan, adakah wajar untuk kita meneruskan perbahasan tentang satu belanjawan yang
sudah ketinggalan melihat kepada unjuran, akta, data, satu setengah purnama yang lalu dengan
keadaan sekarang. Apakah wajar Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini
diminta untuk terus berbahas satu belanjawan yang sudah tidak realistik, tidak menepati fakta
dan tidak mampu mengangkat ekonomi dan menyelamatkan negara kita dari kemelut ekonomi
yang kian meruncing.
Saya hargai usaha menteri dan negara, Perbendaharaan, Unit Perancang Ekonomi yang
bekerja bertungkus-lumus menyediakannya. Akan tetapi mereka juga arif dan tahu benar bahawa
DR. 13.10.2008
28
kenyataan dan kegawatan sekarang sudah jauh berbeza. Ini bukan sahaja akibat dari krisis
kewangan bermula dari masalah sub prima yang menelan hampir USD1 trilion. Pasaran kredit
hampir lumpuh, ia bukan sahaja melibatkan industri kewangan besar tetapi telah mengancam
kekuatan industri kewangan dan syarikat kewangan paling besar di dunia, Freddie Mac, Fannie
Mae, Lehman Brothers, Meryll Lynch dan juga AIG yang dianggap satu kekuatan induk dalam
institusi kewangan…

Sila meneruskan bacaan mengenai perbahasan disini:
Perbahasan Bajet 2009, Dewan Rakyat, mula sambungan dari muka surat 28

Perbahasan Bajet 2009, 14 Oktober, bermula dari muka surat 29


Must Attend Program

Please go to this link: https://justice4allkuantan.wordpress.com/2008/10/25/invitation-public-forum-the-isa-and-the-police-reform-process-whats-next-after-pak-lah/
To sin by silence when we should protest makes cowards of people - Emily Cox

Siphoning EPF money

On 'Why should Valuecap borrow from EPF?' Syed Shahir Syed Mohamud: MTUC condemns the government's move to bail out Valuecap to support the local stock market using RM5 billion from EPF, as the provident fund is the custodian of the workers' money and not some sort of ‘automated teller machine' for the government.
If at all the EPF were to lend its money to the government, it has to be under the condition that there be transparency and accountability in the activities for which the money has been purposed. We want to know who is doing what with the money that belongs to the workers. This is the hard-earned money of the workers, their retirement plan. How is this bailout plan going to benefit the workers? We also question the reason for this bailout. If the economic fundamentals in Malaysia are strong and reserves sufficient as has been stated several times by the government, then why is there a need to offer so much money to the GLCs? Second Finance Minister Nor Mohamed Yakcop should prove how the EPF would profit from this loan. Bernama had reported that Nor had given the assurance that the loan given out by EPF would reap profits for the fund judging from Valuecap's past performance. But where is the paperwork and calculations to show that this move will benefit the EPF? MTUC is concerned that the loan might be mismanaged or misused and this, in turn, would affect the returns for the contributors. Mere assurances are not enough. We want to proof that this RM5 billion will not go down the drain. (The writer is president, MTUC). Sharyn: The government wants to use our pension money to prop up the Malaysian stock market which is the playing field of the rich people. If so, the government must ensure that the EPF account holders - who are predominantly the poor to average citizens of Malaysia - be guaranteed all of our pension money with a compound 8% growth (interest). It's so selfish and sick of the government to use the poor's pension money to help the rich to make more money with all the risks taken by the poor/average citizen. We can better use the RM% billion loans to Valuecap for our children's education, shelter, medical bills etc. Why not get those rich people to prop up the share market instead? Why should they park their money overseas and gamble with our EPF money instead? Kumar14: Who is behind this Valuecap organisation? Why suddenly, this separate entity is allowed to access funds from the EPF? Are they capable enough to handle it or is it just another desperate and blind move? It has been a very infamous trend where the people's funds are channeled to a company for investment purposes and suddenly POP! the funds disappear and there is nobody to be held responsible but a RM2 shell company. Charge who? Sue whom? The RM2 company (just a registered name)? We have seen this many times. People in power and with connections allow such things to go through and reap/rob the people's wealth and then blame it on organisations which actually don't exist. What if a lot of EPF funds are looted via such scams and nobody is to be pointed at? Where will the government get the funds to replenish the EPF? The people are very bored, disappointed, angry and frustrated at seeing all these dumb and unaccounted for measures being allowed by the government with lame excuses. Please, somebody verify the true purpose, integrity and capability of anybody attempting to use the people's fund.

Raja Petra

Photobucket Ihsan dari blog Go!Malaysian http://gomalaysian.blogspot.com/

ANWAR IBRAHIM

A prosperous future is indivisible from a firm commitment to the principles of distributive justice, the rule of law and a profound respect for human rights.

Email Address:

justice4allmsia@yahoo.com

Archives

May 2017
M T W T F S S
« Nov    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Blog Stats

  • 117,390 hits