Justice For All Malaysia

Archive for the ‘Pakatan Rakyat’ Category

Sabtu, 1 November 2008 • SUARA KeADILan Online

TAHUKAH anda memberi subsidi kepada kerajaan antara 60 sehingga 72 sen setiap liter diesel atau petrol yang anda beli di stesen minyak.

Ini kerana harga yang anda bayar dipam adalah jauh lebih mahal daripada harga sebenar di loji penapis minyak.

Siasatan Suara Keadilan menunjukkan harga depot diesel di loji penapisan Tangga Batu, Melaka pada 24 Oktober 2008 adalah hanya RM1.78 se liter dan petrol kira-kira RM2.00 se liter.

Harga depot ini diperolehi dari sumber loji penapis minyak Petronas.

Harga di stesen minyak yang terpaksa dibayar oleh pengguna pula ialah RM2.20 seliter bagi diesel dan RM2.30 untuk petrol.

Kerajaan pula berkata harga yang dijual kepada rakyat sudah dimasukkan subsidi sebanyak 30 sen setiap liter.

Jika ini diambil kira maka harga depot yang telah diberikan subsidi sebanyak 30 sen bagi diesel sepatutnya RM1.48 bagi diesel dan RM1.70 pula bagi petrol.

Harga inilah yang sepatutnya dibayar oleh pengguna diesel dan petrol di negara ini bukannya seperti yang diumumkan kerajaan.

Ini juga bermakna pengguna telah terpedaya dengan membayar 72 sen lebih bagi setiap liter diesel dan 60 sen seliter bagi petrol.

Harga depot ialah harga minyak mentah yang telah diproses di loji penapisan dan ia mencerminkan harga sebenar produk yang dihasilkan dari proses penapisan di loji.

Harga depot yang diperolehi adalah berdasarkan harga minyak mentah dunia pada 24 Oktober 2008 iaitu USD64.15 setong (RM229.66 pada kadar nilai pertukaran RM3.58 bagi setiap USD1)

Malaysia mempunyai tiga loji penapis minyak – dua di Tangga Batu dan satu di Kerteh, Terengganu dengan kapasiti penapisan sebanyak 256,000 tong sehari (34,000 tan metrik) atau 47% daripada jumlah kapasiti keseluruhan yang sedia ada di negara ini.

Subsidi didefinasikan sebagai “wang yang dibayar oleh Kerajaan kepada pengeluar atau penjual sesuatu produk supaya harga runcit produk tersebut rendah berbanding kos sebenar atau harga pasaran. Subsidi merupakan bantuan untuk meringankan beban kepada pengguna.”

Apakah sebenarnya kerajaan bercakap benar apabila mengatakan harga bahan api yang dijual kepada rakyat adalah harga subsidi atau sebenarnya rakyat yang ditipu bulat-bulat?

Ahli Parlimen Shah Alam, Ir Khalid samad yang berkelulusan di dalam bidang kejuruteraan bahan api dan tenaga daripada University of Leeds, United Kingdom berkata jika dilihat daripada perbezaan harga di antara harga depot dan harga di stesen minyak besar kemungkinan kerajaan sebenarnya tidak memberi apa-apa subsidi seperti yang diwar-warkan kepada rakyat selama ini.

“Kerajaan perlu telus dan dedahkan kepada rakyat apakah kaedah dan mekanisma harga yang digunapakai untuk menentukan harga minyak supaya rakyat pun mampu menilai pendekatan yang diambil kerajaan.
“Melihat kepada harga yang terpaksa dibayar oleh pengguna berbanding harga sebenar bahan api saya berpendapat tidak ada sebarang subsidi diberikan oleh kerajaan,” jelas beliau.

Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya (2) PAS Selangor menyuarakan kebimbangan terhadap hujah yang digunakan oleh kerajaan untuk menjustifikasikan kenaikan harga diesel dan petrol.

“Dulu apabila harga minyak dipasaran dunia melambung naik tidak pula kerajaan bising bila mana pendapatan berlipat ganda tetapi sekarang dalam situasi harga minyak menurun kerajaan mula bising pendapatannya berkurangan.
“Sama ada bila harga minyak dunia naik ataupun turun rakyat yang akhirnya menjadi mangsa dan terpaksa menanggung beban,” tegas Khalid ketika dihubungi.

Beliau turut menyarankan agar kerajaan menurunkan setengah daripada harga diesel dan petrol masa kini berdasarkan penurunan lebih daripada 50 peratus harga pasaran dunia.

Ahli ekonomi kanan Bank Islam Malaysia Berhad, Azrul Azwar Ahmad Tajudin berpendapat sekiranya benar dakwaan kerajaan tidak memberi apa-apa subsidi kepada harga bahan api maka rakyatlah yang rugi kerana mereka tidak mendapat faedah yang sepatutnya dinikmati.

“Kalau kerajaan tetap mengatakan subsidi bahan api diberi sebanyak 30 sen se liter tidak pula kita melihat kesan kepada penurunan harga barangan keperluan dan perkhimatan.
“Malah apa yang kita lihat harga barangan pengguna dan perkhidmatan tetap tidak turun walaupun harga minyak sudah dipotong sebanyak tiga kali,” Azrul Azwar berkata.

Sebaliknya beliau mencadangkan supaya kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak 50 sen sekiranya ingin memberi impak yang berkesan dan bukannya berdikit-dikit seperti yang dilakukan sekarang.

Beliau juga berkata penurunan besar akan memberi kesan positif bukan sahaja kepada kerajaan malah juga pengguna.

“Sekarang kuasa pembeli agak lembab disebabkan tekanan kos barangan yang tinggi.
“Sekiranya kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak 50 sen ini akan menyebabkan harga barangan lain turun menurun dan keadaan ini akan menggalakkan pengguna berbelanja.
“Kerajaan pula akan mendapat hasil daripada cukai jualan dan ini sedikit sebanyak mampu menyumbang kepada pendapatan kerajaan,” jelasnya lagi.

Penganalisa ekonomi menjangka trend kejatuhan harga minyak di pasaran antarabangsa akan berterusan jatuh sehingga pertengahan November tahun ini.

Advertisements

Kenyataan Akhbar Sekretariat Pakatan
20 Oktober 2008

Utusan Malaysia Mempromosikan Keganasan

Pakatan Rakyat mengecam tindakan akhbar harian Utusan Malaysia kerana menyiarkan sebuah cerpen yang mempromosikan keganasan dan mengapi-apikan sentimen perkauman baru-baru ini.

Dalam sebuah cerpen yang bertajuk “Politik Baru YBJ” tulisan Datuk Chamil Wariya yang terbit di Mingguan Malaysia minggu lepas mengisahkan mengenai perjalanan ahli parlimen Alam Maya, Josephine untuk menghadiri dialog dengan “generasi muda seketurunan dengannya yang pernah mempersendakan lagu Negaraku sewaktu menuntut di luar negara”.

Cerpen tersebut mengambarkan Josephine sebagai pro-Cina dan tidak mewakili pelbagai kaum, terutamanya oleh Parti Orang Melayu (POM). Akhirnya beliau ditembak mati oleh orang yang tidak dikenali atas sebab beliau “adalah ancaman terhadap keharmonian. Lebih baik riwayatnya ditamatkan supaya masyarakat berbilang kaum boleh tinggal aman damai di negara bertuah ini”.

Pakatan Rakyat melihat cerpen yang bersifat “character assassination” ini secara jelas ditujukan kepada Ahli Parlimen DAP, YB Teresa Kok yang ditahan dibawah ISA baru-baru ini.

Cerpen yang disiarkan di dalam akhbar milikan Umno tersebut adalah usaha berterusan Umno untuk menjadikan Exco Kerajaan Negeri Selangor itu sebagai sasaran untuk memecah-belahkan Pakatan Rakyat dan menimbulkan ketegangan di antara kaum.

Utusan Malaysia telah diboikot oleh Pakatan Rakyat sejak bulan Jun tahun ini atas sebab pelaporannya yang bias dan sering mempermainkan isu perkauman. Namun kini Utusan Malaysia bukan sahaja menyebarkan kebencian sesama kaum, tetapi sehingga ke tahap menggalakkan keganasan melalui karya cerpen. Ini merupakan perkembangan yang amat membimbangkan.

Pakatan Rakyat menegaskan bahawa kebebasan untuk berkarya harus selari dengan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama iaitu tanpa menggugat perpaduan dan keharmonian kaum di negara ini.

Kami dengan ini mendesak agar Utusan Malaysia memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana menyiarkan cerpen yang membuat provokasi berbaur perkauman. Maka kami menyeru agar masyarakat umum memboikot Utusan Malaysia sehingga media arus perdana tersebut berhenti daripada mempermainkan isu ini..

YB. Dr Hatta Ramli               YB Tian Chua            YB Anthony Loke
Bendahari Agung PAS     Ketua Penerangan PKR    Ketua Pemuda DAP

Tuan Yang di-Pertua: Saya persilakan Yang Berhormat Permatang Pauh untuk
memulakan perbahasan.
11.31 pg.
Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Assalamualaikum warahmatullah
hiwabarakatuh, salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya mengucapkan rasa hormat
kepada Tuan Yang di-Pertua memberi kesempatan berbahas di hadapan Tuan Yang di-Pertua
yang saya kenal sebagai orang yang pendekar dan petah berbicara, berbahas sendiri.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)
mempengerusikan Mesyuarat]
Saya juga ingin menyatakan penghargaan kepada bekas Menteri Kewangan, Perdana
Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana membentangkan Belanjawan Negara bulan
lalu. Meskipun terdapat perbezaan dasar yang ketara di antara kami dalam Pakatan Rakyat dan
Perdana Menteri, bekas Menteri Kewangan, saya ingin melahirkan rasa hormat dan menghargai
usaha beliau sehingga dapat membentangkan satu belanjawan dalam keadaan krisis yang besar
yang hampir melanda pada ketika itu.
Hanya setelah setengah purnama berlalu, keadaan negara bertambah meruncing.
Keadaan dianggap sudah sampai ke tahap parah. Persoalan yang pertama yang harus kita
bahaskan, adakah wajar untuk kita meneruskan perbahasan tentang satu belanjawan yang
sudah ketinggalan melihat kepada unjuran, akta, data, satu setengah purnama yang lalu dengan
keadaan sekarang. Apakah wajar Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini
diminta untuk terus berbahas satu belanjawan yang sudah tidak realistik, tidak menepati fakta
dan tidak mampu mengangkat ekonomi dan menyelamatkan negara kita dari kemelut ekonomi
yang kian meruncing.
Saya hargai usaha menteri dan negara, Perbendaharaan, Unit Perancang Ekonomi yang
bekerja bertungkus-lumus menyediakannya. Akan tetapi mereka juga arif dan tahu benar bahawa
DR. 13.10.2008
28
kenyataan dan kegawatan sekarang sudah jauh berbeza. Ini bukan sahaja akibat dari krisis
kewangan bermula dari masalah sub prima yang menelan hampir USD1 trilion. Pasaran kredit
hampir lumpuh, ia bukan sahaja melibatkan industri kewangan besar tetapi telah mengancam
kekuatan industri kewangan dan syarikat kewangan paling besar di dunia, Freddie Mac, Fannie
Mae, Lehman Brothers, Meryll Lynch dan juga AIG yang dianggap satu kekuatan induk dalam
institusi kewangan…

Sila meneruskan bacaan mengenai perbahasan disini:
Perbahasan Bajet 2009, Dewan Rakyat, mula sambungan dari muka surat 28

Perbahasan Bajet 2009, 14 Oktober, bermula dari muka surat 29

PAS beralih angin – kini yakin ’16 Sept’
Jimadie Shah Othman | Oct 14, 08 6:00pm
dikemaskini 6:44pm PAS akhirnya yakin sepenuhnya dengan “projek 16 September” Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menghantar lima pemimpin berprofil tinggi parti itu menyertai mesyuarat pembentukan kerajaan baru dengan PKR dan DAP.

Keputusan biro politik parti itu minggu lalu telah pun direstui  mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu bersama ahli-ahli parlimennya kelmarin.

Selain Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pemimpin kanan yang diberikan mandat untuk mengetuai delegasi parti itu termasuklah timbalannya Nasharudin Mat Isa, dua naib presiden Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu serta setiausaha agung Datuk Kamarudin Jaffar.

Selain dikritik akibat berunding dengan Umno, Nasharudin sebelum ini tidak pernah dilaporkan terlibat rundingan bersama Pakatan Rakyat, manakala Mohamad menyatakan keraguannya berhubung rancangan penasihat PKR itu.

hadi awang nasharuddin mat isa mat sabu and anwar pas pkrAbdul Hadi pula, walaupun pernah menyertai mesyuarat peringkat tertinggi pemimpin PKR dan DAP, dianggap menolak projek perubahan kerajaan Anwar – asalnya diuar-uarkan menjelang 16 September – selepas berkata beliau enggan menjadi “ahli politik Mat Jenin” apabila mengulas kemungkinan beliau dicadangkan sebagai perdana menteri apabila Pakatan mengambil alih kuasa persekutuan.

Rundingan dengan Pakatan sebelum ini didominasi golongan pro-kerjasama dengan Pakatan seperti Husam, Kamaruddin, ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub dan bendahari Dr Mohd Hatta Ramli.

Beberapa pemimpin PAS yang dihubungi Malaysiakini berkata, keputusan menghantar lima pemimpin berprofil tinggi parti dibuat kerana perbincangan ke arah pembentukan kerajaan baru “sampai ke tahap lebih tinggi” yang melibatkan perbincangan dasar-dasar dan persediaan membentuk jemaah menteri.

Salahuddin berkata, keputusan menghantar pemimpin kanan itu dibuat kerana usaha menumbangkan kerajaan BN sudah “sampai ke tahap akhir” dan “setiap tindakan memerlukan keputusan segera”.

“Dulu, kita lebih kepada (hal-hal) teknikal seperti (menyusun) agenda bertindak… boleh katakan sekretariat. Sekarang kita berada pada tingkat lebih tinggi yang memerlukan perbincangan tentang dasar-dasar politik,” katanya.

Dalam mesyuarat Ahad lalu, menurutnya lagi, perbahasan tentang delegasi lima pemimpin tertinggi PAS berlangsung dengan “sangat positif” dan mesyuarat bersetuju sebulat suara menerima mereka.

Suasana perbincangannya digambarkan sebagai “berterus-terang” dan dalam keadaan “bebas mengeluarkan pandangan”.

nik aziz and mustafa ali and pasBarisan pemimpin atasan PAS sebelum terbelah dua berhubung isu pertukaran kerajaan persekutuan, khususnya antara Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan pesuruhjaya PAS Terengganu dan juga ahli strategi parti Datuk Mustafa Ali, menjelang 16 September lepas.

Mohamad, yang pernah berkata “PAS bersikap tunggu dan lihat terhadap 16 Septermber”, berkata beliau menerima keputusan itu.

“Itu keputusan parti, saya terima,” katanya, yang hadir di mesyuarat itu, kepada Malaysiakini hari ini.

Ditanya sebab kelima-lima pemimpin berprofil tinggi itu, beliau berkata: “Hendak pilih lima orang, kita pilih limalah. Kalau enam, kita pilih enamlah. Kalau lapan, kita pilih lapanlah.”

Husam – disebut-sebut sebagai penggerak utama dalam PAS yang mendukung usaha Anwar – pula menyifatkan barisan pemimpin tertinggi yang dipilih itu “bukan wakil baru”, “tidak ada perubahan” dan “tidak berbangkit”.

“Saya ingat salah faham. Tiada yang istimewa,” katanya, mengulas keputusan dalam mesyuarat biro politik parti itu minggu lalu.

Sementara itu, timbalan pesuruhjaya II PAS Selangor, Khalid Samad yang dikatakan pihak pertama mencadangkan idea menghantar pimpinan utama PAS berkata “semua khilaf dan salah faham sudah selesai”.

anwar ibrahim hadi awang nik aziz meeting 230908“Sebelum ini mungkin ada yang tidak nampak bangunan Parlimen. Sekarang tidak ada khilaf lagi,” katanya, yang menganggotai biro politik PAS, hari ini.

Khalid bagaimanapun mendakwa khilaf yang dimaksudkan itu hanya di peringkat teknikal akibat sumber-sumber maklumat yang berbeza antara pemimpin parti.

“Tetapi akhirnya, dengan semua sumber itu, semuanya saling melengkapi,” katanya, yang juga ahli parlimen Shah Alam.

Tambahnya, salah faham dalam parti itu mula reda hasil pertemuan Nik Abdul Aziz, Abdul Hadi dengan Anwar di Kota Bharu hujung bulan lalu (foto atas, kiri).

KUALA LUMPUR, 8 OKTOBER 2008

Sinar Harian telah secara salah melaporkan kenyataan saya yang dibuat pada 7hb Oktober di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta. Laporan Sinar Harian tersebut menyatakan bahawa saya percaya Datuk Seri Najib Tun Razak mampu mendapat sokongan yang lebih dalam menguruskan ekonomi dan membersihkan negara ini daripada amalan rasuah.

Ini adalah tidak benar. Laporan tersebut jelas memutar belitkan kenyataan saya yang dibuat pada 7hb Oktober berkenaan proses peralihan kuasa dalam UMNO.

Sebaliknya saya yakin sekiranya Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, negara ini akan terjerumus ke dalam bencana yang besar.

Datuk Seri Najib Tun Razak secara jelas menyatakan beliau sebagai Menteri Kewangan akan meneruskan agenda ekonomi pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi. Kenyataan beliau bahawa Malaysia tidak akan terkesan dengan perkembangan krisis ekonomi dunia sangat membimbangkan dan mempamerkan kegagalan beliau untuk menangani cabaran yang akan dihadapi oleh negara kita pada masa hadapan.

Beliau juga tidak menunjukkan komitmen untuk memastikan Agenda Perubahan berlaku demi memulihkan keyakinan rakyat terhadap Badan Kehakiman dan bertindak memerangi rasuah. Sedangkan pada Pilihanraya Umum 8 Mac 2008 dan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh tempoh hari, rakyat menyuarakan hasrat mereka agar Agenda Perubahan menjadi keutamaan dan direalisasikan dengan segera.

Rakyat Malaysia bimbang di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, undang-undang kuku besi seperti penggunaan ISA akan diteruskan dan sendi-sendi demokratik akan dilumpuhkan.

Selain itu beberapa persoalan yang belum terjawab seperti tuduhan penglibatan Datuk Seri Najib Tun Razak di dalam komisen yang diperolehi hasil pembelian peralatan tentera dari Perancis dan Russia serta pembunuhan wanita Mongolia; Altantuya Shaariibuu, menggugat serta melemahkan kedudukannya di dalam kerajaan.

Pemimpin sebegini akan mencemarkan reputasi Malaysia di kacamata masyarakat antarabangsa dan sekaligus akan memberikan kesan negatif dalam membentuk tanggapan pelabur-pelabur asing terhadap Malaysia.

Saya mohon agar Sinar Harian segera menyiarkan pembetulan dan lebih bertanggung-jawab untuk melaporkan sebarang berita dengan benar dan tepat pada masa hadapan.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
KETUA UMUM KEADILAN

Anwar urges patience in bid to remove gov’t
Sep 24, 08 1:22pm
Opposition Leader Anwar Ibrahim today defended his failure to topple the government a week after claiming he had enough support to seize power, and asked Malaysians to be patient.

MCPX

anwar ibrahim hearing 240908 05Anwar said removing the ruling coalition which has dominated Malaysian politics for half a century was an enormous task and that he wanted to do it smoothly and within the law.

“I appeal to Malaysian citizens, particularly those who want to see a change, to understand this and be a bit more patient because we do not want to transgress the constitution, rules and procedures,” he told a press conference.

“It will take a lot of patience, a lot of resolve, to try and unravel this complex web controlled by a few cronies,” he said.

Anwar said last week he had the support of more than 31 lawmakers from the Barisan Nasional coalition and called on Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi to agree to negotiations on a handover of power.

Abdullah refused and rejected a request for an emergency session of parliament for the opposition to mount a vote of no confidence against him.

PKR information chief Tian Chua said yesterday the opposition had begun handover talks with the government, with several meetings between intermediaries taking place since the weekend.

Abdullah said there were no such talks and Anwar said Wednesday he was “not aware” of any discussion on a political transition.

But he said he had written to the king to inform him of his actions so far, although he was not yet seeking an audience with the monarch, who would need to approve any change in government.

‘If they think I’m a liar, put it to test’

Anwar dismissed the premier’s claims that he was merely bluffing about the defectors, whose names he has refused to release.

anwar ibrahim hearing 240908 07“If they think I’m a liar, put it to the test and have a vote taken,” he said.

Parliament resumes on Oct 13 after a break for the Muslim fasting month of Ramadan but even then the opposition faces procedural barriers to mounting a no-confidence vote.

Anwar faces a trial on sodomy allegations – the same charge that saw the former deputy premier sacked and jailed a decade ago.

On Wednesday, his lawyers argued against an application to move the case to the High Court.

“The prosecution is trying very hard to transfer the case to the High Court so it will be heard by a judge decided by them,” Anwar said after a hearing at the Sessions Court which reserved its judgement to Oct 7.

– AFP

The ball is back in Pakatan’s court
Beh Lih Yi | Sep 22, 08 6:48pm Malaysiakini.com
Pakatan Rakyat would not seek help from the Parliament speaker on its request to convene a special meeting to debate a no-confidence vote against Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi as the political impasse continues.

MCPX

johari abdulContacted today, Pakatan secretariat member and PKR Sungai Petani MP Johari Abdul said the opposition alliance would not seek Speaker Pandikar Amin Mulia’s help to break the deadlock.

He said this is because the power to call for a special meeting when the Parliament is not session only lies with the premier under the parliamentary standing orders.

“Since we have given the prime minister until tomorrow to respond, let’s wait till tomorrow is over and we will decide on our next course of action,” he said when contacted today.

Pakatan however is holding its cards close to its chest as Johari, when asked on the next course of action, only replied: “It is in the pipeline.”

The PKR MP insisted that there should be a written reply from Abdullah as the special meet was clearly requested by Pakatan in the letter sent to the prime minister earlier.

No letter to king yet

anwar and pak lahOpposition Leader Anwar Ibrahim, on the other hand, has conspicuously skipped all his public functions in his constituency in Permatang Pauh, Penang over the weekend.

His wife, PKR president Dr Wan Azizah Wan Ismail, who replaced him at the functions, reportedly said that Anwar was occupied with meetings with BN MPs since more of them ‘were keen to cross over’.

Abdullah rejected the special meeting last Thursday, saying that he did not see the need to do so since Parliament will resume on Oct 13 after the Ramadhan and Hari Raya break.

agong power in the change of government  220908Pakatan has given the premier up to tomorrow to respond to its request failing which, it does not rule out the possibility of seeking an audience with the King on the matter.

The opposition alliance has consistently claimed it has obtained sufficient number of BN lawmakers to defect to Pakatan in order to topple the BN-led federal government.

However, it missed its self-imposed deadline on Sept 16 to topple the government and cited the reason that they wanted to meet with Abdullah to discuss a ‘peaceful transition of power’ first.

Abdullah nevertheless has rejected Anwar’s claim, describing it as mere “political lies”.

Meanwhile, Johari also clarified that Pakatan has not sent any letter to the King seeking an audience as reportedly said by a PAS leader in Penang over the weekend.

“I can confirm there is no letter sent yet,” said the Pakatan secretariat member.


Must Attend Program

Please go to this link: https://justice4allkuantan.wordpress.com/2008/10/25/invitation-public-forum-the-isa-and-the-police-reform-process-whats-next-after-pak-lah/
To sin by silence when we should protest makes cowards of people - Emily Cox

Siphoning EPF money

On 'Why should Valuecap borrow from EPF?' Syed Shahir Syed Mohamud: MTUC condemns the government's move to bail out Valuecap to support the local stock market using RM5 billion from EPF, as the provident fund is the custodian of the workers' money and not some sort of ‘automated teller machine' for the government.
If at all the EPF were to lend its money to the government, it has to be under the condition that there be transparency and accountability in the activities for which the money has been purposed. We want to know who is doing what with the money that belongs to the workers. This is the hard-earned money of the workers, their retirement plan. How is this bailout plan going to benefit the workers? We also question the reason for this bailout. If the economic fundamentals in Malaysia are strong and reserves sufficient as has been stated several times by the government, then why is there a need to offer so much money to the GLCs? Second Finance Minister Nor Mohamed Yakcop should prove how the EPF would profit from this loan. Bernama had reported that Nor had given the assurance that the loan given out by EPF would reap profits for the fund judging from Valuecap's past performance. But where is the paperwork and calculations to show that this move will benefit the EPF? MTUC is concerned that the loan might be mismanaged or misused and this, in turn, would affect the returns for the contributors. Mere assurances are not enough. We want to proof that this RM5 billion will not go down the drain. (The writer is president, MTUC). Sharyn: The government wants to use our pension money to prop up the Malaysian stock market which is the playing field of the rich people. If so, the government must ensure that the EPF account holders - who are predominantly the poor to average citizens of Malaysia - be guaranteed all of our pension money with a compound 8% growth (interest). It's so selfish and sick of the government to use the poor's pension money to help the rich to make more money with all the risks taken by the poor/average citizen. We can better use the RM% billion loans to Valuecap for our children's education, shelter, medical bills etc. Why not get those rich people to prop up the share market instead? Why should they park their money overseas and gamble with our EPF money instead? Kumar14: Who is behind this Valuecap organisation? Why suddenly, this separate entity is allowed to access funds from the EPF? Are they capable enough to handle it or is it just another desperate and blind move? It has been a very infamous trend where the people's funds are channeled to a company for investment purposes and suddenly POP! the funds disappear and there is nobody to be held responsible but a RM2 shell company. Charge who? Sue whom? The RM2 company (just a registered name)? We have seen this many times. People in power and with connections allow such things to go through and reap/rob the people's wealth and then blame it on organisations which actually don't exist. What if a lot of EPF funds are looted via such scams and nobody is to be pointed at? Where will the government get the funds to replenish the EPF? The people are very bored, disappointed, angry and frustrated at seeing all these dumb and unaccounted for measures being allowed by the government with lame excuses. Please, somebody verify the true purpose, integrity and capability of anybody attempting to use the people's fund.

Raja Petra

Photobucket Ihsan dari blog Go!Malaysian http://gomalaysian.blogspot.com/

ANWAR IBRAHIM

A prosperous future is indivisible from a firm commitment to the principles of distributive justice, the rule of law and a profound respect for human rights.

Email Address:

justice4allmsia@yahoo.com

Archives

November 2017
M T W T F S S
« Nov    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Blog Stats

  • 117,598 hits