Justice For All Malaysia

The YBs

Photobucket

KENYATAAN MEDIA: KETUA WANITA KEADILAN

Siaran Media
8 Ogos 2008
Ahli Parlimen Ampang, merangkap Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat YB Zuraida Kamaruddin melahirkan rasa kesal terhadap ancaman seks yang terpaksa dihadapi oleh kaum wanita Penan di Sarawak.

Walaupun Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mengambil langkah untuk membela mangsa penderaan seks ini.Namun ia dianggap satu tindakan yang ‘terlewat’ dan ‘populis’ semata-mata kerana tindakan hanya dibuat setelah isu ini sudah tersiar di dada akhbar. Sedangkan kes rogol wanita Penan yang berumur 12 tahun sudah pun dikesan pada tahun 1993 lagi dan laporan polis dibuat setahun kemudian (1994) tapi tiada langsung tindakan diambil.

Kemudian, pada tahun 2000, perjumpaan diadakan dengan SUHAKAM. Beberapa Tuai Rumah dan NGO telah menghadiri sesi perjumpaan tersebut. Laporan telah dibuat tetapi tiada tindakan lanjut diambil selepas itu.

Pada tahun 2008 pula, seramai 11 wanita Penan telah dikenalpasti dirogol oleh pembalak di Baram. Tiada suratkhabar tempatan yang berani menerbitkan kes tersebut kerana ada ‘tangan-tangan tertentu’ yang menghalang. Yang mana akhirnya ia disiarkan oleh akhbar  The Star.

Perkara ini berlaku disebabkan hanya terdapat dua buah sekolah (Long San & Long Lama) sahaja di Baram, pelajar terpaksa berjalan jauh pergi ke sekolah. Maka, pembalak mengambil kesempatan dengan menumpangkan pelajar perempuan. Ada juga pembalak yang memberi jaminan bahawa mereka akan berkahwin dengan orang Penan tetapi tidak menunaikan janji selepas itu.
Oleh itu, Wanita Keadilan mengecam sekeras-kerasnya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan juga kerajaan Sarawak atas sikap sambil lewa atas perkara serius ini dan mahu mereka-mereka ini terlibat dibawa ke muka pengadilan secepat mungkin sebelum ramai lagi wanita  Penan yang menjadi mangsa penderaan seks. (tamat)
BIRO PENERANGAN PARTI KEADILAN RAKYAT


Bekerja Untuk Selesaikan Masalah, Bukan Sekadar ‘Tunjuk Muka’ – MB

Isnin, 8 September 2008 Suara KeADILan Online

KLANG, 6 SEPTEMBER- Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi rakyat ialah dengan membuat kerja untuk mengatasi masalah itu bukan hanya menunjukkan muka kepada mereka sebagai tanda sudah turun padang.

“Kematangan kita ialah menyelesaikan masalah, bukan turun (padang) dan tengok-tengok muka, bukan (caranya).

“Cara yang kita buat ialah melalui cara bekerja dan bila kita datang, kita adakan program-program yang tertentu,” katanya ketika mengulas dakwaan yang beliau tidak turun padang menjenguk mangsa ribut di sekitar Selat Klang dan Rantau Panjang Isnin lalu.

Menurut beliau, sumbangan bantuan yang hendak diberi kepada penduduk tidak harus dinilai melalui berapa ramai, berapa wang mahupun berapa jam yang telah digunakan untuk membantu.

“Banyak cakap saja tidak guna, (kerana) buat kerja lebih baik,” katanya.

Beliau berkata kehadiran beliau selepas kejadian itu tidak diperlukan memandangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan itu (Selat Klang), Dr Halimah Ali sudah ada dan sangat aktif membantu.

“Kami berkomunikasi melalui sms dan telefon bagaimana hendak menyelesaikan masalah yang dihadapi mangsa,” katanya.

Abdul Khalid ketika ditanya sama ada jika beliau menjenguk penduduk pada masa itu akan dapat memberikan sokongan moral, beliau berkata ia tidak diperlukan orang yang dalam kecemasan.

“Mereka hendakkan pertolongan. Itu sebab saya hendak tukar konsep (sokongan moral) itu, ada ahli politik yang suka ‘bergaya’, tetapi saya bukan datang dari kumpulan seperti itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita selepas menyampaikan bantuan makanan kepada mangsa kejadian ribut di Dewan Orang Ramai Teluk Pulai pagi tadi.

Kehadiran beliau bersama-sama dengan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail dan Dr Halimah menafikan andaian sesetengah pihak yang Abdul Khalid tidak prihatin dengan nasib mangsa.

Sementara itu menurut Rodziah, jawatankuasa gerak kerja yang telah dibentuk akan membuat penilaian kerosakan bagi setiap rumah dan menggalakkan semangat gotong royong di kalangan penduduk.

Menurut beliau, kerajaan negeri sudah menyediakan peruntukan untuk membantu mangsa ribut berkenaan melalui Tabung Bencana Negeri.

“Kita juga telah menambah peruntukan dalam tabung itu tambahan kepada peruntukan sedia ada program kerajaan prihatin yang disumbangkan setiap anak syarikat kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata dianggarkan sebanyak 20 kediaman yang ranap akan dipastikan dibina semula.

“Kita bagi pada pihak kontraktor yang betul untuk memastikan rumah mereka dapat didirikan dengan baik,” katanya.

Beliau menganggarkan sejumlah RM25,000 bagi sebuah rumah diperuntukkan bagi tujuan itu.

Rodziah berharap nasib yang menimpa penduduk di kawasan terbabit akan mendapat perhatian kerajaan persekutuan.

“Jangan lihat ini kerajaan negeri Selangor sahaja punya masalah, sepatutnya kerajaan persekutuan patut turun padang dan sama-sama menyelesaikan masalah rakyat.

“Saya memohon kerajaan persekutuan tidak memandang ini sebagai hal ehwal politik tetapi isu kemanusiaan,” katanya.

Beliau juga berharap Dato’ Menteri Besar seorang tidak harus dibebankan dengan masalah itu sedangkan ada kepimpinan lain yang boleh turun padang.

Kejadian ribut yang berlaku Isnin lalu menjejaskan kediaman 1,107 penduduk di Selat Klang dan hampir 500 penduduk di Rantau Panjang. – NOOR ALLIA KASSIM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Must Attend Program

Please go to this link: https://justice4allkuantan.wordpress.com/2008/10/25/invitation-public-forum-the-isa-and-the-police-reform-process-whats-next-after-pak-lah/
To sin by silence when we should protest makes cowards of people - Emily Cox

Siphoning EPF money

On 'Why should Valuecap borrow from EPF?' Syed Shahir Syed Mohamud: MTUC condemns the government's move to bail out Valuecap to support the local stock market using RM5 billion from EPF, as the provident fund is the custodian of the workers' money and not some sort of ‘automated teller machine' for the government.
If at all the EPF were to lend its money to the government, it has to be under the condition that there be transparency and accountability in the activities for which the money has been purposed. We want to know who is doing what with the money that belongs to the workers. This is the hard-earned money of the workers, their retirement plan. How is this bailout plan going to benefit the workers? We also question the reason for this bailout. If the economic fundamentals in Malaysia are strong and reserves sufficient as has been stated several times by the government, then why is there a need to offer so much money to the GLCs? Second Finance Minister Nor Mohamed Yakcop should prove how the EPF would profit from this loan. Bernama had reported that Nor had given the assurance that the loan given out by EPF would reap profits for the fund judging from Valuecap's past performance. But where is the paperwork and calculations to show that this move will benefit the EPF? MTUC is concerned that the loan might be mismanaged or misused and this, in turn, would affect the returns for the contributors. Mere assurances are not enough. We want to proof that this RM5 billion will not go down the drain. (The writer is president, MTUC). Sharyn: The government wants to use our pension money to prop up the Malaysian stock market which is the playing field of the rich people. If so, the government must ensure that the EPF account holders - who are predominantly the poor to average citizens of Malaysia - be guaranteed all of our pension money with a compound 8% growth (interest). It's so selfish and sick of the government to use the poor's pension money to help the rich to make more money with all the risks taken by the poor/average citizen. We can better use the RM% billion loans to Valuecap for our children's education, shelter, medical bills etc. Why not get those rich people to prop up the share market instead? Why should they park their money overseas and gamble with our EPF money instead? Kumar14: Who is behind this Valuecap organisation? Why suddenly, this separate entity is allowed to access funds from the EPF? Are they capable enough to handle it or is it just another desperate and blind move? It has been a very infamous trend where the people's funds are channeled to a company for investment purposes and suddenly POP! the funds disappear and there is nobody to be held responsible but a RM2 shell company. Charge who? Sue whom? The RM2 company (just a registered name)? We have seen this many times. People in power and with connections allow such things to go through and reap/rob the people's wealth and then blame it on organisations which actually don't exist. What if a lot of EPF funds are looted via such scams and nobody is to be pointed at? Where will the government get the funds to replenish the EPF? The people are very bored, disappointed, angry and frustrated at seeing all these dumb and unaccounted for measures being allowed by the government with lame excuses. Please, somebody verify the true purpose, integrity and capability of anybody attempting to use the people's fund.

Raja Petra

Photobucket Ihsan dari blog Go!Malaysian http://gomalaysian.blogspot.com/

ANWAR IBRAHIM

A prosperous future is indivisible from a firm commitment to the principles of distributive justice, the rule of law and a profound respect for human rights.

Email Address:

justice4allmsia@yahoo.com

Archives

December 2016
M T W T F S S
« Nov    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Blog Stats

  • 117,126 hits
%d bloggers like this: